Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 25 April 2014

Kerajaan belum sedia isytihar MH370 hilang, kata Najib

Kerajaan belum sedia isytihar MH370 hilang, kata Najib
 
PUTRAJAYA: Kerajaan belum bersedia untuk mengisytiharkan pesawat penerbangan MH370 sebagai hilang biarpun lebih enam minggu pesawat Malaysia Airlines itu gagal dikesan dan tiada petunjuk yang jelas di mana ia berada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk berbuat demikian demi menghormati perasaan waris 239 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

"Pada suatu masa nanti mungkin tetapi pada masa ini saya rasa saya perlu mengambil kira perasaan waris dan sesetengah daripada mereka telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak dapat menerimanya sehingga ada bukti yang kukuh," kata Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan CNN.

Biarpun begitu, tambah Najib, adalah sukar untuk membayangkan sebaliknya.

Wawancara itu dikendalikan oleh koresponden penerbangan stesen berita itu, Richard Quest.

Sebulan yang lalu, pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat Boeing 777-200 itu mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi, di barat Perth  ̶  "kawasan yang terpencil, jauh daripada tapak pendaratan." Rumusan itu dibuat berdasarkan kepada data satelit yang dimaklumkan oleh Inmarsat.

Malaysia Airlines kemudian mengumumkan bahawa pesawat itu dianggap hilang dan tiada yang terselamat. Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Dalam wawancara dengan CNN, Najib menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "ganjil" dan "tidak dapat difikirkan oleh sesiapa"  ̶  bagaimana mungkin sebuah pesawat yang sepatutnya menuju ke Beijing kemudiannya boleh sampai "separuh jalan menuju ke Antartika?"

Menurut Najib, beliau bertanya berkali-kali kepada pasukan penyiasat apakah mereka yakin tentang kedudukan akhir pesawat itu dan mereka memberitahunya "kami yakin setakat yang termampu".

Najib juga memaklumkan kerajaan akan mengeluarkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat itu minggu depan. Laporan berkenaan minggu ini diserahkan kepada  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ditanya apakah Malaysia telah tersalah menangani usaha mencari pesawat berkenaan, Najib menekankan betapa pihak berkuasa yang terlibat berdepan dengan keadaan yang "belum pernah berlaku sebelumnya" dan mana-mana negara pun akan menghadapi kesukaran yang sama.

Beliau juga mengakui ada yang telah dilakukan oleh Malaysia dengan baik tetapi ada juga yang tersilap seperti aspek komunikasi seperti pada peringkat awal usaha mengesan pesawat itu.

Sementara itu, Najib mengesahkan pada malam kejadian, radar tentera telah mengesan sebuah pesawat berpatah balik merentas Semenanjung Malaysia.

"Tidak ada pesawat tentera yang dikerah kerana pesawat berkenaan dianggap tidak berbahaya," kata Perdana Menteri, seraya menambah cara penerbangan pesawat itu sama seperti sebuah pesawat komersial yang berada pada laluannya yang biasa.

Usaha mencari pesawat penerbangan MH370 yang kini bertumpu di selatan Lautan Hindi hari ini masuk hari yang ke-49 tanpa sebarang petunjuk yang jelas dan belum ada sebarang serpihan yang ditemui.

MH370: Isteri Pramugara Luah Perasaan, Yakin Insiden Satu KOMPLOT


Isteri Pramugara MH370 Luah Perasaan, Yakin Ini Semua Satu KOMPLOT
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.
Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.
51398147923_freesize23
“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.
Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.
Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.
Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.
“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.
Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.
“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.
“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.
Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.
Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI

Khamis, 24 April 2014

MH370 - Amerika guna senjata asid kalis bunyi musnahkan MH370 di udara tanpa kesan

Thursday, April 24, 2014

Macam mana seorang manusia yang waras boleh berfikiran bahawa MH370 ditembak jatuh oleh Amerika. Tembakan ke atas mana-mana pesawat sebesar mh370 pastinya mengeluarkan bunyi yang kuat dan menghasilkan serpihan yang bertebaran dari udara ke daratan. 

Membuat tanggapan bahawa MH370 telah musnah ditembak Amerika atau mana-mana anasir adalah tidak masuk akal sama sekali.

Kecualilah jika Amerika kini menguasai senjata kimia baru yang kalis bunyi dan mampu menghapuskan kepingan besi dan segala objek fizikal di udara sebelum sempat jatuh ke tanah.

mamat ni tengah sorok serpihan MH370 ke??? 
Adakah seluruh dunia menyokong Amerika jika benar MH370 ditembak jatuh hingga sanggup sama-sama menyembunyikan segala bukti seperti serpihan MH370 yang ditemui di sekitar Diego Garcia?

Jika pun benar banyak negara menjadi balaci Amerika, Adakah radar Russia dan China yang menjadi saingan kuat Amerika itu sesungguhnya cap ayam hingga tidak dapat mengesan letupan yang berlaku?

Halo kawan, biar gua kasi tau,.......Apabila letupan berlaku radar tak cukup canggih milik Malaysia pun mampu mengesan lokasinya.

Yang jelas sekarang MH370 hilang dari radar. Itu adalah asas untuk kita berfikir apa sebenarnya berlaku. Siapa menguasai kemahiran itu. Siapa pernah menggunakan kaedah yang sama untuk menghalalkan serangan ke atas Afghanistan.

Bekas Eksekutif minyak ini sebenarnya membuat tanggapan cap ayam. Namun segala contoh tembakan ke atas pesawat awam yang pernah dilakukan Amerika seperti didedahkan beliau gua setuju sangat.
Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.
-OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB

Nelydia Senrose Mengaku Aksi Mesra Bersama Sharnaaz Keterlaluan

Walaupun ada dikalangan anda yang tidak berapa mengikuti drama fenomena 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' (BKATC), tapi setidak-tidaknya anda pasti tahu atau pernah terbaca laporan media mengenai kontroversi gambar sedutan babak-babak intim dua teraju utamanya iaitu Nelydia Senrose yang memengang watak Mastura dan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak Jebat.

Menurut heroinnya, Nelydia, mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu memberikan lakonan yang terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak sepertimana yang tertulis dalam novel asalnya.


"Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel. Kami dah berikan lakonan yang terbaik", katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.

Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar. Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.

Tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja 'menayangkan' momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton.

Mengimbas sedikit pengalaman sepanjang pengambaran, Nelydia berkata ada satu babak yang membuatkan dia berasa segan dengan diri sendiri. Misalnya babak dia perlu bercakap dengan bayi di dalam perutnya.

"Babak masa saya mengandung dan bercakap dengan bayi saya sendiri, itu babak paling buat saya rasa segan dengan diri sendiri. Babak tu pun banyak kali take. Saya memang tak tahu kenapa saya rasa sangat jangal dan malu nak lakonkan babak tu. Cara saya atasi perasaan segan itu dengan cara saya gelak puas-puas dulu lepas tu baru saya masuk set sebagai Mastura.

"Selain tu babak yang paling akan menjadi ingatan saya ilaha babak-babak nostalgia yang sangat dekat dengan pembaca-pembaca novel bagi drama ini seperti babak masuk hospital dan babak terjun kolam", katanya.

'BKATC' mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris bernama Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik. Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Matura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami agama Islam. Pelbagai konflik terjadi yang menjadi halangan percintaan mereka.

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Iqram Dinzly, datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff. Sebanyak 60 episod, ia telah disiarkan sejak 9 Disember 2013.

Rabu, 23 April 2014

MH370: Kabinet luluskan penubuhan pasukan penyiasatan antarabangsa

MH370: Kabinet luluskan penubuhan pasukan penyiasatan antarabangsa
 
KUALA LUMPUR: Kabinet telah meluluskan penubuhan sebuah pasukan penyiasatan antarabangsa yang akan menilai punca kehilangan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya Kementerian Pengangkutan telah ditugaskan merangka terma rujukan bagi pasukan penyiasatan itu, sementara jawatankuasa kecil yang diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi ditugaskan menyelaras penubuhan pasukan tersebut.

"Saya juga ingin memaklumkan pasukan penyiasatan antarabangsa itu tidak akan melibatkan aspek jenayah yang mana berada di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," katanya pada sidang media berkenaan Penerbangan Malaysia MH370 di Hotel Royal Bintang, hari ini.

Menurut beliau, siasatan yang dilakukan itu akan dijalankan mengikut peraturan penerbangan awam di mana akan dipantau oleh Malaysia, selaku Ahli Majlis bagi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Jelas Hishammuddin, ia bagi memantau sama ada siasatan yang dijalankan mematuhi piawaian dan amalan yang disyorkan ICAO terutamanya untuk melihat aspek keselamatan penerbangan awam antarabangsa.

"Penyelidikan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 1966 dan standard yang ditetapkan di bawah Lampiran 13 - Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Pelawat, Konvensyen Chicago, yang memerlukan setiap pihak untuk menyiasat kemalangan udara secara bebas dengan kuasa penuh di negara-negara masing-masing," katanya.

Menurut Hishammuddin, tujuan utama pasukan ini adalah untuk menilai, menyiasat serta menentukan punca sebenar insiden tersebut supaya ianya dapat dielakkan pada masa hadapan.

Selain itu katanya, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan akan bertindak sebagai sektretariat bagi pasukan ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan tersebut akan terbahagi kepada tiga iaitu, kumpulan yang menyiasat tentang kebolehan penerbangan pesawat; kumpulan operasi; dan juga kumpulan perubatan dan faktor manusia.

Kata Hishammuddin lagi, pihaknya sedang berbincang bagi melantik pakar-pakar dari negara-negara ASEAN, serta dalam proses mengenal pasti ahli-ahli pasukan tersebut yang menepati piawaian antarbangsa.

Tambahnya senarai nama-nama tersebut akan diumumkan minggu hadapan.

Isnin, 21 April 2014

Wartawan Bebas: Penumpang MH370 hantar gambar dari iPhone memberi pertanda kesan jejak ke pengkalan rahsia military U.S. di Diego Garcia’

Wednesday, April 02, 2014

Adakah penumpang Phillip Wood dan lain-lain masih hidup selepas penerbangan MH370 dirampas kemudiannya dibawa ke pangkalan tentera AS rahsia yang terletak di sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi?
 Oleh Shepard Ambellas

 LAUTAN HINDI ( INTELLIHUB ) - Menurut wartawan bebas Jim Stone, salah seorang penumpang Amerika, Phillip Wood , seorang technical storage executive di IBM, yang berada di atas pesawat penerbangan Malaysia Airlines yang kini hilang , menyumbat iPhone 5-nya di duburnya selepas Boeing 777 membawa 239 orang telah dirampas oleh anggota tentera semasa dalam perjalanan ke China.

 Peliknya, Stone mendakwa metadata bahawa dalam bukti hasil foto mengesahkan "100 peratus" yang Phillip Wood telah menghantar foto, bersama-sama dengan  suara teks ringkas diaktifkan, dari Koordinat GPS yang meletakkan Wood hanya beberapa batu dari Diego Garcia, pangkalan tentera dikawal Amerika Syarikat yang terletak di sebuah pulau di selatan Maldives di Lautan Hindi. Dalam posnya Stone mendakwa bahawa koordinat mungkin mati dengan beberapa batu (lihat update di bawah pos), membuktikan bahawa iPhone sebenarnya menghantar gambar hitam yang  kosong tanpa mendedahkan apa-apa lagi. Stone  mengandaikan gambar itu diambil di dalam bilik gelap atau dalam kedudukan di mana tangan Wood telah terikat.

 Seperti yang dilaporkan oleh Stone , gambar itu disiarkan bersama-sama dengan teks berikut kononnya daripada Wood:

 "Saya telah diculik oleh  sekumpulan tentera yang tidak diketahui selepas penerbangan saya dirampas (ditutup mata). Saya bekerja untuk IBM dan saya telah berjaya menyembunyikan telefon bimbit saya ke dalam 'jubor' saya semasa rampasan. Saya telah dipisahkan dari seluruh penumpang dan saya di dalam sel. Nama saya Philip Wood. Saya rasa saya telah  dikhayalkan dengan dadah dan  tidak boleh berfikir dengan jelas. "

 Anehnya imej hitam kosong dilabel "1395192158752.jpg" mengandungi metadata yang berikut:

1395192158752 Dimensi: 240 x 3209

Alat Make: Apple

Peranti Model: iPhone 5 

 Ruang Warna: RGB 

Profil Warna: sRGB IEC61966-2.1 

 Length Focal: 4.12 

Alpha Channel: Tiada 

Mata Merah: Tiada

Nombor F: 2.4 

 Program Pendedahan: 2 
 Masa Pendedahan: 1/15 

Stone juga menunjukkan dengan terperinci bagaimana Exchangeable Image Format di atas (EXIF) data imej adalah “pembuktian”, menulis:

 Exif itu adalah utuh. Data Exif tertanam dalam setiap imej oleh setiap kamera dan termasuk keadaan di mana gambar itu diambil. Ia boleh dilihat dengan menyimpan imej untuk desktop anda, dan kemudian mengklik kanan dan memilih ciri-ciri imej. Hit tekan butiran. Anda boleh melihat bahawa imej itu diambil pada 18 Mac dengan iPhone 5, dengan ISO pada 3200 dan shutter 1/15. Koordinat dimasukkan dalam data exif kerana iPhone tahu di mana ia berada, dan koordinat adalah untuk Diego Garcia. Kali PERTAMA SATU PHOTO KOSONG MENDEDAHKAN SEMUANYA.

Exif tidak boleh ditulis semula dengan perisian yang biasa, ia hanya boleh ditambah ke dalam bidang seperti kredit imej dengan beberapa aplikasi maju. Ia boleh juga dipadamkan  tetapi tetapi TIDAK BERUBAH. Foto dengan exif utuh akan diterima di mahkamah. Jika Exif digodam dan ini tidak benar, CIA atau penggodam yang benar-benar baik dapat lakukan ini, yang meragukan saya, saya rasa ia mungkin benar.

 Satu lagi pembuktian adalah bahawa perisian pengecaman suara meletakkan perkataan peribadi dan bukan kakitangan. Ini benar-benar konsisten dengan perisian buta membantu dail keluar.

 Sekitar cerita ini adalah hakikat bahawa orang yang berjaya mendapatkan maklumat ini untuk Farganne (ahli forum Glitch) telah diganggu dan menerima banyak mel suara mengancam ke atasnya, iaitu satu lagi bukti menunjuk kepada ini sebagai yang sebenar. Satu perkara yang pasti, sebaik sahaja ia disiarkan di sini di laman web ini adalah jin yang keluar dari botol. Saya tidak boleh menekankan betapa pentingnya ialah Koordinat GPS di dalam gambar tidak sempurna sepadan dengan apa yang Google berkata dan tidak mencatatkan mana-mana sahaja di web, kerana ia membuktikan bahawa sumber mereka koordinat tidak datang dari google atau Wikipedia, mereka benar-benar melakukan datang dari peranti pengimejan dan ia TERPAKSA berada di Diego Garcia ketika mengambil gambar.

 Yang menariknya, 7-hari yang lalu, pada 24 Mac, 2014 pada 2:30 AM EDT, ia telah dilaporkan oleh Intellihub News bahawa penerbangan 370 mendarat di Diego Garcia,  pangkalan rahsia tentera Amerika Syarikat yang dipajak daripada EU, semasa waktu awal pagi bulan Mac 8, 2014 selepas seorang YouTuber dengan nama Montagraph meletakkan dua dan dua bersama-sama berikutan laporan lain.

 Petikan dari artikel itu berbunyi:
 "[...] MH370 kemungkinan besar mendarat di Diego Garcia dan pesawat itu mungkin telah diarahkan ke besar-besaran"  sangkar Faraday " besar , hangar untuk mengelakkan penumpang dari berkomunikasi dengan dunia luar."

 Yang menghairankan, ini semua sesuai sekali dengan laporan Malaysian Insider dikeluarkan pada 18 Mac bertajuk " US military base, South Asian airports in MH370 pilot’s simulator, says paper ", seperti yang didapati, juruterbang MH370  mempunyai simulasi skala Diego Garcia di dalam buku simulator penerbangan di rumahnya.
 Satu suntingan dari Malaysian Insider berbunyi:
 Siasatan ke dalam simulator penerbangan yang diambil dari rumah jurutrbang yang hilang ini menunjukkan perisian selama lima landasan latihan, termasuk satu yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Berita Harian hari ini melaporkan.

 "Di antara perisian kami diperiksa setakat ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, tiga lapangan terbang di India dan Sri Lanka, dan satu yang dimiliki oleh pangkalan tentera AS di Diego Garcia. Semua mempunyai panjang landasan 1,000 meter, "kata satu sumber kepada akhbar harian tersebut.

 Polis merampas simulator penerbangan dari rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah Sabtu lalu sebelum ia mencantumkan semula di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, di mana pakar-pakar telah menjalankan pemeriksaan.

 Jika sesiapa yang mempunyai lagi maklumat mengenai perkara ini kami menggesa anda hubungi kami di Intellihub News serta  merta.
 Kemaskini 02:49 EST 
 Maklumat berikut telah diposkan sebagai tip di laman web Steve Quayle :
 Hi Steve,

 Re: gambar hitam / kosong dari teknologi IBM jet Malaysia yang hilang. Gambar itu diambil di dalam bangunan tidak jauh dari landasan di Diego Garcia. Saya meletakkan gambar ke dalam perisian penyuntingan saya, meraih titik GPS dan di sini ia adalah. Cuba ini: pergi ke: itouchmap.com, pilih # 6, pergi ke kotak kanan bawah dan input maklumat yang:
 -7 18 58.3 LATITUDE
 72 25 35.6 Longitud

 Klik pada: SHOW POINT9 Zum masuk dan anda akan melihat di mana foto berasal. Wow. Anda mungkin akan mengiktiraf pesawat berat diletakkan berhampiran. Imej Via itouchmap.com: 
(Featured photo at top of page: www.panoramio.com)

Jumaat, 18 April 2014

'Harimau' itu sudah berhenti mengaum

'Harimau' itu sudah berhenti mengaum
SETERUNYA selalu gementar — atau sekurang-kurangnya menunjukkan rasa hormat dengan hati yang berat — apabila mendengar suara garuk lelaki itu yang diberi julukan sebagai 'Harimau Jelutong'. Baik di Parlimen atau di mahkamah, sepertinya apabila setiap kali dia berdehem dan memulakan ucapannya yang keras — seluruh dewan jadi senyap sunyi.

Tetapi wataknya yang lembut dan budiman menjadikan dia ikon wira dan nama yang menjadi sebutan ramai — dialah Karpal Singh.

Karpal — peguam terhormat, ahli politik dan pejuang keadilan dan demokrasi yang tegas dan tidak pernah kenal lelah itu — meninggal dunia pada awal pagi Khamis dalam satu kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk mengendalikan satu kes mahkamah.

Karpal sepatutnya menyambut hari jadi yang ke-74 pada 28 Jun ini.

"Di mahkamah dan di Dewan Rakyat, tidak ada siapa yang berani cari pasal dengannya. Mereka menikus kerana tidak mahu diserang. Tetapi di rumah, sewaktu bersama cucu-cucunya, kita akan melihat sisi dirinya yang penyayang. Apabila anak-anak kecil itu melompat, menumbuk dan menjerit, dia akan cuba meleraikan mereka. Tetapi dia akan hanya tersenyum dan berkata 'tak ada siapa yang mendengar aku di sini'," kata seorang wartawan kanan mahkamah yang menyifatkan Karpal sebagai seorang sahabat.


Karpal Singh kelihatan keluar dari mahkamah bersama isterinya Gurmit Kaur pada 14 Januari 2000 selepas beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut dan Akta Rahsia. -AFP PHOTO/Jimin LAI


Pada kematiannya, Karpal meninggalkan isteri, Gurmit Kaur dan lima anak mereka — anak perempuan, Sangeet dan anak-anak lelaki, Jagdeep, Gobind, Ramkarpal dan Mankarpal serta anak-anak mereka — cucu-cucunya.

Adalah satu kebetulan yang tragik apabila nahas jalan raya itu bukanlah yang pertama bagi keluarga tersebut. Karpal lumpuh dan terikat pada kerusi roda kerana satu kemalangan pada 2005. Ayahnya, Ram, juga menemui ajal dalam nahas jalan raya di Amritsar, Punjab pada 1974, hampir 40 tahun lalu.

Dalam kemalangan lebih kurang pada pukul 1 pagi itu, anak lelakinya, Ramkarpal cedera manakala pemandu mereka yang berumur 27 tahun terselamat. Amah Indonesianya pula dilaporkan dalam keadaan parah.

Nahas itu bagaimanapun turut meragut nyawa pembantu peguam itu, Michael Cornelius Selvam Vellu, 30, yang sudah lama berkhidmat dengannya

Michael seorang pembantu Karpal yang setia, yang sudah bersamanya selama satu dekad. Dia selalu ada di sisi majikannya itu, menolak kerusi roda Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu serta membantunya dalam urusan harian termasuk menjawab telefon Karpal.


Karpal Singh sewaktu beliau muda.

Setiap kali Karpal terlewat untuk urusan mahkamah, kononnya itu kerana Michael menguruskan fisioterapinya pada pagi hari. Atas sebab itu, Karpal baru-baru ini berpindah ke sebuah rumah yang lebih dekat dengan Parlimen dan mahkamah di Jalan Duta serta hampir juga dengan pejabatnya.

"Karpal menemui Michael di Vellore, Tamil Nadu di selatan India. Tuhan itu agung. Dia mahu Karpal dibantu juga di sana (selepas mati)," kata wartawan yang bersahabat dengan Karpal.

Michael meninggal seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan — semuanya di India.


'Legasi undang-undang dan politik'

Legasi Karpal melampaui 'kontroversi' biasa ahli politik-peguam sepanjang empat dekad kerjayanya. Dia selalu digambarkan sebagai seorang 'patriot' yang tidak hanya meninggalkan bekas kepada dunia perundangan tetapi juga mengubah undang-undang untuk kebaikan.

Ketua Editor FreeMalaysiaToday, K. Kabilan berkata legasi Karpal yang terunggul ialah duluan (precedent) undang-undang yang melata yang beliau bentuk melalui kes-kes yang dikendalikannya.

"Sistem perundangan kita mendapat manfaat yang banyak daripada prinsip undang-undang daripada kes-kesnya, yang dalam banyak keadaan membawa kepada perubahan undang-undang," kata Kabilan yang sejak kecil membaca kisah Karpal dan kemudian mula mendekati peguam itu semasa jadi wartawan mahkamah.

Karpal tahu sangat apa yang dia mahukan sebagai seorang peguam: keadilan untuk semua orang yang dia wakili, katanya.

"Saya lihat sendiri beliau memberi yang terbaik untuk anak guamnya walaupun ada yang menganggap sesetengah kes itu tidak ada peluang. Ada banyak kes tahanan ISA yang beliau menang atas isu teknikal… Dia selalu menang lawan kerajaan dalam hal ini," kata Kabilan.

Karpal merupakan sebahagian daripada banyak kes, sesetengahnya melibatkan politik dan banyak pula untuk 'orang kecil' termasuk "mereka yang ditahan secara salah, mereka yang dipecat daripada perkhidmatan awam kerana alasan yang remeh termasuk seorang anggota tentera yang dituduh sebagai pengintip".

Karpal Singh sedang berucap semasa majlis makan malam DAP di Pulau Pinang pada tahun 1978.


Peguam dan pensyarah, Datuk Baljit Singh berkata kejayaan dan sumbangan Karpal kepada negara ini tidak dapat digambarkan. Beliau menyifatkan Karpal sebagai "ikon undang-undang jenayah" yang "mempunyai hampir 1,000 kes yang dilaporkan dalam jurnal perundangan".

Selain kes liwat Anwar Ibrahim, dua kes yang dikendalikan oleh Karpal jadi kes duluan.

