Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Rabu, 12 September 2012

Curi RM50: 3 warga asing didenda RM1,000

12/09/2012 2:12pm

NIBONG TEBAL - Gara-gara mencuri RM50, dua lelaki warga Iran dan seorang lelaki warga Turki hari ini dijatuhi hukuman denda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Mohamed Aznin Mohamed Ariff turut memerintahkan dua warga Iran, Rouhollah Ghasem Khah Hassankiadeh, 33; Hossein Fiuji, 23; dan warga Turki Aliburak Coskundeniz, 30; menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mohamed Aznin mengenakan hukuman itu terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas mereka mengaku bersalah mencuri wang sebanyak RM50 daripada Lim Lee San, 41, di sebuah kedai Doggie and Me, Sungai Bakap di sini pada 3.30 petang, 25 Ogos lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan