Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Rabu, 6 Ogos 2014

Lelaki berusia lebih matang

Oleh Azah Abdullah
 Kesabaran, kebijaksanaan, keikhlasan dan pengalaman berumah tangga antara faktor buatkan wanita muda mudah terpikat
SEJAK kebelakangan ini, isu wanita muda memilih lelaki tua begitu hangat diperkatakan terutama selepas perkahwinan penyanyi nombor satu Malaysia, Datin Siti Nurhaliza yang dilaporkan secara meluas di media
.
Sebenarnya, perkahwinan membabitkan jarak usia yang agak tinggi itu bukan perkara baru. Jika anda masih ingat, beberapa tahun dulu seorang artis muda, Azreen, pernah mengahwini kerabat Diraja Pahang meskipun ketika itu usianya belum mencecah 16 tahun, manakala suaminya berusia 40-an. Tahun lalu, bekas pengacara program popular televisyen, Nona, Datin Norjuma Habib Mohamad yang ketika itu berusia 24 tahun, turut mencuri tumpuan apabila mengahwini ahli perniagaan, Datuk Mohamed Nazim Razak, 43.

Terbaru, perkahwinan bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin, 24, dengan ahli perniagaan Datuk Roslan Hashim yang berusia 49 tahun kembali menghangatkan isu berkenaan. Sebahagian masyarakat, seolah-olah enggan mempercayai bahawa perkahwinan dibina lahir daripada cinta yang luhur memandangkan kebanyakan jejaka dipilih mempunyai latar belakang yang berduit.

Tetapi, jika ditanya kepada si empunya badan, semuanya mengakui kematangan dan keikhlasan yang ditunjukkan suami berjaya memikat hati. Ini membangkitkan persoalan, benarkah lelaki muda tidak matang dan ikhlas dalam menjalin hubungan? Kali ini, tinjauan Citra cuba menyelongkar di sebalik rahsia perkahwinan berbeza usia itu.

Pelbagai faktor boleh dilihat menyebabkan lelaki berusia lebih memilih wanita muda sebagai pasangan hidup mereka. Ini boleh dikaitkan dengan senario beberapa dekad dulu apabila ramai ibu bapa memilih lelaki yang matang usia sebagai menantu. Misalnya, zaman dulu pendidikan tidak menjadi keutamaan dan faktor kemiskinan juga penyebab ramai ibu bapa mahukan kebahagiaan anak mereka dengan mengahwinkan anak gadis mereka dengan lelaki berusia yang berkedudukan.

Bagaimanapun faktor kesabaran, kebijaksanaan dan kematangan melalui pengalaman dalam perkahwinan dulu menyebabkan lelaki berusia lebih bijak membimbing isteri dan menguruskan rumah tangga mereka. Ini diakui sendiri oleh Azmi Salleh, 52, berkata pengalaman daripada perkahwinan yang lepas banyak membantu lelaki berusia dalam menangani masalah rumah tangga.

“Kadangkala perkahwinan berbeza usia berlaku kerana beberapa faktor misalnya lelaki berusia dipilih wanita muda berdasarkan harta dan kedudukan ekonominya yang boleh dikatakan dapat menjamin kebahagiaan keluarga. Tambahan pula, sikap golongan lelaki muda yang tidak serius dan kurang matang menyebabkan wanita muda lebih suka memilih lelaki yang matang dan pandai mengatur kehidupan berumah tangga.

“Lagipun, pada masa kini, ramai anak remaja dan lelaki muda terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti dadah menyebabkan lelaki berusia yang berkerjaya lebih dipilih wanita muda kerana dikatakan setanding dan layak untuk mereka yang berpendidikan,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa orang ramai yang ditemui tidak menafikan perkahwinan sebegitu mengundang reaksi negatif daripada masyarakat. Norlaila Harun berpendapat timbul beberapa konflik yang mungkin tercetus daripada perkahwinan itu dari segi mental dan fizikal.

“Orang ramai mungkin akan menganggap lelaki berusia mengahwini wanita muda kerana gatal dan dikatakan tidak sepadan dengan isterinya yang masih muda. Malah, akan timbul kata sinis seperti kebimbangan lelaki berusia akan mengalami masalah seksual apabila umur meningkat lanjut. Kemungkinan ini berlaku kerana perkahwinan antara lelaki berusia 50-an dengan wanita 30-an atau wanita di kalangan 20-an,” kata pelajar berusia 23 tahun itu.

Pendapat Norlaila disokong oleh Aminuddin Mohamad, 25 yang berpendapat sememangnya perkahwinan sebegitu akan menimbulkan konflik kerana kebanyakan ibu bapa hari ini mengimpikan menantu yang setaraf usia dengan anak gadis mereka..