Satu daripadanya ialah kes penting pada 1996 iaitu kes S. Arulpragasan yang merungkaikan permasalahan mengenai beban pembuktian. Melalui kes itu, pihak pendakwa harus membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah sebelum mahkamah boleh mengarahkan tertuduh membela diri.

Keputusan kes Teh Cheng Poh pada 1979 yang diheret sampai ke sidang Majlis Privy di England menetapkan bahawa Perisytiharan Darurat dan keputusan Kabinet yang dimasyhurkan oleh Yang Di-Pertuan Agong boleh disemak oleh mahkamah.


'Menjadi orang yang luar biasa'

Baljit yang sekampung dengan Karpal di Pulau Pinang turut mengenang satu peristiwa semasa dia bersekolah dengan anak-anak Karpal.

"Bas sekolah rosak. Karpal memandu sendiri keretanya bersama anak-anaknya untuk mengambil saya ke sekolah. Apa yang dibuat oleh Harimau Jelutong itu saya ingat sampai sekarang," katanya.
Karpal — yang beliau anggap sebagai pakcik, teman dan mentor — adalah contoh "dedikasi, kerja keras, kejujuran dan keberanian" dan meninggalkan "kasut besar untuk diisi", kata Baljit.

Seorang lagi teman keluarga yang rapat, Ranjit Singh berkata: "Dia seorang yang membela orang biasa dan dia menyuarakan suara mereka, baik di mahkamah atau kepada tokoh besar di parlimen.

Menurut Ranjit, ayahnya biasa menumpangkan Karpal dengan kereta untuk ke mahkamah di Pulau Pinang dan dia selalu mahu jadi seperti Karpal kerana peguam itu orang yang berprinsip.

"Dia peguam perlembagaan dan jenayah yang terbaik di negara ini. Tetapi pada masa sama, kepada mereka yang tidak berduit, saya tahu dia baik dengan mereka," katanya.


'Budiman kepada wartawan'

Daripada pelbagai cerita, Karpal selalu budiman kepada wartawan, selalu sedia meluangkan masa untuk menerangkan kes yang mereka tidak faham malah selalu pula melayan soalan-soalan yang 'bodoh'.

"Saya tidak pernah lihat dia marahkan wartawan walaupun dia menunjukkan kemarahannya semasa berhujah — marah kepada mahkamah, atau kepada saksi atau pendakwa raya atau peguam lawannya.

"Kalau dia marah, dia betul-betul marah. Kata-kata yang keluar dari mulutnya seperti halalintar. Orang jadi takut kalau anginnya tak baik," kata Kabilan. Dia menambah sepanjang berkenalan dengan peguam kanan itu, dia sangat menikmati jenaka-jenaka Karpal.

Kesabaran Karpal itu menyentuh perasaan Penolong Pengarang Berita The Malaysian Insider, V. Anbalagan. Katanya, dia hairan apabila selepas bertahun-tahun bersahabat dengan Karpal, peguam itu tidak pernah meremehkan biar soalan yang paling mudah.


Karpal mengetuai barisan pembelaan bagi kes mata hitam pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim. Karpal bersama (dari kiri) Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh Deo, dan Zainul Zakaria ketika meninggalkan ibu pejabat polis persekutuan di Kuala Lumpur pada 22 Februari 1999 -. AFP PHOTO / Leo Chan

 
"Dia tahu kerjanya sebagai peguam adalah juga untuk membantu wartawan mendapatkan fakta yang betul. Itu penting," katanya, yang kali terakhir bertemu dan berbual dengan Karpal pada petang sebelum nahas itu.

"Saya akan sangat-sangat merinduinya. Dia seorang yang sangat positif. Sebagai seorang ahli politik pembangkang, adakalanya apa yang dia lakukan menyebabkan undang-undang dipinda dan dia boleh datang ke mahkamah untuk mengatakan Parlimen sudah tersilap

"Dia penggubal undang-undang yang sebenarnya. Dia tahu apa yang diharapkan daripada ahli parlimen dan dia tahu apa yang dia lakukan apabila membahaskan rang undang-undang," katanya.

Kerusi pertama Karpal selepas terjun ke dunia politik kerana rusuhan kaum 1969 ialah terpilih sebagai wakil rakyat di Kedah pada 1974. Dia kemudian jadi Ahli Parlimen Jelutaong pada 1978, kerusi yang dipertahankannya sehingga dia kalah pada 1999. Dia kembali ke Parlimen pada 2004 sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

"Dia pernah beritahu saya, tidak kiralah kamu ini wartawan jenis apa, jadilah wartawan yang bertanggungjawab," kata seorang wartawan hiburan.

Seorang wartawan kanan memberitahu, biarpun bekerja kuat dan mempunyai gaya hidup yang penuh disiplin, Karpal sekali sekala akan makan makanan yang agak manis atau berminyak. "Walaupun dia menjaga makanan, dia pernah kata kepada saya: jangan terlalu tegar, sekali sekala kena ikut kata hati."


Pejuang sehingga akhir hayat

Biarpun Karpal tidak menunjukkan belas kasihan kalau dia percaya dia di pihak yang benar, dia bagaimanapun adil kepada lawannya. Semasa dia hendak disabitkan tuduhan dan dijatuhkan hukuman atas dakwaan menghasut berhubung satu kenyataannya mengenai krisis perlembagaan Perak pada 2009, Karpal tidak mengata pendakwanya.

"Peguam dan penyokongnya semua marah dan menghamburkan kata-kata kesat ketika pendakwa raya mendesak supaya Karpal dikenakan hukuman penjara. Saya duduk dekat dengannya dan saya nampak dia menoleh kepada Gobind dan berkata: Kenapa macam ini… biarkan dia buat kerjanya. Jangan ganggu dia," cerita seorang wartawan.

Apabila dijatuhkan hukuman denda RM4,000, Karpal hanya tenang dan berkata dia telah mengharungi perkara yang lebih buruk dan "sebagai ahli politik, kita mesti berani".

Kali pertama dia didakwa dengan tuduhan menghasut ialah pada 2002 dan dia ditahan dia tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1987 semasa Operasi Lalang kerana mencetuskan ketegangan kaum.

Karpal juga seorang lantang biarpun kelantangannya bermakna akan membangkitkan kemarahan rakan politiknya dalam DAP atau Pakatan Rakyat.


Foto: Karpal Singh dalam kenangan


Dia menentang agenda PAS mahu melaksanakan hudud. Dia mengkritik Anwar Ibrahim kerana janji 16 September. Dia mengkritik Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana dikatakan cuba merekrut pemimpin Barisan Nasional selepas berkuasa di Pulau Pinang. Dia juga menyelar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy supaya tidak jadi seperti "panglima perang".

Di pejabatnya di Pudu, kehilangan tragik itu disambut oleh kakitangan firma guamannya yang setia dengan terus bekerja.

"Dia selalu bekerja tanpa tahu penat lelah. Dia bekerja dan bekerja sampai ke malam. Dia seorang yang kuat bekerja," kata seorang kakitangan yang sudah berkhidmat dua tahun di pejabat itu.

"Dia menerima kes tanpa memilih anak guam; kaya atau miskin, semua dia terima," katanya.


Pejabat Karpal Singh yang kini kosong.


Pejabat Karpal Singh yang dihiasi dengan keratan akhbar dan pelbagai tanda penghargan kepada peguam itu termasuk sekeping poster "Singh is King" kini tinggal kosong.

Dalam beberapa wawancara, Karpal yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP kerana kes hasutan baru-baru ini selalu menegaskan bahawa beliau tidak akan pernah bersara.

Wakil rakyat yang balik kawasan ke Bukit Gelugor setiap minggu itu mengatakan bahawa "saat yang paling menyedihkan dalam hidupnya ialah apabila dia mahu berkhidmat kepada pengundinya tetapi tidak lagi mampu.

"Saya pernah bertanya apakah dia akan bersara. Dia hanya tersenyum sinis dan kemudian ketawa. Katanya, itu tidak akan terjadi kerana bersara bermakna berakhirlah riwayatnya," kata seorang wartawan kanan.

Dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita, Karpal berkata: "Pada hari saya memikirkan hal itu (tentang persaraan), siaplah, saya mungkin rebah dan itulah penghujung hayat saya."