Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Rabu, 19 Disember 2012

Suami Aktres Kena Mandrem Dengan Bekas Personaliti TV!

addthis kongsi icon
KL, 20 DIS: Kalau tengok pada keadaan sekarang dengan teknologi dan segala macam, pelbagai saluran boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu. Tetapi, Murai Batu kadangkala lagi suka kalau betul-betul dengar daripada tuan punya badan atau pun melihat bukti-bukti dahulu kalau mahu ia dikongsi dengan pembaca Murai.
Bukan apa, kadang-kadang tu ada benda yang boleh dikongsi dan ada juga yang kena tengok dahulu cerita tersebut, baru boleh digosipkan. Wah, tiba-tiba Murai Batu rasa berhemah sekejap. Apapun, kasihan Murai Batu dengan nasib yang menimpa seorang aktres jelita ini. Lebih-lebih lagi selepas melihat sendiri bukti yang telah ditunjukkan teman mengenai kisah yang menimpa aktres tersebut.
Mana tidaknya, tidak senang duduk aktres tersebut bila melihat 'Datuk'nya kini bagai lembu dicucuk hidung oleh seorang wanita yang juga bekas personaliti televisyen. Aktres yang bergelar Datin ini hairan dengan tingkah laku suaminya sebab walaupun sudah berkahwin beberapa tahun lepas, namun hubungan mereka sebelum ini memang tidak ada sebarang masalah.
Tapi, sekarang ini lain pula jadinya. Suaminya itu seperti dikawal oleh perempuan itu. Pada awalnya, bekas personaliti itu mempunyai hubungan kerja dengan suami kepada aktres berkenaan. Namun, lama kelamaan ia bertukar menjadi sesuatu yang diluar jangkaan.
Lebih mengejutkan apabila suaminya kini sudah sebulan tidak pulang kerumah. Katanya, dia pergi bercuti keluar negara bersama wanita tersebut. Aktres itu cuba menghubungi suaminya namun dia telah diminta untuk tidak mengganggu mereka berdua.
Perkara ini telah membuatkan aktres tersebut merasakan ada yang tidak kena kerana dia mengenali suaminya dan dia tidak akan berbuat begitu. Pada pemerhatiannya dia merasakan suaminya telah termakan kata-kata wanita itu atau telah disihirkan. Atau dengan kata lain kena buat atau kena mandrem....
Hairan juga Murai Batu dengan sikap personaliti yang sudah berada dalam lingkungan lewat 30an itu. Padahal, dia banyak pencapaian dalam pelbagai bidang dan dikenali dengan imej bersih. Tidak sangka pula bila sudah senyap dia cuba mengganggu rumahtangga aktres ini pula dengan cara kotor pula ya.
Memang agak menghairankan Murai Batu bila mendengar cerita ini dan tidak menyangka bekas personaliti televisyen itu sanggup menggunakan cara-cara kotor untuk meraih sesuatu. Tetapi kenapa mesti suami aktres tersebut? Apa yang ada pada suami aktres itu?
Ramai lagi datuk-datuk duda ataupun yang single muda-muda berada di pasaran. Yang tidak sedapnya bila Murai Batu dengar pasal black magic pula, minta selisih okay. Takut! Kalau dah terkena, bukannya mudah mencari penawar. Yang tak pernah kena, berdoalah pada Tuhan, moga dijauhkan perkara itu daripada kita. Mudah-mudahan kita berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Amin.
MURAI BATU: Kalau Murai Batu pergi mandi bunga naik seri wajah dikira black magic tak? Seram!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan