Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 17 Mac 2014

Hubungan Anwar Ibrahim Dan Zaharie Ahmad Shah Kapten MH370

Status hubungan Anwar Ibrahim dan Zaharie Ahmad Shah Kapten MH370. Kaitan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie menjadi persoalan apabila Wan Azizah menyatakan Anwar Ibrahim tidak mengenali Kapten MH370. Sebaliknya, kenyataan bercanggah daripada Anwar Ibrahim pula mendakwa cukup mengenali Kapten Zaharie. Wan Azizah menerusi kenyataan terkini cuba memperbetulkan keadaan apabila mereka sebenarnya mengenali Kapten Zaharie dan ada hubungan kekeluargaan menerusi perkahwinan.
kapten

Anwar Ibrahim Sah Ada Talian Keluarga Dengan Kapten MH370
Menerusi kenyataan laman twitter Syaheedah (Menantu Kepada Anwar Ibrahim Dan Wan Azizah), dia mendoakan agar bapa saudaranya (Kapten MH370) ditemui dalam keadaan selamat. Ini jelas membuktikan bahawa Kapten MH370 ada hubungan keluarga dengan Anwar Ibrahim.


Penjelasan Wan Azizah Isu Zaharie Ahmad Shah Kapten MH370
Wan Azizah dalam kenyataan terkini mengaku pernah bertemu dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah pada satu majlis perkahwinan tidak lama dahulu.

“ Saya pernah jumpa Kapten Zaharie dalam majlis perkahwinan. Masa jumpa saya tak tahu beliau adalah seorang juruterbang,” kata Wan Azizah

Terdahulu, Wan Azizah menafikan mengenali Kapten Zaharie kerana kemungkinan pada masa itu tidak mengetahui bahawa Kapten Zaharie adalah seorang juruterbang.

Sumber: Hubungan Anwar Ibrahim Dan Zaharie Ahmad Shah Kapten MH370 | melvister.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan