20/3/2014
- Seorang pengkaji ilmu lautan menjangka usaha mencari dan menyelamat
di kawasan yang dikesan pihak berkuasa Australia mungkin menemui
kesukaran.
Profesor
Chari Pattiaratchi dari University of Southern Australia berkata,
kawasan berkenaan dikenali dengan keadaan laut bergelora dan
kedalamannya mencecah lima kilometer.
Menurutnya,
kawasan yang dekat dengan kawasan badai Roaring Forties itu menjadi
tumpuan apabila PM Australia mengumumkan satelitnya mengesan objek
disyaki serpihan dari pesawat MH370.
Roaring Forties itu merujuk badai yang melanda di kedudukan 40 darjah ke selatan.
“Anda mungkin menemui serpihan di permukaan tetapi keseluruhan besar pesawat mungkin di dasar laut.
“Usaha
mengeluarkan sesuatu dari kedalaman lima kilometer di kawasan laut
paling ganas di dunia akan berdepan keadaan ekstrem,” katanya seperti
dipetik dalam laporan Sydney Morning Herald.
Pengkaji
University of Western Australia itu menjangkakan menjangkakan serpihan
berkenaan mungkin dibawa arus selaju satu knot atau satu kilometer sejam
dari barat ke timur.
Kawasan itu pula tidak mempunyai sebarang daratan, yang menyumbang kepada ombak kuat yang menggunung, katanya.
“Jika ia berterusan, ia akan pergi ke selatan Perth atau selatan Australia,” katanya.
Sementara
itu, laporan CBCNews pula melaporkan kenyataan ketua projek mencari dan
menyelamat AD, David Gallo yang menyatakan keyakinan ke atas penemuan
yang diumumkan PM Australia.
Beliau
berkata, pakar lautan memberitahunya bahawa terdapat kawasan di lautan
itu yang merekodkan keadaan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.
Oleh yang demikian, serpihan pesawat, sekiranya benar-benar dari MH370, mungkin berada dalam kelompok sama. - Sumber
MH370: Operasi AMSA diteruskan Jumaat, cuaca jejas pencarian objek
KUALA
LUMPUR - 20/3/2014: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan
Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi
tamat untuk hari ini sebelum disambung esok.
Menurut
laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), empat
kapal terbang digunakan untuk meliputi kawasan seluas 23,000 kilometer
persegi, 2500 kilometer daya barat Perth.
Dua
pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion dan Hercules, kapal P8
Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand
Orion digunakan dalam misi ini.
AMSA
juga melaporkan bahawa cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad
menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi
Awal
hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan
Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan
dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Pada
sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk
Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit
Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat
KUALA
LUMPUR - 20/3/2014: Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan
lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai
dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang
sejak 8 Mac lalu
Menurut
laporan Reuters, kapal berkenaan menghala ke Madagascar dari Melbourne
namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu
misi mencara objek yang dijumpai melalui satelit empat hari lepas.
“Kami
menerima permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk menyiasat
kawasan berkenaan. Kami akan membantu selagi diperlukan,”
"Kapal
kami sahaja yang sudah sampai. Kapal Australia dijangka tiba dalam masa
12 hingga 18 jam," kata Kristian Olsen, jurucakap Hoegh Autoliners.
Tambah beliau, oleh kerana ia sudah malam, krew kapal agak terhad untuk melakukan sebarang carian.
"Kami akan teruskan misi pencarian esok pagi," tambahnya pada sidang media khas.
Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Semetara
itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek
oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat
disahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan