Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 13 Mei 2013

Suara hati rakyat


., 13 Mei 2013

Duhai Perdana Menteriku Najib Razak,
Selepas diumumnya keputusan PRU13,
Saya melihat kenaikan barang terus meningkat
Mendadak.

Kenaikan harga roti,
kenaikan harga tarif elektrik,
kenaikan harga gula,
kenaikan harga minyak,
kenaikan harga gas,
Juga GST yang bakal disusuli,
Dan saya yakin banyak lagi yang akan dinaikkan.

Inikah balasannya buat rakyat?
Tindakan ini tiada erti ihsan dan belas kasihan.
Tiada erti berkebajikan,
Tiada erti membalas budi dan memberi harapan.
Juga tiada erti pimpinan ini akan ke hadapan.

Sehinggakan,
Pihak yang ditindas ini terpaksa menubuhkan JK anti kenaikan barang.
Pihak yang ditindas inilah yang memperjuangkan rakyat.
Pihak yang ditindas inilah yang akan menjadi penjamin rakyat.
Pihak yang ditindas inilah yang akan menjaga hak rakyat.
Pihak ini jugalah yang akan berusaha menuntut hak rakyat.

Saya memujuk hati,
Andai wang tersebut diperuntukkan untuk membeli kain bagi menutup sebahagian aurat Datin Rosmah, bermanfaat juga.
Namun, itu hanya mimpi semata.

Kalau dahulu sebelum PRU,
Bertong-tong madu diberi kepada 'mereka',
Kini selepas PRU,
'Mereka' malah dilempar dengan tong madu kosong.
Habis madu sepah dibuang.

Maaf menambah bicara,
Kami Melayu, Cina, India, Kadazan
Bersatu mahu Malaysia wajah baru
Kami rasa tidak yakin dan tidak terbela dengan pimpinan Era Biru.
Kami mahu pimpinan Era Baru.

Selagi belum jumpa yang terbaik,
Selagi belum Malaysia ini BERSIH,
Dari rasuah, agenda kotor,
Selagi duit rakyat hanya untuk kroni,
Kami menolak, menolak, menolak
Demi generasi akan datang.

Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato: "Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu."

Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu.

Oh Malaysiaku..

Ummul Qolbi
Mu'tah, Jordan

Rabu, 8 Mei 2013

Rumah Bicara

Hana al-Amin, 08 Mei 2013
Pohon berbicaralah rumah bicara itu
masanya terlalu singkat kita menunggu
pencerahan lampu mu menerangi gelap celaru
ramai yang sedang menunggu cahaya mu
kesihani lah pada mereka yang teraba-raba
terkial mencari  sebutir manik cahaya ......

Berbicaralah dengan tulus celik mata hati
bukan juling lakun mulus pelik sangsi
mereka bukan hamba sahaya dibumi tercinta
tetapi ketuanan tanah pusaka mengerti sandiwara

Hentikan omong dan sepakat suap balaci
pekertikan lorong sekat berong singgung keji
laungan takbir meroboh tembok ketakutan
gandingan minggir rempuh angkuh kesombongan
beristigfar panjang sambil menadah tangan
dunia telah beransur dimamah onar zaman
sekam iri mengapi keji tak kesudahan
bilakah lagi sinar cahaya menerangi kegelapan
menutur lagi si mualim tanpa jemu mengingati
kita akan kembali kepada Tuhan Rabbulizzati.

Astagfirrullah.....!!!

Hana al-Amin
Sungai Tua, 8 Mei 2013

Isnin, 6 Mei 2013

Biarkan aku bersedih

Budak Skema, 07 Mei 2013


Saya paksa hati biar reda
Saya pujuk akal agar menerima

Sudah bertalu madah ingin menyejukkan
Sudah berkali bait suci ditatapkan
Agar salju bahang jiwa di relungan
Namun, susah nian...
Lebih sekali, atap mata berair kaca
Lebih sekali, lantai nafas beralir esak
Masih detik ini payah melumatkan
Epilog 5 Mei berdialog dusta

Ku selak kulit hari dulu
Ku imbau huluranku
Ku sergah khilafku
Kerana mungkin, aku yang berdosa
Meninggalkan kamu, menggapai seorang

Kata kamu, biar ia berlalu
Mungkin tunas masih silu
Mungkin benih belum bertemu wahyu
Mungkin juga, baru menukar layu

Mereka sudah tahu yang benar
Di sini bersih, di situ onar
Namun tempang adab
Mereka enggan

Benar katamu
Akal ditawani fakta
Hati dipikat kata

Sedihlah, namun usah berhenti...

Az-Zagazig
6 Mei 2013
9.26 Malam
Dalam Bilik.

Selasa, 12 Mac 2013

Barca ke suku akhir

PARIS: Barcelona pulih sepenuhnya daripada kejutan lalu apabila menumpaskan AC Milan untuk melangkah suku akhir Liga Juara-Juara manakala Galatasaray mengetepikan Schalke di gelanggang lawan.


Ketinggalan 2-0 pada pertemuan pusingan pertama, Barcelona mengikat kedudukan menerusi Lionel Messi pada babak pertama perlawanan sebelum David Villa meletakkan pasukan itu di depan pada babak kedua.

Jordi Alba kemudian mengesahkan langkah Catalans ke suku akhir buat enam musim berturut-turut dan menutup tirai perlawanan dengan kemenangan 4-0.

Sementara itu, gergasi Turki Galatasaray menumpaskan Schalke 3-2, di Gelsenkirchen untuk melangkah ke peringkat suku akhir dengan agregat 4-3, buat pertama kali sejak melakukannya pertama kali pada 2001.
Foto

Tidak ada pasukan yang bangkit daripada kekalahan pusingan pertama untuk mencatat kemenangan pada Liga Juara-Juara. Oleh itu, keajaiban gandingan Barcelona adalah keputusan di luar dugaan. - AFP

Sabtu, 2 Mac 2013

Keluarga Kpl Azman kesal laporan media tak tepat


 
Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di Lahad Datu semalam, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.
  
Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum menyiarkan laporan mereka.
  
"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu semalam.
  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki.
  
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di Lahad Datu.
  
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.
  
"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam keadaan stabil," katanya.
  
- Bernama

Jumaat, 1 Mac 2013

Parking Murah di LCCT, KLIA

Mencari parking yang murah di LCCT?

AK pasti ramai yang melancong ke luar negara sempena cuti sekolah yang agak panjang ini. Destinasi yang menjadi pilihan yang terdekat sudah pasti Medan, Jakarta, Bali, Bandung, Singapura, Australia, Korea Selatan, Vietnam dan Hong Kong.

Kalau melancong sudah pasti pergi paling kurang pun 3 atau 4 hari. So mesti anda terfikir manalah nak parking kenderaan. Sudah pasti parking di LCCT khususnya agak mahal.

AK ingin kongsikan satu tempat parking yang murah di kawasan LCCT. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM16.00 sehari dan RM1 untuk satu jam.




Tempat parking murah ini terletak di bersebelahan Tune Hotel. Cuma setelah parking anda terpaksa berjalan lebih kurang dalam 15 minit- 20 minit ke balai pelepasan.


  Jadi baru ni , AK ke Jakarta dan Bandung dalam 4 hari dan bayaran yang dikenakan hanya RM64.00. Murah bukan? 
 

Kelebihan Berwuduk

1.3.13

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2 .Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3 .Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5 .Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri