Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Rabu, 19 Disember 2012

Kekasih Main Kayu Tiga Depan Mata

addthis kongsi icon
Kekasih Main Kayu Tiga Depan Mata
KL, : Kisah yang Murai Batu hendak kongsikan, rasanya agak menyedihkan juga. Teman Murai Batu menyampaikan cerita mengenai kisah seorang pelakon wanita yang makan hati dengan kekasih hatinya yang juga seorang pelakon.

Kisah percintaan mereka ini sememangnya mendapat perhatian ramai. Ada sesetengah pihak yang suka, ada juga yang menyampah dengan pasangan tersebut.

Hendak dijadikan cerita, jelas teman Murai Batu, dalam mereka bercinta sakan, rupa-rupanya si lelaki tersebut bermain kayu tiga dengan kekasih hatinya itu.

Kata teman Murai Batu, kalau si lelaki itu bermain kayu tiga di belakang kekasihnya itu tidak mengapa, tetapi rupa-rupanya di depan mata.

Khabarnya, artis wanita tersebut sudah beberapa kali terserempak dengan kekasih hatinya itu bersama wanita lain.

Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan, namun sekiranya sudah melebihi tiga kali, mahu tak naik 'angin meroyan' artis wanita berkenaan.

Apabila difikir-fikirkan, lebih baiklah dia menarik diri dan meninggalkan teman lelakinya itu daripada terus ditipu.

Namun terang teman Murai Batu lagi, artis wanita berkenaan, masih lagi menyayangi kekasih hatinya.
Cuma apabila terkenangkan perbuatannya itu, membuatkan artis wanita berkenaan tekad untuk meninggalkannya daripada berterusan makan hati.

MURAI BATU: Ada dua orang artis yang sedang membuat persiapan perkahwinan di Indonesia. Siapakah agaknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan