Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 2 Jun 2014

Kenyataan media berkenaan keputusan ujian DNA babi dalam produk Cadbury

Jun 02, 2014

KUALA LUMPUR: Berikut merupakan kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan keputusan ujian analisis coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam, produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM).

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

3. Selain itu, JAKIM juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar ke JKM pada hari yang sama.

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. iaitu:

i. coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii. coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:

i. coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

ii. coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

7. Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.

9. JAKIM juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi kerajaan di masa-masa akan datang.

10. Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal secara menyeluruh.

11. Seterusnya, JAKIM akan merangka program kesedaran pengguna Islam bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.

Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Saudi Arabia tests Cadbury chocolates for pig DNA
June 02, 2014


 
Datuk Seri Jamil Khir Baharom announced on Monday no big DNA had been detected in two Cadbury chocolate products. 
 
RIYADH: Saudi Arabian authorities have now taken to testing Cadbury chocolate bar after traces of pig DNA were found in two of its products in Malaysia.

According to Reuters, the Saudi Food and Drug Authority said it had taken samples of chocolates made by the British confectioner from the local market to test for contamination.

It added in a statement published on its website that Cadbury products sold in the country were not manufactured in Malaysia but “strong measures” would be taken if the chocolates being tested revealed any traces of pork.

The incident grabbed headlines all Malaysia when the Health Ministry (MOH) announced on May 24 it had detected traces of pig DNA (porcine) in two samples of the Cadbury chocolate, namely the Cadbury Dairy Milk Hazelnut and Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

But in a turn of events, Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom announced on Monday that the Chemistry Department had certified both the products were free from pig DNA.

He said the Islamic Development Department (Jakim) had also conducted tests on four other products in the same processing batch and five samples of raw materials; all of which were not found to contain procine.

However the halal status of the confectionary will be discussed and reinstated further investigations by Jakim revealed that Cadbury thoroughly adheres to the Malaysian halal accreditation procedures.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan