Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Khamis, 18 Disember 2014

Sari Yanti bercerai dengan ahli perniagaan


Pelakon, Sari Yanti (kanan) dan bekas suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain.
 
PETALING JAYA: Akhirnya terlerai juga ikatan perkahwinan pelakon Kisah Kaisara, Sari Yanti dengan ahli perniagaan, Mohd Edy Casmadi Che Hussain.

Mereka berkahwin pada 16 Januari 2009 dan semalam diputuskan sah bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban.

Dalam tempoh perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Barr al Aliy dan Basit al Haq. Tebus talak sebanyak RM10,000 dibayar oleh Sari Yanti, 30 kepada Mohd Edy Casmadi, 34.
 
Bagaimanapun kedua-duanya tidak hadir ketika prosiding mahkamah.

Kerana tidak hadir, perbicaraan kes nusyuz yang dijadualkan berlangsung semalam juga terpaksa ditangguhkan.

Mahkamah menetapkan 9 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kes itu sekiranya tidak ada penyelesaian antara mereka.

Sari Yanti memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003 pada Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan