Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Khamis, 8 Mei 2014

1 Daripada 10 Rakyat Amerika Percaya Makhluk Asing Terlibat Dalam Tragedi MH370

Atlanta – Pesawat Malaysia Airlines MH370 disembunyikan oleh makhluk asing?
Satu daripada setiap 10 rakyat Amerika percaya mengenainya.

Perkara ini diperolehi hasil kajian yang dilakukan oleh CNN dan ORC International.
Tinjauan itu mendapati sembilan peratus individu percaya makhluk asing atau makhluk lain daripada dimensi lain terlibat dalam kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.

Seramai 79 peratus pula percaya semua penumpang dan anak kapal telah meninggal dunia dan misi mencari pula dilakukan di tempat yang salah manakala hanya 52 peratus percaya apa yang berlaku kepada kapal tersebut, akan terbongkar jua.

Sementara 46 peratus memberitahu tiada siapa yang akan tahu mengenai perkara sebenar.
Aspek pengganas juga dikatakan antara punca kehilangan pesawat itu dengan sebahagian besar percaya pengganas terlibat dalam perkara ini, meskipun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Selain itu ada juga percaya kapal terbang itu telah dirampas manakala yang lain percaya masalah teknikal mungkin antara punca kehilangannya. (Mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan