Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 25 Februari 2013

“Aku Masih Cinta” lagu Shila Amzah untuk Sharnaaz

February 14, 2013 by  


Shila Amzah melancarkan lagu terbarunya bertajuk “Masih Aku Cinta” yang jelas ditujukan kepada Sharnaaz Ahmad. Lagu yang dinyanyikan dengan penuh perasaan dengan bait-bait ayat yang berkisarkan tentang hubungan mereka berdua selama ini selepas dikatakan telahpun berakhir beberapa hari lalu.
Screen Shot 2013-02-14 at 6.27.08 PM
Sehingga hari ini, tiada siapa tahu apa masalah sebenar yang melanda Shila, Sharnaaz dan bapa Shila, ND Lala hingga membuatkan perhubungan yang telah terbina antara mereka berdua dengan begitu baik selama ini berakhir begitu sahaja. Biarpun ramai yang mengatakan Sharnaaz tidak sesuai dengan Shila kerana sikap panas barannya yang tidak berfikir panjang sebelum melepaskan sesuatu kenyataan, namun hakikatnya selagi Shila bahagia dan menerima sikap pasangannya itu, ianya langsung tidak memberi masalah kepada orang lain. Read more

Cinta Shila dan Sharnaaz berakhir

February 14, 2013 by  
shila and sharnaaz

Setelah dihimpit pelbagai kontroversi  dan kritikan akhirnya hubungan yang dipertahankan selama ini oleh Shila Amzah telah tiba di titian terakhir walaupun penghujungnya tidak indah namun ia sudah menjadi satu titik yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi tersebut dari laman sosial Twitter miliknya.
shila twitter 1
shila twitter 2


shila twitter 3
   
Hubungan mereka telah berakhir itu hakikatnya mungkin ini adalah cara yang terbaik buat mereka berdua dan redha dengan segala ketentuan yang telah tertulis.

Hubungan yang tidak direstui oleh ibu bapa memang tidak akan ke mana-mana jika bahagia pun mungkin hanya seketika. Biarlah sesal dahulu dari sesal kemudian hari bila rumah tangga telah terbina. Kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum bukan?Harapnya selepas ini mereka tidak bermasam muka dan mengekalkan persahabatan itu yang terbaik.

Proton Preve Hatchback & Isu Preve Sebelum Ini

February 18, 2013 by  
Sejak 20 tahun lebih yang lalu, Proton hingga ke hari ini kekal membanggakan rakyat Malaysia dengan pelbagai model kereta baru yang dilihat semakin lama, semakin baik dan menepati citarasa rakyat Malaysia. Proton Preve yang dilancarkan tahun lalu mendapat permintaan yang tinggi dari rakyat Malaysia berdasarkan pelbagai teknologi terkini yang diperkenalkan kepadanya. Biarpun masih terdapat beberapa kekurangan dan kerap dijadikan bahan ketawa (lebih menyedihkan dari rakyat Malaysia sendiri), model ini tetap semakin memenuhi jalanraya di Malaysia.
Atas kejayaan tersebut, Proton model Preve Hatchback bakal dilancarkan tidak lama lagi di mana buat masa ini sering dilihat melakukan percubaan pemanduan di atas jalanraya.
ohartis-preve-hatchback
Preve_Hatchback_front-860x516
Preve_Hatchback_rear-860x516
Preve_Hatchback_side-860x516
ohartis-preve-hatchback-2
Ingat lagi dengan kes Preve dimalukan oleh salah seorang penggunanya yang tidak berpuas-hati? Pelbagai notis kritikan ditampal pada kereta tersebut di sebuah showroom Proton. Mampukah Proton menangkis kejadian yang sama berulang dengan menambah-baik model kereta keluaran terbaru mereka ini?
ohartis-preve
ohartis-preve-2
ohartis-preve-3
ohartis-preve-4
ohartis-preve-5
ohartis-preve-6
Pada pandangan kami, semua kritikan ini akan menjadikan Proton lebih matang untuk menghasilkan kereta yang berkualiti pada masa akan datang. Apa pandangan anda dengan model Preve Hatchback ini? Mampukah Proton untuk terus bersaing dengan pelbagai jenama kereta terkemuka lain di dunia?

PS: POST INI DIKELUARKAN DI BAWAH KATEGORI UMUM/SEMASA DI MANA IANYA TIDAK BERKAITAN DENGAN ARTIS DAN SELEBRITI.

Fizz Fairuz putus tunang selepas seminggu

Tunang isteri orang!

February 20, 2013 by  

ohartis-Azlyn Massiela Mohd Nazar
Masih belum reda mulut orang berkata tentang majlis pertunangan mengejut antara Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela minggu lalu, dah timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan. Fizz Fairuz telahpun memutuskan ikatan pertunangannya yang berusia tidak sampai seminggu itu. Dimanakah silapnya? Soal jodoh itu satu hal, tapi ada satu hal lagi yang lebih mengejutkan dari itu.

Dikhabarkan, tunangan Fizz Fairuz itu telahpun bersuami yang mana adalah isteri kedua kepada seorang usahawan (berkahwin di selatan Thai pada tahun lalu). Fizz Fairuz yang baru mengetahui hal itu nekad untuk memutuskan ikatan pertunangan yang dibina selama seminggu. Fizz Fairuz mengetahui hal tersebut apabila diberitahu adik tunangnya itu melalui SMS. Bagi mengesahkan perkara tersebut, Fizz Fairuz berjumpa dengan usahawan berkenaan baru-baru ini.


Petikan laporan dari akhbar tempatan:
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan ramai pihak kerana Fizz sebelum ini bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. – Harian Metro
Pelik kan? Perempuan macam ni pun ada. Apapun ini kali pertama kami dengar kisah begini terjadi pada selebriti kita apabila “bertunang dengan isteri orang”. Jadi pada kami apa yang berlaku ini ada hikmahnya dan untuk peringatan kita bersama juga. Kerana itu jika ingin kenal dengan seseorang, haruslah diselidik betul-betul asal-usulnya dahulu. Dikatakan juga, Fizz Fairuz berkemungkinan terkena buatan orang.

Ramai antara peminat yang kecewa apabila Fizz Fairuz bertunang dengan tiba-tiba dan apa yang lebih membuatkan mereka kecewa, Fizz Fairuz bukan bertunang dengan Almy Nadia. Mereka menyatakan semua yang berlaku ini mungkin kerana “karma” atas apa yang dilakukan Fizz Fairuz sebelum ini kepada Almy Nadia. Apapun moga Fizz Fairuz tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


“Saya Dah Tak Sayang

“Saya Dah Tak Sayang & Tak Inginkan Dia Lagi” – Aidil Zafuan

February 25, 2013 by  


ohartis-aidil-rita rudaini

Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak gagal dalam permohonan cerai terhadap Rita Rudaini Mokhtar apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini, pagi tadi memerintahkan menubuhkan satu jawatankuasa khas pendamai sebelum proses cerai berkenaan dapat dilakukan.

“Saya dah tak sayangkan dia lagi & saya dah tak inginkan dia lagi,” itu respon dari Aidil Zafuan selepas keputusan mahkamah diumumkan dan ianya jelas tentang niat beliau untuk berpisah.
Terdahulu, pada prosiding itu, Aidil melalui peguamnya memberitahu mahkamah, beliau bersedia untuk menceraikan isterinya itu pada hari ini berikutan masalah antara mereka berlarutan terlalu lama dan tiada penyelesaian.

Peguam Rita bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak (Rita dan Aidil) ada salah masing-masing, namun pihaknya memohon rundingan diadakan melalui jawatankuasa pendamai.

Ketika disoal Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor, Aidil memberitahu tidak sayang lagi kepada Rita, manakala Rita pula sebaliknya, masih menyayangi suaminya. Berikutan itu, Hamizan memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan sebelum proses cerai dapat dilakukan.

Menurut Rita, beliau telah mengjangkakan perkara ini. Beliau juga turut menafikan dakwaan suaminya yang mengatakan beliau sendiri sudah dua kali meminta cerai, “Tak pernah. Kalau betul saya minta cerai, kenapa tak ceraikan? Kalau betul saya yang minta cerai”.

- Sumber: Harian Metro

Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis


Sylvester Stallone
Adoiii
AKTOR Hollywood iaitu Sylvester Stallone membuat keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya kerana beranggapan media sosial itu benar-benar mengarut.
Alasan Stallone, Twitter tidak memberi impak yang baik. Seseorang artis yang mendedahkan terlalu banyak kehidupan peribadinya menerusi medium itu adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berguna.

Walaupun Twitter kata Stallone merupakan satu media yang cukup hebat era kini tetapi impaknya tidak sehebat mana.

Apa yang difikirkan oleh Stallone itu seharunya menjadi penduaan kepada artis-artis kita agar dapat memanfaatkan media baru itu dengan sebaik mungkin.

Walaupun pada dasarnya Twitter sama juga Fecebook dan juga Instgram bertindak sebagai diari elektronik yang mampu menyimpan segala aktiviti untuk dikongsi oleh orang ramai namun lebih banyak mengundang padah.

Laman sosial itu walaupun dilihat lebih terkini dalam konteks dunia teknologi sekarang namun sejauh manakah elemen itu dimanfaatkan dengan betul?

Tidak ramai artis yang sedar, Twitter sedikit sebanyak berjaya mengurangkan pengaruh mereka kepada orang ramai.

Keterujaan peminat terhadap artis itu menjadi berkurangan apabila mereka berupaya untuk mengakses seseorang artis itu dengan mudah.

Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012 lalu.
 
Saya mengambil contoh, sebelum adanya medium Internet dan laman sosial ini, sikap keterujaan orang ramai terhadap artis cukup tinggi.

Bagi mereka, kalau dapat melihat kelibat artis di pasar pun susah menjadi pengalaman yang cukup bermakna.

Apatah lagi jika ada surat-surat atau kad-kad Hari Raya yang dibalas oleh artis, ia akan disimpan sebagai kenang-kenangan yang benar-benar bernilai.

Sebab itulah kalau 20 tahun lalu apabila artis-artis turun ke kampung dan kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan, ia akan mendapat sambutan luar biasa kerana dengan cara itulah mereka dapat melihat artis dengan dekat.

Tapi apabila media sosial ini menjadi keutamaan, keterujaan seorang itu terhadap artis semakin berkurangan kerana mereka sendiri dapat berhubung dengan artis dengan mudah.

Ia memberi kesan kepada seseorang artis kerana nilai eksklusif diri mereka sudah tiada.
Malah lebih buruk lagi pemikiran artis juga boleh dinilai berdasarkan kepada status yang dimuat naik menerusi laman sosial itu.

Ambil sahajalah contoh bagaimana krisis Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah menjadi bertambah hangat dengan status-status “seram” Sharnaaz sebelum ini.

Malah ada banyak lagi contoh bagaimana Twitter dijadikan medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati seseorang kepada individu lain.

Ia sama sekali tidak mendatangkan faedah apabila tahap pemikiran artis itu dinilai berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dimuat naik.

Laman sosial ini seharusnya digunakan oleh artis untuk menaikkan darjat masing-masing dengan kata-kata nasihat dan bermanfaat yang boleh jadikan panduan oleh pengikut masing-masing.
Sebab itulah Stallone berkata Twitter ini tidak memberi faedah kepadanya.

Saya percaya, langkah beliau menutup akaun Twitter miliknya itu akan mampu memperbanyakkan lagi pengaruhnya dalam dunia seni.

Adakah tinggi nilainya kalau terlajak tidur pun hendak ditulis dalam Twitter?

NIEZAM: Geleng kepala baca Twitter seorang artis yang nak jadi macam orang politik.

Tidak Masuk Syurga Memutuskan Silaturrahim



TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hukum memutuskan silaturrahim

Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

َMaksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?

Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْكِيْ ِ ن: صَدََقٌة، وَعََلى ذِي الرَحْ ِ م اِْثنَتَانِ: صَدََقٌة وَصِلٌَّة.
(سنن الدارمي)

Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)

Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?

Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim

Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

2. Membawa kebahagiaan.

3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

5. Mengisi kesedihan Iblis.

6. Dipanjangkan umur.

7. Menperoleh keberkatan rezeki.

8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

9. Bertambah-tambah kehormatannya.

10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang
beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)


Sumber : Mufti Brunei

Ahad, 24 Februari 2013

Resah vi

Nadi didadaku terusan resah
bagai desah ombak
bagai empangan nak pecah
bagai sesak di jalan raya
bagai pipit di sawah tersergah.

Pelik awak bagai tak kisah
aku sendirian semakin parah
tak nampak indah cinta sakura.

 iDANRADZi
Hitachi Japan
2.1.1988