Tunang isteri orang!
Masih belum reda mulut orang berkata tentang majlis pertunangan mengejut antara Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela minggu lalu, dah timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan. Fizz Fairuz telahpun memutuskan ikatan pertunangannya yang berusia tidak sampai seminggu itu. Dimanakah silapnya? Soal jodoh itu satu hal, tapi ada satu hal lagi yang lebih mengejutkan dari itu.
Dikhabarkan, tunangan Fizz Fairuz itu telahpun bersuami yang mana adalah isteri kedua kepada seorang usahawan (berkahwin di selatan Thai pada tahun lalu). Fizz Fairuz yang baru mengetahui hal itu nekad untuk memutuskan ikatan pertunangan yang dibina selama seminggu. Fizz Fairuz mengetahui hal tersebut apabila diberitahu adik tunangnya itu melalui SMS. Bagi mengesahkan perkara tersebut, Fizz Fairuz berjumpa dengan usahawan berkenaan baru-baru ini.
Petikan laporan dari akhbar tempatan:
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.Pelik kan? Perempuan macam ni pun ada. Apapun ini kali pertama kami dengar kisah begini terjadi pada selebriti kita apabila “bertunang dengan isteri orang”. Jadi pada kami apa yang berlaku ini ada hikmahnya dan untuk peringatan kita bersama juga. Kerana itu jika ingin kenal dengan seseorang, haruslah diselidik betul-betul asal-usulnya dahulu. Dikatakan juga, Fizz Fairuz berkemungkinan terkena buatan orang.
Pertunangan Fizz dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan ramai pihak kerana Fizz sebelum ini bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. – Harian Metro
Ramai antara peminat yang kecewa apabila Fizz Fairuz bertunang dengan tiba-tiba dan apa yang lebih membuatkan mereka kecewa, Fizz Fairuz bukan bertunang dengan Almy Nadia. Mereka menyatakan semua yang berlaku ini mungkin kerana “karma” atas apa yang dilakukan Fizz Fairuz sebelum ini kepada Almy Nadia. Apapun moga Fizz Fairuz tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan