Selasa, 25 Mac 2014
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada
serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya tidak
ada bukti bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya ke Lautan Hindi
sebagaimana yang disebut oleh DS Najib dalam sidang media bagi mengakhir
pencarian MH370.
Malaysia mengambil kesimpulan daripada laporan satelit British Inmarsat
menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk
menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat
Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.
Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar
setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti,
menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang
dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.
Dari masa
isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat
menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai
kemungkinan arah pesawat itu terbang.
Saintis Inmarsat kemudian
menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler,
yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada
pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini bersetuju.
Penemuan
terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk
membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu
terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan
menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Tetapi itu bukan hujah yang kuat kerana banyak persoalan-persoalan dan
teka teki tidak boleh dijawab secara tepat dan saitifik. Kenapa DS Najib
membuat rumusan itu kita tak tak tahu, mungkin hendak mengakhir drama
pencarian ini.
Kerana itu pihak China minta Malaysia memberika laporan yang terperinci
dan hari ini pihak China ingin data satelit British berkenaan.
Seperti yang saya kata banyak teka-teki dalam hal ini.
1. Sukar untuk difahami mengapa MH370 melencong ketika hubungan dari
menara
kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam
dimana lecongan ini betul-betul garis persempadan yang boleh dilakuakan
hanya orang yang benar-benar profesional dalam pernebangan?
2. Sukar untuk difahami juga mengapa MH370 diterbangkan di bawah radar.
Penerbangan di bawah radar adalah untuk mengelak dikesan? Mengapa harus
mengelak? Malah seorang prof. daripada China menyebut MH370 bergerak
pada titik buta radar. Ini bermaksud MH370 bergerak dengan kendalian
yang cukup arif tentang kelemahan radar.
3. Mengapa Tidak ada panggilan kecemasan dibuat jika MH370 mengalami kerosakkan?
4. Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara
berperingkat-peringkat. Maksud sengaja dimatikan dan cuba mengelak radar
seperti saya sebut pada persoalan 2 di atas.
5. 4 perkara yang saya sebut diatas adalah fenomena rampasan, tetapi kenapa pula tidak ada tuntutan??
6. Akhbar Britian Daily Telegraph mengatakan Pesawat Malaysia Airlines
MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh
diri. Kalaulah nak bunuh diri, kenapa perlu lari daripada radar dan
bergerak sehingga 7 jam ke lautan Hindi... tak logik kan?? Kenapa pula
tak pilih Lautan Pasifik tak perlu melalu Malaysia atau Indonasia dan
mengelak radar?
7. Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang
memberi pendapat iaitu mungkin berlaku kebakaran di kokpit. Betul ke
berlaku kebakaran selama 7 jam? Iaitu antara pukul 1 hingga 8.10 pagi
iaitu ping terakhir dikesan?
Lagi pun satelit dan radar milik Amerika Syarikat tidak mengesan
sebarang letupan pada 8 Mac. Makna tidak ada letupan... 7 jam terbakar
tak meletup dan terhempas dengan kadar yang "slow" seperti kata kapten
Nik Huzlan? Pasal itu tak banyak serpihan.
Boleh percaya ke, lautan Hindi yang bergelora macam itu tak ada serpihan?
Banyak sangat penyataan-penyataan yang tidak boleh dijawab secara logik
dan saitifik. Penemuan kotak hitam pun tidak mungkin memberikan jawapan
yang benar untuk menjawab semua teka-teki mengapa dan bagaimana kapal
itu dilencongkan ribuan
batu jauh dari laluan sebenar.
Apakah kata-kata DS Najib sekadar untuk menamatkan drama MH370 walaupun
tidak ada bukti kukuh MH370 mengakhiri penerbangannya di Lautan
Hindi....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan