17 Julai 2013
PUTRAJAYA - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada
harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang
Aidilfitri.
Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus
kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
"Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi
mempertimbangkan permohonan Cuepacs untuk 1.4 juta penjawat awam.
"Cuepacs yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan perkara ini. Saya
rasa ada harapan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini
malam ini.
Cuepacs sebelum ini masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah
bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan
gaji tahunan pada bulan ini.
Terdahulu hampir 1,000 tetamu hadir pada majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid
Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa
Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai
tinggi kerajaan, wakil kedutaan asing dan tokoh-tokoh korporat.
Pada majlis itu Dr Ali yang juga Penasihat Puspanita dan isteri Puan
Sri Rohani Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada empat rumah anak
yatim masing-masing sebanyak RM10,000 dengan 100 anak yatim turut
menerima sumbangan.
Dr Ali dan para tetamu kemudiannya menunaikan solat Isyak dan tarawih.
Ketik sini akan bantu Blog ini
Seyogia
☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Rabu, 17 Julai 2013
Selasa, 16 Julai 2013
Ramadan
Sakit yang berpanjangan telah masuk minggu kedua
aku masih sakit demam batul selesema
paling penat aku kuat mengantuk
jangan silap makan aku akan keracunan
Cuaca sepanjang Ramadan nampak suram
tak panas tak juga hujan
persekitaran surau Jenaris sepanjang dua tiga hari : padat
tetapi kini aku telah boleh masuk Tarawih di dalam surau
ada beberapa jemaah yang kenal aku
selainnya bagaikan manusia asing
pandang wajahku pun juga asing
tenguk gayaku juga asing
Ilham menulis semakin merudum
tapi aku tetap menulis semahunya
tidak kata manis sekadar kata biasa tawar
agar aku tetap kuat menempuh Ramadan
biarpun ada ketika aku tertidur ketika menunggu Azim
Azim tetap pergi kelas tambahan/tuisyen
setiapa hari sela khamis & jumaat.
Tak suka ke Bazar Ramadan sebab pesara seperti aku
tak mampu nak beli makanan yang mahal-mahal
orang kota tak kisah bab bayaran sebab mereka kerja
untuk makan aku perhatikan biar mahal mana harga makanan
tetap ada pembelinya.
Aziq bercuti sepanjang Ramadan selama dua bulan
sepanjang malam asyik berjaga siang jadi musang tidur saja
tapi aku tak risau bab pelajarannya Aziq memang anak pintar
Anif pula tak pasti minggu pertama dapat balik
minggu kedua tak tahu lagi STTJ nampak keras undang-undangnya
sian Anif memang aku turut simpati tapi aku nak lihat dia berjaya
sekolah tu bagus tapi tinggal di asrama memang banyak cabarannya
tapi dari ibu bapa yang hantar anak di sana mereka mengatakan
jauh lebih baik dari sekolah teknik yang lain
ada satu kes ayah pelajar mengadu anaknya kena buli di sekolah teknik sepang
sampai sakit demam tak boleh tidur bila minta tukar di STTJ Seremban
rasa sekesa selamat & macam rumah sendiri.
Anif tak sebaik mana keputusan pelajarannya tetapi aku berharap
dia punyai tempat belajar selepas SPM nanti
agar waktu berbaki ini Allah Azza Wa Jalla dapat membuka hati Anif
agar belajar lebih tekun & cuba mencapai keputusan terbaik.
aku masih sakit demam batul selesema
paling penat aku kuat mengantuk
jangan silap makan aku akan keracunan
Cuaca sepanjang Ramadan nampak suram
tak panas tak juga hujan
persekitaran surau Jenaris sepanjang dua tiga hari : padat
tetapi kini aku telah boleh masuk Tarawih di dalam surau
ada beberapa jemaah yang kenal aku
selainnya bagaikan manusia asing
pandang wajahku pun juga asing
tenguk gayaku juga asing
Ilham menulis semakin merudum
tapi aku tetap menulis semahunya
tidak kata manis sekadar kata biasa tawar
agar aku tetap kuat menempuh Ramadan
biarpun ada ketika aku tertidur ketika menunggu Azim
Azim tetap pergi kelas tambahan/tuisyen
setiapa hari sela khamis & jumaat.
Tak suka ke Bazar Ramadan sebab pesara seperti aku
tak mampu nak beli makanan yang mahal-mahal
orang kota tak kisah bab bayaran sebab mereka kerja
untuk makan aku perhatikan biar mahal mana harga makanan
tetap ada pembelinya.
Aziq bercuti sepanjang Ramadan selama dua bulan
sepanjang malam asyik berjaga siang jadi musang tidur saja
tapi aku tak risau bab pelajarannya Aziq memang anak pintar
Anif pula tak pasti minggu pertama dapat balik
minggu kedua tak tahu lagi STTJ nampak keras undang-undangnya
sian Anif memang aku turut simpati tapi aku nak lihat dia berjaya
sekolah tu bagus tapi tinggal di asrama memang banyak cabarannya
tapi dari ibu bapa yang hantar anak di sana mereka mengatakan
jauh lebih baik dari sekolah teknik yang lain
ada satu kes ayah pelajar mengadu anaknya kena buli di sekolah teknik sepang
sampai sakit demam tak boleh tidur bila minta tukar di STTJ Seremban
rasa sekesa selamat & macam rumah sendiri.
Anif tak sebaik mana keputusan pelajarannya tetapi aku berharap
dia punyai tempat belajar selepas SPM nanti
agar waktu berbaki ini Allah Azza Wa Jalla dapat membuka hati Anif
agar belajar lebih tekun & cuba mencapai keputusan terbaik.
Isnin, 13 Mei 2013
Suara hati rakyat
| ., | 13 Mei 2013 |
Duhai Perdana Menteriku Najib Razak,
Selepas diumumnya keputusan PRU13,
Saya melihat kenaikan barang terus meningkat
Mendadak.
Kenaikan harga roti,
kenaikan harga tarif elektrik,
kenaikan harga gula,
kenaikan harga minyak,
kenaikan harga gas,
Juga GST yang bakal disusuli,
Dan saya yakin banyak lagi yang akan dinaikkan.
Inikah balasannya buat rakyat?
Tindakan ini tiada erti ihsan dan belas kasihan.
Tiada erti berkebajikan,
Tiada erti membalas budi dan memberi harapan.
Juga tiada erti pimpinan ini akan ke hadapan.
Sehinggakan,
Pihak yang ditindas ini terpaksa menubuhkan JK anti kenaikan barang.
Pihak yang ditindas inilah yang memperjuangkan rakyat.
Pihak yang ditindas inilah yang akan menjadi penjamin rakyat.
Pihak yang ditindas inilah yang akan menjaga hak rakyat.
Pihak ini jugalah yang akan berusaha menuntut hak rakyat.
Saya memujuk hati,
Andai wang tersebut diperuntukkan untuk membeli kain bagi menutup sebahagian aurat Datin Rosmah, bermanfaat juga.
Namun, itu hanya mimpi semata.
Kalau dahulu sebelum PRU,
Bertong-tong madu diberi kepada 'mereka',
Kini selepas PRU,
'Mereka' malah dilempar dengan tong madu kosong.
Habis madu sepah dibuang.
Maaf menambah bicara,
Kami Melayu, Cina, India, Kadazan
Bersatu mahu Malaysia wajah baru
Kami rasa tidak yakin dan tidak terbela dengan pimpinan Era Biru.
Kami mahu pimpinan Era Baru.
Selagi belum jumpa yang terbaik,
Selagi belum Malaysia ini BERSIH,
Dari rasuah, agenda kotor,
Selagi duit rakyat hanya untuk kroni,
Kami menolak, menolak, menolak
Demi generasi akan datang.
Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato: "Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu."
Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu.
Oh Malaysiaku..
Ummul Qolbi
Mu'tah, Jordan
Rabu, 8 Mei 2013
Rumah Bicara
| Hana al-Amin, | 08 Mei 2013 |
masanya terlalu singkat kita menunggu
pencerahan lampu mu menerangi gelap celaru
ramai yang sedang menunggu cahaya mu
kesihani lah pada mereka yang teraba-raba
terkial mencari sebutir manik cahaya ......
Berbicaralah dengan tulus celik mata hati
bukan juling lakun mulus pelik sangsi
mereka bukan hamba sahaya dibumi tercinta
tetapi ketuanan tanah pusaka mengerti sandiwara
Hentikan omong dan sepakat suap balaci
pekertikan lorong sekat berong singgung keji
laungan takbir meroboh tembok ketakutan
gandingan minggir rempuh angkuh kesombongan
beristigfar panjang sambil menadah tangan
dunia telah beransur dimamah onar zaman
sekam iri mengapi keji tak kesudahan
bilakah lagi sinar cahaya menerangi kegelapan
menutur lagi si mualim tanpa jemu mengingati
kita akan kembali kepada Tuhan Rabbulizzati.
Astagfirrullah.....!!!
Hana al-Amin
Sungai Tua, 8 Mei 2013
Isnin, 6 Mei 2013
Biarkan aku bersedih
| Budak Skema, | 07 Mei 2013 |
Saya paksa hati biar reda
Saya pujuk akal agar menerima
Sudah bertalu madah ingin menyejukkan
Sudah berkali bait suci ditatapkan
Agar salju bahang jiwa di relungan
Namun, susah nian...
Lebih sekali, atap mata berair kaca
Lebih sekali, lantai nafas beralir esak
Masih detik ini payah melumatkan
Epilog 5 Mei berdialog dusta
Ku selak kulit hari dulu
Ku imbau huluranku
Ku sergah khilafku
Kerana mungkin, aku yang berdosa
Meninggalkan kamu, menggapai seorang
Kata kamu, biar ia berlalu
Mungkin tunas masih silu
Mungkin benih belum bertemu wahyu
Mungkin juga, baru menukar layu
Mereka sudah tahu yang benar
Di sini bersih, di situ onar
Namun tempang adab
Mereka enggan
Benar katamu
Akal ditawani fakta
Hati dipikat kata
Sedihlah, namun usah berhenti...
Az-Zagazig
6 Mei 2013
9.26 Malam
Dalam Bilik.
Langgan:
Catatan (Atom)













