Pendahuluan
Dewasa
ini, agama Islam seringkali didakwa dan
dikaitkan dengan keganasan. Dakwaan dan
tohmahan ini timbul kerana perilaku segelintir
individu Muslim dituduh kononnya melakukan
atau terlibat dalam keganasan. Manakala
bagi negara-negara umat Islam yang tidak
tunduk kepada kuasa Barat telah dilabel
sebagai paksi keganasan atau penaja keganasan.
Semua dakwaan ini dicipta oleh musuh-musuh
Islam untuk menakut-nakutkan masyarakat
dunia terhadap Islam. Apakah benar Islam
itu ganas dan menggalakkan umatnya berlaku
ganas terhadap orang lain? Untuk menjawab
persoalan ini marilah kita meneliti hakikat
sebenar ajaran Islam.
Apakah
pengertian Islam?
Pengertian
Islam Menurut Bahasa
1.
Tunduk dan menyerah.
Islam
bererti tunduk dan menyerah. Setiap Muslim
wajib tunduk dan patuh serta menyerahkan
diri hanya kepada Allah s.w.t.
Firman
Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisa'
ayat 65 berbunyi:
Maksudnya
:
:"
Maka demi Tuhanmu, mereka
pada hakikatnya tidak
beriman hingga mereka
menjadikan kamu hakim
dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian
mereka tidak merasa
keberatan dalam hati
mereka terhadap putusan
yang kamu berikan ,
dan mereka menerima
dengan sepenuhnya".
|
|
|
2.
Keselamatan.
Islam
bererti keselamatan.
Firman
Allah s.w.t. dalam Surah Al-Maidah
ayat 15-16 berbunyi:
Maksudnya:
"
Hai ahli kitab, sesungguhnya
telah datang kepadamu
Rasul Kami, menjelaskan
kepada mu banyak dari
isi Al-Kitab yang kamu
sembunyikan, dan banyak
(pula yang) dibiarkannya.
Sesungguhnya telah datang
kepadamu cahaya dari
Allah, dan kitab yang
menerangkan ".
"
Dengan kitab itulah
Allah menunjuki orang-orang
yang mengikuti keredhaan-Nya
ke jalan keselamatan,
dan ( dengan kitab itu
pula ) Allah mengeluarkan
orang-orang itu dari
gelap gelita kepada
cahaya yang terang benderang
dengan seizin Nya, dan
menunjuki mereka ke
jalan yang lurus".
|
|
|
3.
Kedamaian
Islam
bererti kedamaian.
Firman
Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfal
ayat 61 berbunyi:
Maksudnya:
"Dan
jika mereka condong
kepada perdamaian, maka
condonglah kepadanya
dan bertawakkallah kepada
Allah. Sesungguhnya
Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui".
|
|
|
4.
Kesejahteraan
Islam
bererti kesejahteraan.
Firman
Allah s.w.t. dalam Surah Yunus ayat
9-10 berbunyi:
Maksudnya:
"
Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dan mengerjakan
amal-amal soleh, mereka
diberi petunjuk oleh
Tuhan mereka kerana
keimanannya, dibawah
mereka mengalir sungai-sungai
di dalam syurga yang
penuh kenikmatan".
"
Do'a mereka di dalamnya
ialah:"Subhanakallahumma"
dan salam penghormatan
mereka ialah:"Salaam".
Dan penutup doa mereka
ialah:"Alhamdulillaahi
Rabbil'aalamin ".
|
|
|
Pengertian
Islam Menurut Istilah.
Tunduk
dan menyerah diri sepenuhnya, secara mutlak,
baik lahir mahupun batin hanya kepada
Allah s.w.t. semata-mata dan tidak mensyirikkan
Nya dengan yang lain.
Asas
ketundukan dan penyerahan diri itu adalah
pengakuan yang tulus dari lubuk hati,
bahawa seluruh kejadian adalah ciptaan
Allah s.w.t.
Antara
Ciri-Ciri Kemuliaan Islam
1.
Tiada Paksaan Dalam Beragama
Apabila
kita memahami dan meneliti pengertian
Islam yang diperjelaskan di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa Islam adalah agama
kesejahteraan, kedamaian dan ketenangan.
Islam tidak pernah memaksa penganut agama
lain untuk memeluk dan menganut agamanya,
sesuai dengan perkataan Islam itu sendiri
yang berasal dari kalimah
bererti selamat atau sejahtera.
Di
sepanjang sejarah Islam, tidak pernah
wujud sebarang paksaan dalam penyebaran
dakwahnya. Islam telah berkembang dengan
dakwah secara lemah lembut dan berhikmah.
Tidak ada dalam catatan sejarah seseorang
dibunuh kerana keengganannya menganut
Islam, bahkan Islam tidak membenarkan
unsur paksaan dalam ajarannya.
Dalam
hal ini, Allah s.w.t. berfirman
dalam surah al-Baqarah, ayat 256
berbunyi:
Maksudnya:
:
"Tidak ada paksaan
dalam agama (Islam)
kerana sesungguhnya
telah nyata kebenaran
(Islam) daripada kesesatan
(kufur)".
Oleh itu, sesiapa yang
tidak percayakan taghut
dan dia pula beriman
kepada Allah maka sesungguhnya
dia telah berpegang
kepada simpulan (tali
agama) yang teguh yang
tidak akan putus. Dan
(ingatlah) Allah Maha
Mendengar lagi Maha
Mengetahui."
|
|
|
Betapa
Islam tidak membenarkan paksaan dalam
perkara yang berkaitan dengan akidah dan
syariah. Ini adalah isyarat jelas bahawa
Islam mengambil kira kebebasan individu
itu sendiri.
Perlu
ditegaskan bahawa tiada satu pun agama
di dunia yang mengambil berat mengenai
kebebasan beragama melainkan agama Islam
yang memberi pengi'tirafan kepercayaan
hidup setiap manusia. Islam mengi'tiraf
pelbagai jenis kebebasan untuk umat manusia
dalam kehidupan mereka.
Dalam
kebebasan beragama ini, Islam memerintahkan
umatnya supaya melaksanakan pendekatan
dakwah secara berhikmah dan penuh dengan
nasihat selaras
dengan firman Allah dalam surah
An-Nahl, ayat 125 yang berbunyi:
Maksudnya:
"Serulah
ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik
dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau
serukan itu) dengan
cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu
Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang
yang sesat dari jalan-Nya
dan Dialah jua yang
lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat
hidayah pertunjuk."
|
|
|
Oleh
itu , tidak ada sama sekali unsur paksaan
dalam dakwah Islam sebagaimana yang didakwa
oleh orientalis dan musuh Islam. Mereka
memandang serong terhadap Islam sehingga
memutarbelitkan fakta mengenai Islam.
Justeru
umat Islam diminta berwaspada terhadap
pemikiran beracun yang dicanangkan oleh
musuh Islam.
2.
Mempertahankan Hak
Di
samping itu, Islam menegaskan bahawa setiap
individu Muslim berkewajipan untuk mempertahankan
maruah dan hak masing-masing berdasarkan
hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa
yang terbunuh kerana
mempertahankan hartanya
adalah syahid, sesiapa
yang terbunuh kerana
mempertahankan maruahnya
adalah syahid , sesiapa
yang terbunuh kerana
mempertahankan agamanya
adalah syahid dan sesiapa
yang terbunuh kerana
mempertahankan keluarganya
adalah syahid."
(Riwayat
Abu Daud, An Nasai dan
At Tirmizi). |
|
|
Intipati
hadis ini juga termasuk ciri kebebasan
anjuran Islam kepada setiap Muslim dalam
mempertahankan hak dan maruahnya dalam
kehidupan mereka.
Islam,
walaupun mengajak umatnya berperang untuk
menegak serta mempertahankan maruah dan
harga diri, tetapi tidak mengizinkan umatnya
bermaharajalela di medan peperangan.Islam
mengawal dan mengajar umatnya agar tidak
bersikap melampau sekalipun dimedan perang.
Firman Allah s.w.t. didalam Surah
al-Baqarah, ayat 190 berbunyi:
Maksudnya:
"Dan
perangilah di jalan
Allah orang yang memerangi
kamu, dan janganlah
kamu melampaui batas,
sesungguhnya Allah tidak
menyukai mereka yang
melampaui batas."
|
|
|
3.
Berakhlak Dalam Ssegala Keadaan.
Adalah
mudah bagi kita untuk mengamalkan sikap
murni dan akhlak mulia dalam keadaan biasa
dan aman. Ini kerana suasana aman menjadikan
akal dapat berfikir dengan baik serta
menguasai diri.
Namun,
perkara ini menjadi begitu sukar dalam
suasana peperangan tetapi Islam tetap
dengan kemuliaannya. Islam mewajibkan
mereka yang berperang agar menjaga peraturan
dan akhlak. Peperangan di atas nama Islam
demi meninggikan kalimah .
Ia juga supaya manusia dapat menerima
dan melihat keindahan Islam. Ini tidak
mungkin dapat disaksikan dengan pertumpahan
darah sesama manusia.
Inilah
lambang peradaban Islam yang tiada tolok
bandingnya. Dengan itu, manusia akan menjadi
jinak hatinya dengan agama ini.
Inilah
rahsia bagaimana Islam dapat berkembang
pantas pada zaman kegemilangannya. Negara
atau wilayah yang dimasuki oleh tentera
Islam dengan pantas penduduknya akan beriman
dengan ajaran Islam, tanpa sebarang paksaan,
sebaliknya mereka terpaut dengan akhlak
yang dipamerkan oleh tentera Islam.
Tiada
paksaan di dalam Islam untuk seseorang
itu beriman dengan ajarannya. Kepercayaan
dan keimanan adalah sesuatu yang tidak
mungkin terhasil dengan paksaan. Keimanan
itu bermula dengan hati yang percaya.
Sekiranya seseorang itu dipaksa mengucapkan
sesuatu dengan lidah, namun jika hatinya
tidak beriman, dia tetap dianggap tidak
beriman. Pedang dan senjata tidak mungkin
dapat memasukkan iman ke dalam hati manusia.
4.
Melindungi Semua Golongan.
Islam
menetapkan agar sesuatu peperangan tidak
diperluaskan ke luar lingkungan medannya.
Hanya yang terbabit dalam peperangan dibunuh.
Adapun golongan musuh yang tidak menyertai
peperangan, mereka tidak boleh dibunuh
selagi tidak menzahirkan permusuhan dan
penentangan bersenjata.
Secara
terperincinya, mereka ialah:
Pertama:
Wanita dan kanak-kanak.
Antara
dalilnya, hadis daripada Ibn Umar
r.a. katanya:
"Sesungguhnya
seorang wanita didapati
terbunuh dalam satu
peperangan (yang disertai
Nabi s.a.w.), maka baginda
pun melarang membunuh
wanita dan kanak-kanak."
(Riwayat
Bukhari dan Muslim).
|
|
|
Kata
Imam Asy-Syafie :
"
Tidak diharuskan sesiapa
pun di kalangan Muslimin
untuk sengaja membunuh
wanita dan kanak-kanak
(dalam peperangan),
kerana Rasulullah s.a.w.
melarang membunuh mereka
".
(
Rujukan : Al-Umm, jilid
4, m.s. 239, cetakan:
Darul Ma'rifah, Beirut).
|
|
|
Kata
Ibn Rusyd :
"
Demikian juga tiada
khilaf di kalangan ulama
mengenai tidak harus
membunuh kanak-kanak
dan wanita selagi mereka
tidak terbabit berperang.
Apabila wanita turut
berperang, maka dia
boleh dibunuh. Ini semua
berdasarkan apa yang
pasti daripada Nabi
s.a.w. bahawa baginda
melarang wanita dan
kanak-kanak dibunuh."
(
Rujukan: Ibn Rusyd,
Bidayatul Mujtahid,
jilid 1, m.s. 280, cetakan
: Darul Fikr, Beirut).
|
|
|
Kedua:
Orang tua dan orang yang uzur.
Jumhur
ulama, iaitu Abu Hanifah, Malik, Ahmad
dan satu daripada pendapat Imam Syafie,
menyatakan mereka ini tidak dibunuh, melainkan
jika dikhuatiri terhadap tindakan dan
perancangan mereka dalam peperangan.
Dalilnya
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan
perangilah di jalan
Allah orang yang memerangi
kamu, dan janganlah
kamu melampaui batas,
sesungguhnya Allah tidak
menyukai mereka yang
melampaui batas."
(
Surah al-Baqarah: ayat
190 ).
|
|
|
Begitu
juga hadis daripada Anas bin Malik,
sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Pergilah
kamu ke medan perang
dengan nama Allah, dengan
Allah dan di atas agama
Rasulullah s.a.w.. Jangan
kamu membunuh orang
tua yang lemah, kanak-kanak,
wanita. Jangan kamu
mengkhianati harta rampasan,
himpunkan harta peperangan
kamu, buatlah yang elok
dan baik, sesungguhnya
Allah sukakan mereka
yang berbuat baik."
(
Riwayat Abu Daud ) |
|
|
Sekalipun
hadis ini sanadnya daif, namun golongan
tua yang tidak membantu peperangan sama
ada dari segi tenaga atau buah fikiran,
tetap tidak wajar dibunuh. Ini dapat dikiaskan
kepada wanita yang membantu peperangan.
Kata
Ibn Daqiq Al-Id :
"
Hukum asalnya ialah
tidak boleh membunuh.
Hanya dibolehkan membunuh
demi mengelakkan bahaya.
Sesiapa yang pada kebiasaan
tidak berperang (menentang
tentera Islam) dan tidak
berkemampuan untuk berperang,
maka dia tidak mendatangkan
mudarat seperti mana
mereka yang berperang.
Maka hukumnya kembali
kepada asal, iaitu mereka
itu tidak boleh dibunuh."
(
Ibn Daqiq Al-Id, Ihkam
Al-Ahkam, juz. 4, m.s.
184, cetakan: Darul
Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut)
|
|
|
Apa
yang penting ialah mereka tidak bertindak
membantu peperangan. Oleh itu, pasti daripada
Nabi saw juga bahawa baginda memerintahkan
supaya dibunuh Zaid bin al-Summah yang
berusia 120 tahun atau lebih kerana membantu
tentera Hawazin.
(
Rujukan: Syams Al-Haq Abadi, Aunul Ma'bud,
jilid 7, m.s. 196, cetakan Darul Kutub
Al-Ilmiyyah, Beirut )
Ketiga:
Mereka yang beribadat di rumah ibadat.
Dalilnya
ialah riwayat Ibn Abbas, katanya
:
Apabila Rasulullah s.a.w.
menghantar pasukan tentera,
maka baginda bersabda:
"Keluarlah kamu
ke medan jihad dengan
nama Allah, perangilah
di jalan Allah sesiapa
yang kafir dengan Allah.
Jangan kamu melanggar
perjanjian, jangan kamu
mengkhianati harta rampasan
perang, jangan kamu
menyeksa mayat, jangan
kamu bunuh kanak-kanak
dan ahli rumah ibadat."
|
|
|
Kata
Asy-Syaukani : "Hadis ini menjelaskan
bahawa tidak boleh membunuh sesiapa sahaja
daripada golongan yang hanya beribadat
seperti paderi kerana mereka tidak memudaratkan
kaum Muslimin."
(Rujukan:
Asy-Syaukani, Nailul Autar, jilid 8, m.s.
74, cetakan: Dar Al-Jil, Beirut)
Keempat:
Pekerja dan petani.
Jumhur
ulama menyatakan mereka tidak boleh
dibunuh. Dalilnya hadis Hanzalah
al-Katib, katanya
:
"Kami
berperang bersama dengan
Rasulullah s.a.w., lalu
kami melintasi seorang
wanita yang dibunuh.
Ketika itu orang ramai
berkumpul padanya, lantas
mereka memberi ruang
kepada baginda untuk
melihatnya.
|
|
|
Baginda
bersabda:
"Dia
ini (wanita itu) tidak
turut berperang. Kemudian
baginda mengarahkan
seorang lelaki, sabda
baginda: "Pergi
kepada Khalid ibn al-Walid,
katakan kepadanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. memerintahkannya
dengan sabdanya: Jangan
kamu bunuh kanak-kanak
(dalam sebahagian riwayat:
wanita) dan asif (pengambil
upah)."
|
|
|
(
Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad.
Sanad Ibn Majah adalah sanad yang sahih.
Al-Albaniy juga dalam Silsilah Al-Ahadith
AS-Sahihah (hadith ke-701) menyatakan
sahih.
(Lihat:
jilid 2, m.s. 314, cetakan: Maktabah Al-Maarif
Lin Nasyr, Riyadh).
Kata
Al-Sindiy : "Maksud pengambil upah
di sini ialah yang mengambil upah menjaga
tunggangan atau seumpamanya, bukan pengambil
upah berperang."
(
Rujukan: Al-Sindiy, Syarah Sunan Ibn Majah,
jilid. 3, m.s. 380, cetakan: Darul Ma'rifah,
Beirut).
Antara
tanda pengambil upah ialah mereka tidak
bersenjata
(
Lihat: Aunul Ma'bud, jilid 7,m.s 236 ).
Mungkin
termasuk juga dalam pengambil upah ini
ialah mereka yang hanya bertugas menyediakan
makanan atau yang membersihkan kem tentera
dan seumpamanya. Selagi mereka tidak bertindak
membantu peperangan, maka mereka tidak
dibunuh.
Kelima:
Perwakilan dan diplomat.
Ini
berdasarkan hadis Abdullah bin Masud,
katanya:
Ibn al-Nawahah dan Ibn
Uthal datang kepada
Nabi saw sebagai perwakilan
Musailamah Al-Kazzab.
Baginda bertanya: "Apakah
kamu berdua mengakui
bahawa aku ini Rasulullah
s.a.w." Kata mereka
berdua: "Kami menyaksikan
bahawa Musailamah Rasulullah."
|
|
|
Sabda
Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Aku beriman dengan
Allah dan Rasul-Nya.
Kalaulah aku ini boleh
membunuh perwakilan,
nescaya aku bunuh kamu
berdua."
|
|
|
Kata
Syams al-Haq al-Abadi: "Pada hadis
ini dalil yang menunjukkan haramnya membunuh
perwakilan."
(
Rujukan: Aunul Ma'bud, jld. 7, m.s. 314
)
Betapa
tingginya nilai tamadun yang dipegang
oleh Islam sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ketika dunia belum lagi celik dan mengenali
batasan peraturan dan hak asasi, Islam
menggariskan peraturan dan hak dalam persoalan
peperangan dan hubungan antarabangsa.
Bukan
sekadar atas nama kemanusiaan dan ketamadunan,
bahkan atas nama agama yang membabitkan
persoalan halal dan haram .
Ini
semuanya menjadi bukti bahawa tuduhan
Islam sebagai agama ganas dan tidak berperikemanusiaan
adalah palsu dan bohong. Tuduhan yang
tidak berpijak di atas fakta yang benar.
Islam
sebenarnya mendahului tamadun dan peradaban
yang wujud pada hari ini. Kita juga menyaksikan
peperangan dalam Islam tidak terlepas
daripada aspek akhlak dan budi pekerti
yang baik. Peperangan ialah satu peristiwa
luar biasa yang menuntut kita untuk bersikap
di luar batas yang wajar. Namun dalam
keadaan seperti itu pun Islam melarang
kira untuk bersikap melampaui batas.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah
al-Baqarah ayat 190 yang berbunyi:
Maksudnya:
"Dan
perangilah di jalan
Allah orang yang memerangi
kamu, dan janganlah
kamu melampaui batas,
sesungguhnya Allah tidak
menyukai mereka yang
melampaui batas."
|
|
|
Rasulullah
s.a.w. pernah terkilan melihat seorang
wanita dari musuhnya telah terbunuh dalam
satu pertempuran. Maka sejak hari itu,
dan hampir setiap peperangan Rasulullah
s.a.w. sentiasa mewasiatkan para sahabat
agar tidak membunuh kaum wanita, kanak-kanak
dan orang-orang tua yang sudah uzur.
Baginda
juga melarang para sahabat menebang pokok
atau meruntuhkan bangunan tanpa alasan
yang munasabah. Sunnah Rasulullah s.a.w.
ini diikuti pula oleh Khalifah Abu Bakar
dan khalifah-khalifah seterusnya.
Menyaksikan
gaya pertempuran Islam yang penuh adab
dan akhlak ini seorang cendekiawan Barat
bernama Gustav Lobone berkata: "Sejarah
tidak pernah menyaksikan pembuka (penguasa)
negeri yang lebih adil dan lebih bertoleransi
daripada orang-orang Arab (Islam)."
Pernah
dalam satu peperangan melawan kaum kafir
para sahabat memperolehi kemenangan dengan
izin Allah s.w.t. dan mereka berjaya membunuh
ketua kaum kafir tersebut. Mereka membawa
kepala ketua kaum kafir itu ke hadapan
Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a. terkejut
dan marah melihat benda yang dibawa ke
hadapannya itu.
"Apa
ini?", katanya. "Ini ialah kepala
ketua kaum kafir." "Mengapa
kamu penggal kepalanya dan kamu bawa ke
hadapan saya?" "Sebab mereka
pun berbuat hal yang serupa terhadap para
pemimpin kita." "Celakalah kamu,
adakah kamu ingin agar kita mengikuti
tradisi jahat bangsa Parsi dan Romawi?
Demi Allah! Selepas hari ini, jangan ada
di antara kamu yang membawa kepala manusia
ke hadapan saya!"
Peperangan
Dan Jihad Dalam Islam
Dalam
istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan
' '
yang bermakna "menggunakan segala
usaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan sesuatu". Dengan istilah
ini, kita mungkin berjihad ketika belajar
dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi
"Jihad" dalam definisi syara'
hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang
orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan
segala rintangan terhadap da'wah bagi
menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi
setinggi-tingginya".
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Saya
telah diperintahkan
untuk memerangi orang
ramai sehingga mereka
berkata .
Dan sekiranya mereka
berkata demikian, maka
mereka telah menyelamatkan
darah (nyawa) serta
harta benda mereka kecuali
apa yang hak (dengan
sebab)."
|
|
|
Dan
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
"
Jihad telah wujud semenjak
Allah s.w.t. mengutuskan
saya dan (berterusan)
sehingga yang terakhir
di antara ummah saya
memerangi Dajjal. Tiada
kezaliman (seseorang)
yang zalim atau keadilan
(seseorang) yang adil
akan menghentikannya."
|
|
|
Seringkali
Jihad didalam Islam di salah ertikan sebagai
suatu ajaran yang menggalakkan keganasan.
Apakah sebenarnya konsep Jihad didalam
Islam?
Huraian dibawah ini boleh menjelaskan
persoalan tersebut.
Peperangan
secara umumnya bererti pertikaian di antara
dua buah negara atau lebih, di mana pihak-pihak
yang terlibat menggunakan kekuatan senjata
dengan maksud untuk mengalahkan pihak
lawan atau untuk mengenakan syarat-syarat
perdamaian ke atas pihak yang kalah mengikut
kehendak pihak yang menang. Peperangan
dalam Islam adalah dikenali dengan jihad.
Allah
s.w.t. berfirman di dalam Surah At-Taubah
ayat 29 berbunyi:
Maksudnya:
"Perangilah
orang-orang yang tidak
beriman dengan Allah
dan Hari Kemudian, yang
tidak mengharamkan apa
yang telah diharamkan
Allah dan rasulNya dan
tidak pula beragama
dengan agama yang benar
(iaitu) di antara ahli
kitab kecuali mereka
membayar jizyah dengan
kepatuhan yang rela
dan merasa diri mereka
ditawan."
|
|
|
Allah
s.w.t. berfirman di dalam Surah At-Taubah
ayat 36 berbunyi:
Maksudnya:
"Perangilah
orang-orang musyrik
semuanya, sebagaimana
mereka memerangi kamu
semua"
|
|
|
Di
dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang
menyentuh persoalan memerangi orang kafir,
perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin
membawa pelbagai makna, tetapi dengan
ketibaan Islam, beberapa perkataan Arab
telah dihadkan maknanya kepada satu istilah
sahaja iaitu istilah syara'.
Ta'rif
Pengganas
Hakikat
keganasan sebenar ialah perlakuan ganas
seseorang terhadap orang lain dengan cara
batil, atau dengan kata lain merampas
dan mengetepikan hak orang lain dengan
perbagai cara termasuk membunuh dan sebagainya.
Jadi, keganasan itu adalah suatu kezaliman
yang besar.
Oleh
kerana Islam seringkali dikaitkan dengan
pengganas. Maka ta'rif pengganas yang
sebenar perlulah diperjelaskan kepada
masyarakat umum.
Keganasan adalah suatu tindakan yang melampau
yang ditentang oleh semua agama. Islam
melarang bukan sahaja keganasan di masa
aman bahkan keganasan di masa perang.
Islam
juga mengharamkan perlakuan ganas terhadap
orang lain. Apabila adanya mayat-mayat
orang Islam yang dikelar, yang di cincang,
Islam mengharamkan kita bertindak balas
seperti perlakuan musuh.
Oleh
kerana itu, kita perlu suatu takrif, definisi
yang lengkap berhubung dengan keganasan
ini. Difahamkan bahawa ada persidangan
di Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan
tentang keganasan ini. Suatu takrif yang
tepat bukan sahaja untuk mengatasi keganasan
bahkan bagi mencari punca sebenar keganasan
berlaku perlulah dilakukan.
Berkenaan
dengan takrif `keganasan', kita khuatir
kerana siapa sahaja boleh dituduh menjadi
pengganas. Kadang-kadang ada orang yang
berjuang untuk membebaskan negara mereka
daripada penjajahan, mereka ini biasanya
ditakrif sebagai pengganas ,mereka diburu.
Sebaliknya sekiranya mereka menang, mereka
tidak lagi dikatakan pengganas.
Sebab
itu kita perlu suatu ta'rif dan pengertian
yang adil dan tepat tentang pengertian
sebenar pengganas. Adakah tepat untuk
mengatakan bahawa mereka yang memperjuangkan
kemerdekaan di negaranya sendiri akibat
cengkaman penjajah boleh dicop sebagai
pengganas?
Perbezaan Antara
Jihad Dan Keganasan
Jihad
adalah alat yang digunakan oleh negara
Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan
syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai
tindakan fizikal menghapuskan segala halangan
kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah
Islam dibawa keseluruh kawasan negara
Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun
zaman para sahabat dan begitu juga di
zaman khulafa' yang seterusnya.
Ianya
mempunyai tiga peringkat. Yang pertama,
penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak
memeluk Islam, dan mereka akan diberi
tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam;
sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa
menjadi rakyat negara Islam dengan membayar
'jizyah' dan Islam akan diimplimentasikan
ke atas mereka, dan mereka akan diberikan
hak -hak yang sama seperti mana-mana umat
Islam.
Perlulah
difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan
rintangan terhadap dakwah kepada Islam;
bukan untuk menakluk atau memperhambakan
mana-mana kaum dan bukan untuk membina
empayar dan tidak sekali untuk memaksa
seseorang itu memeluk Islam.
Allah
s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Tidak
ada paksaan dalam agama..."
(Al-Baqarah: 256) |
|
|
Islam
tidak bermaksud untuk mengangkat sesuatu
bangsa dengan menjajah bangsa yang lain.
Apa yang dipentingkan oleh Islam ialah
kebahagiaan dan keamanan manusia seluruhnya.
Untuk
tujuan itu, Islam mempunyai teori dan
manhaj yang tersendiri. Mana-mana teori
dan manhaj yang bercanggah dan cuba menghapuskannya
akan ditentang oleh Islam.
Islam
mahukan bumi bukan untuk menakluki, menjajah
dan memeras kekayaannya. Tetapi apa yang
dikehendaki oleh Islam ialah supaya manusia
yang berada di atas bumi ini dapat mengekalkan
kemuliaan mereka sebagai makhluk yang
dimuliakan oleh Allah s.w.t. seperti firman-Nya
dalam Surah Al-Israa' ayat 70 berbunyi:
Maksudnya:
"Dan
sesungguhnya Kami telah
memuliakan anak-anak
Adam dan Kami telah
beri mereka menggunakan
berbagai-bagai kenderaan
di darat dan di laut
dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka
dari benda-benda yang
baik-baik serta Kami
telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya
atas banyak makhluk-makhluk
yang telah Kami ciptakan.''
|
|
|
Jadi
untuk mencapai objektif yang agung ini,
maka Islam bersedia menggunakan seluruh
kekuatan dan pelbagai cara serta usaha.
Perjuangan yang berat ini adalah dikenali
sebagai jihad.
Jihad
dalam Islam iaitu jihad untuk memberikan
kebebasan yang sempurna kepada setiap
manusia di seluruh dunia, jihad membebaskan
manusia dari memperhambakan diri ('ubudiyah)
kepada sesama manusia untuk digantikan
dengan pengabdian yang sebenar iaitu memperhambakan
diri semata-mata kepada Allah, Pencipta
Alam Yang Maha Esa. Inilah alasan untuk
jihad. Inilah satu-satunya alasan yang
terdapat dalam jiwa setiap pejuang Muslim.
Pernah
seorang ketua tentera Parsi yang bernama
Rustum bertanya kepada Rabei' bin Amer,
Huzaifah bin Muhsin dan Al-Mughirah bin
Shu'bah di dalam peperangan Qadisiyah:
"Apakah
tujuan kamu ke mari?''
Mereka menjawab: "Allah
mengutuskan kami untuk
mengeluarkan siapa yang
mahu, dari memperhambakan
diri kepada manusia,
kepada memper-hambakan
diri kepada Allah Yang
Esa. Mengeluarkan manusia
dari kesempitan dunia
ini kepada keluasan-Nya.
Mengeluarkan manusia
dari kezaliman kepada
keadilan . Supaya Rasul
itu mengajarkan makhluk
Allah dengan agama-Nya.
Sesiapa yang menerima
cara hidup ini maka
kami akan mengembali
dan memulangkan negerinya.
Tetapi sesiapa yang
enggan maka kami akan
terus memeranginya sehingga
kami syahid ataupun
menang.''
|
|
|
Selain
daripada itu jihad adalah untuk mengekalkan
keadilan dan keimanan di atas muka bumi
ini. Ayat berikut ada menyatakan hal ini
seperti firman Allah Subhanahu Wataala
dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang berbunyi:
Maksudnya:
"Dan
kalaulah Allah tidak
menolak setengah manusia
(yang ingkar dan derhaka)
dengan setengahnya yang
lain (yang beriman dan
setia) nescaya rosak
binasalah bumi ini,
akan tetapi Allah sentiasa
melimpah kurnia-Nya
kepada sekalian alam.''
|
|
|
Dalam
ayat ini perang dibenarkan dengan tujuan
untuk mengelak 'kerosakan bumi', di mana
jika perang tidak dilakukan maka muka
bumi akan menjadi rosak akibat perbuatan
orang-orang yang zalim. Atau dapat dikatakan
juga bahawa perang itu perlu sebagai cara
untuk menyelesaikan masalah-masalah kemasyarakatan.
Firman
Allah s.w.t. lagi dalam Surah Al-Hajj
ayat 40 - 41 yang berbunyi:
Maksudnya:
"Dan
kalaulah Allah tidak
mendorong setengah manusia
menentang pencerobohan
setengahnya yang lain,
nescaya runtuhlah tempat-tempat
pertapaan serta gereja-gereja
(kaum Nasrani) dan tempat-tempat
sembahyang (kaum Yahudi)
dan juga masjid-masjid
(orang Islam) yang sentiasa
disebut nama Allah banyak-banyak
padanya dan sesungguhnya
Allah
akan menolong sesiapa
yang menolong agama-Nya
(agama Islam), sesungguhnya
Allah Maha Kuat, lagi
Maha Kuasa. Iaitu mereka
(umat Islam) yang jika
Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah
di bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang
serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh
berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara
yang mungkar dan (ingatlah)
bagi Allah jualah kesudahan
segala urusan.''
|
|
|
Dalam
ayat ini pula, jihad itu diperlukan untuk
mempertahankan dan mengekalkan keimanan
kepada Allah Subhanahu Wataala. Jika perang
tidak dilakukan dan tidak dibenarkan,
maka keimanan akan pupus dari muka bumi
kerana tempat-tempat ibadat dimusnahkan
oleh musuh-musuh Allah s.w.t.
Seterusnya
ayat ini menyatakan bahawa objektif jihad
juga ialah untuk membolehkan orang-orang
mukmin menjalankan ibadat mereka kepada
Allah, bersembahyang, menunaikan zakat,
menyuruh kepada kebaikan dan melarang
dari kemungkaran dalam masyarakat.
Atau
dengan kata lain membolehkan manusia bermunajat
kepada Allah, tidak tunduk kepada pengaruh
kebendaan dan dapat menegakkan keadilan
di kalangan masyarakat. Hanya dengan merealisasikan
jihad sahaja kita akan dapat membela agama
Islam dari dicabuli oleh musuh-musuh Islam
dan juga untuk mempertahankan keamanan
bumi dari berlakunya kerosakan.
Hakikat
Sebenar Keganasan
Apa
yang boleh kita saksikan mutakhir ini
ialah kekejaman orang-orang Israel terhadap
Umat Islam di Palestin. Orang-orang Israel
telah menceroboh bumi berdaulat Palestin,
merampas tanah, membunuh, dan menghalau
Umat Islam Palestin dari tanahair mereka.
Tindakan
Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya, Britain
menyerang Iraq dengan berbagai alasan,
menunjukkan sikap angkuh mereka untuk
menghapuskan sebuah kerajaan yang diterajui
oleh orang Islam. Rakyat Iraq yang sudah
cukup tertekan dengan sekatan ekonomi
selama ini, terus menderita dengan pencerobohan
tentera Amerika dan sekutunya. Saban hari
mereka hidup dalam ketakutan. Serangan
bom yang tidak mengenal mangsa telah membunuh
golongan yang lemah seperti kanak-kanak,
perempuan dan orang tua.
Inilah
hakikat sebenar keganasan yang boleh kita
saksikan di abad ini.
Penutup
Jelaslah
kepada kita bahawa Islam ialah agama yang
murni. Islam bukan agama keganasan. Ia
adalah agama kesejahteraan, keharmonian
dan agama perdamaian. Sebarang tohmahan
terhadap Islam sebagai ganas adalah tidak
benar sama sekali.
|