“Ada di kalangan kita berkahwin berdasarkan cinta dan mereka tidak kisah jika pasangan mereka lebih tua daripada mereka. Tetapi, tidak semua ibu bapa yang dapat menerima menantu berusia hampir sama dengan mereka,” katanya.

Bagaimanapun rata-rata orang ramai yang ditemui juga berpendapat lelaki berusia dikatakan mampu menguruskan rumah tangga serta mengawal emosi dan kerenah wanita muda. Justeru, pengalamannya sebagai suami dan bapa ketika perkahwinan yang lalu boleh membantu mereka memperbaiki keadaan dan mencari punca permasalahan seterusnya mengatasi masalah agar ia tidak berulang untuk kali kedua.

Islam sendiri sudah menggariskan beberapa panduan dan terserah kepada kita untuk memilih pasangan yang bersesuaian. Jika ingin memilih berdasarkan kecantikan, harta, kedudukan atau pangkat semata-mata, nescaya tidak bahagialah rumah tangga itu, namun jika memilih pasangan kerana agamanya, besar kemungkinan mahligai yang dibina diberkati.

Jarak usia membina gerbang perkahwinan adalah subjektif dan bukanlah penentu kepada kebahagiaan yang akan dikecapi, tetapi keikhlasan, kasih sayang, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain dalam menjalankan tanggungjawab berumah tangga adalah dititikberatkan.

Apa yang penting, perkahwinan itu mestilah ikhlas untuk menjalankan kewajipan dan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan serta menyerapkan kasih sayang dalam berkeluarga bukan kerana semata-mata untuk memiliki harta, kedudukan, pangkat atau rasa terpaksa kerana faktor sebegini akan membuatkan rumah tangga tidak akan kekal lama.

Tak Salah Kahwin Muda

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumah tangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?

Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda. Kebanyakannya mungkin kerana desakan ibu bapa. Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

Mungkin juga kerana peluang pelajaran tidak seluas mana bagi anak gadis di zaman dulu. Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Itu dulu. Kalau hari ini, anak gadis mahupun teruna berkahwin cepat, apa sebabnya? Rasanya ramai bersetuju, senario berkahwin muda bukan lagi pemandangan biasa. Peluang pendidikan yang lebih meluas, bagi lelaki dan wanita, keinginan mengecapi kejayaan dalam kerjaya mengatasi kehidupan berumah tangga, mungkin antara sebab ramai generasi hari ini `kurang berminat’ berkahwin pada usia muda.

Dilihat pada perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, pada 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda berusia 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.

Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin, dengan 68.5 peratus daripadanya wanita.

Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita, tetapi meningkat kepada lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun) pada 1991.
Perangkaan pada 2000 lebih membimbangkan apabila umur minimum berkahwin bagi lelaki meningkat kepada 28.6 tahun dan wanita 25 tahun dan begitulah keadaannya, dari tahun ke tahun, umur minimum berkahwin bagi lelaki dan wanita di negara ini semakin meningkat.

Namun, masih ada segelintir remaja hari ini `berani’ meninggalkan keseronokan hidup sendiri, berkahwin muda malah menimang cahaya mata ketika rakan seusia sedang sibuk menjalani `kebebasan’ sebagai remaja.
Semestinya, ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun sebagai ‘mentah’ dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumah tangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri.

Tetapi, sudah tentu lain perasaannya bila masing-masing sudah sah memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Memang bukan mudah menempuh cabaran alam rumah tangga, namun yang penting ialah tanggungjawab dan peranan suami isteri untuk menjamin keharmonian institusi perkahwinan yang dibina.
Menurut beberapa pasangan muda yg ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda, malah beranggapan status baru sebagai suami dan isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu.

Mungkin benar, kata sesetengah pihak, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh tanggungjawab. Yang penting, jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia – mental, fizikal dan kewangan. Apa yang pasti, masing-masing baik lelaki mahupun perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

Dara dan teruna makin hilang nilai

MUNGKIN tiada reaksi terkejut atau tidak percaya jika ada seseorang yang belum berkahwin, tampil mengakui bahawa beliau sudah tidak dara atau teruna lagi pada masa kini. Suatu ketika dulu hal sebegini boleh mengakibatkan orang berkenaan dicerca atau disisihkan masyarakat tapi agak berlainan pada zaman ini, di mana adanya ‘toleransi’ dalam hal ini.

Kekal dara atau teruna sehingga berkahwin juga tidak lagi menjadi perkara dapat dibangga-banggakan. Begitu juga halnya jika hilang dara atau teruna sebelum berkahwin, bukanlah sesuatu yang begitu dimalukan malah ada pula yang berbangga dengan ‘pencapaian’ begitu.

Usah jadikan kehidupan sebahagian besar masyarakat Barat yang semakin rendah nilainya itu sebagai panduan. Isu kehormatan dianggap remeh malah kebanyakan mereka seolah-olah tidak sabar-sabar lagi hendak mengorbankan keterunaan dan kedaraan mereka pada usia muda.

Bagaimana pula nilai dan kepentingan dara atau teruna dalam masyarakat kita hari ini?
Adakah kita masih meletakkannya sebagai ‘pengukur’ nilai kehormatan diri seseorang, baik lelaki mahupun perempuan, ataupun pegangan berkenaan sudah agak longgar kesan daripada kemodenan dan keterbukaan yang dialami masyarakat kini.

Bila menyentuh soal hilang kehormatan sebelum waktunya ini, ia saling bersangkut-paut dengan permasalahan moral seperti seks luar nikah. Pergaulan bebas antara lelaki wanita tanpa menjaga batasan yang sepatutnya, dikenalpasti antara punca yang menyumbang kepada perkara ini.

Atas sebab itulah, dalam mana-mana agama pun, kehormatan diletakkan sebagai aspek kemuliaan diri seseorang. Ia menghalang daripada berlakunya gejala tidak bermoral seperti seks bebas berlaku hingga membawa kepada banyak lagi kesan negatif dalam masyarakat.

Kerana itu juga, dalam ajaran Islam sendiri, perlakuan yang boleh mendorong kepada perbuatan zina lagi sudah ditegah. Malah, dalam konteks memelihara kehormatan ini, tafsiran petikan surah An-Nur (ayat 3), ada diingatkan bahawa orang yang berzina tidak akan berkahwin dengan orang lain selain daripada penzina juga.

Dalam mencari pasangan juga, persoalan kedaraan dan keterunaan sering diambil kira. Keperawanan disifatkan sebagai hadiah istimewa yang dapat diberikan seseorang kepada teman hidupnya. Soal dara ini memberi kesan besar terhadap keharmonian rumah tangga yang mahu dibina.

Syarat ini juga sering diletakkan sebagai kriteria utama seseorang lelaki dalam memilih bakal isteri mereka walaupun adakalanya yang hendak menyunting dara itu pun bukanlah teruna lagi.

Rata-rata lelaki yang diselidik oleh i-Kon berkata kalau boleh, dalam memilih pasangan hidup, mereka mahukan wanita yang masih terpelihara daranya biarpun ada di antara lelaki ini sebenarnya tidak teruna. Namun ada juga yang masih sedar diri, berkata mereka akan menerima pasangan yang tidak suci seperti diri mereka.

Ada pula si dara atau teruna yang sanggup menerima pasangan yang tidak dara atau teruna asalkan hati sudah saling mencintai dengan alasan, bukan mudah untuk mencari pasangan yang masih dara dan teruna.
“Pun begitu, selalunya ada double standard dalam hal berkaitan kehormatan ini, “ kata Ketua Gerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj.

“Kedaraan seseorang wanita yang sering menjadi bahan bualan jika dibandingkan dengan keterunaan lelaki.
“Ini kerana dalam hal ini, yang menerima kesannya adalah wanita. Jika berlaku seks sebelum nikah, kesannya dapat dilihat secara fizikal, umpamanya jika wanita itu mengandung sedangkan kesan itu tidak dapat dilihat pada lelaki walaupun mereka terbabit,” kata beliau.

Berkemungkinan juga, ramai wanita tidak kisah menggadai dara mereka sebelum berkahwin kerana yakin dapat mengembalikan dara mereka itu dengan bermacam rawatan ‘pulih dara’ yang semakin banyak ditawarkan.

Tapi, seperti yang diberitahu Dr Harlina, sepanjang pengalamannya sebagai pakar ginekologi dan sakit puan, tiada kaedah atau rawatan yang mampu mengembalikan dara seseorang kerana apabila ia tiada sebaik seseorang itu melakukan hubungan seks buat pertama kalinya.

Biar apapun persepsi atau pegangan mengenai soal kedaraan dan keterunaan ini, pokok pangkalnya, kehormatan diri adalah hak mutlak individu untuk memeliharanya.

Komen
Mohd Hafizi Zamri, 22, penuntut
“Bagi saya, kedaraan atau keterunaan sememangnya penting. Kedua-dua golongan, baik lelaki mahupun wanita harus memelihara kehormatan mereka selagi belum ada ikatan yang sah.
“Namun, sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak lagi dara, saya terima saja kalau sudah jodoh. Tapi, kalau boleh memanglah mahukan yang masih dara lagi,”

Murshid Eunos, 24
Pegawai Perhubungan Awam

“Kehormatan sebenarnya adalah asas yang penting dalam kehidupan. Ia juga melambangkan keperibadian seseorang itu.
“Namun, dengan bermacam pengaruh negative yang ada sekarang ini membuatkan prinsip segelintir orang mengenai hal ini goyah.
“Mereka sepatutnya memperkuatkan diri dalam mempertahankan prinsip ini,”

Chermaine Poo, 28
Akauntan, pelakon

“Kedaraan dan keterunaan pada saya bererti kesucian dan keaslian.
“Saya percaya, masih ramai yang berpegang bahawa ia adalah nilai yang penting dalam kehidupan.
“Seseorang harus memelihara kehormatannya sehinggalah tiba saat untuk mendirikan rumah tangga. Bagi saya perkara ini tidak menunjukkan seseorang itu old-fashioned bahkan ia sebenarnya ‘correct fashion’,”

Menjaga kehormatan diri bukan kolot
Dara dan teruna sebagai nilai kehormatan seseorang; ramai yang masih menganggapnya penting namun bilangan yang tidak berpegang prinsip ini lagi juga semakin bertambah.

Demikian kata Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang juga Pakar Perunding Sakit Puan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj, ketika ditanya mengenai isu ini.
Persepsi mengenai hal ini kata Dr Harlina, sebenarnya berubah sedikit demi sedikit tanpa disedari masyarakat.

“Kalau kita lihat kepada permulaannya, iaitu bila wanita mula mempunyai peranan dalam banyak aspek, contohnya ekonomi dan pembangunan.

Peranan itu memerlukan mereka bekerjasama dengan kaum lelaki hingga pergaulan antara lelaki dan wanita sudah dianggap sesuatu yang biasa berbanding perspektif masyarakat pada zaman dulu.

“Sejak itu juga, banyak lagi perkara yang dulunya dianggap suatu kesalahan, kini sudah menjadi kebiasaan. Termasuklah dalam isu ini (kedaraan dan keterunaan).

“Bukanlah bermaksud pembabitan wanita dalam aspek pembangunan negara ataupun masyarakat itu tidak elok tapi setiap perkara itu ada batasannya. Bila batasan tidak dijaga, ia akan mengundang pelbagai implikasi yang buruk,” katanya.

Kata Dr Harlina, dara atau teruna berkaitan dengan harga diri dan maruah seseorang.

Suatu masa dulu, masyarakat cukup memberi penekanan dalam aspek ini.

“Namun, seperti yang kita dapat lihat sekarang, pandangan itu semakin berubah. Penekanan terhadap aspek ini semakin berkurangan dan jika begini senarionya, tidak mustahil dalam tempoh sepuluh tahun akan datang ia semakin berkurangan,” kata Dr Harlina.

Keadaan yang diistilahkan sebagai liberalisasi dalam aspek seks ini juga kata beliau boleh membawa implikasi tidak baik kepada masyarakat pada masa akan datang. Beliau juga bimbang kalau-kalau suatu masa nanti orang sudah tidak kisah lagi soal perkahwinan dan banyak lagi perkara yang jelas menyalahi agama dan budaya tidak diambil kisah.

“Hasil tinjauan yang pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tahun lalu sedikit sebanyak mencerminkan liberalisasi ini. Antara yang diperoleh daripada tinjauan itu adalah ramai responden yang berpendapat tidak salah untuk memeluk dan mencium kekasih serta peratus yang tinggi juga di kalangan responden yang menyatakan tidak mengapa jika hilang dara atau teruna sebelum berkahwin.

“Ia menampakkan trend bahawa sebilangan besar orang kita sudah tidak lagi tegas dalam perkara ini. Seks bebas atau perbuatan yang boleh mendorong kepada perlakuan seks luar nikah tidak lagi menjadi pantang larang malah dianggap suatu kebiasaan.

“Mungkin ini sebahagian daripada ‘kemodenan’ dalam kehidupan hari ini namun percayalah kita terpaksa ‘membayar harga yang mahal’ terhadap tindakan kita waktu ini.

“Apabila kehormatan tidak lagi menjadi keutamaan, ia secara tidak langsung mengundang kepada bermacam gejala seksual yang seterusnya memberi kesan kepada kita semula.

Bila gejala seksual berleluasa pula, semakin bercambahlah masalah, antaranya lahir anak yang tidak jelas keturunan yang mana ada di antaranya dipersiakan begitu saja. ‘Penyakit’ ini jika tidak dibendung mampu membinasakan masyarakat sendiri akhirnya,” ujar beliau.

Justeru, katanya, kita terpaksa menerima hakikat bahawa masyarakat seharusnya berbalik semula kepada prinsip asas kemuliaan diri seseorang manusia dengan meletakkan nilai yang tinggi terhadap kehormatan dan maruah diri termasuklah hal berkaitan dengan kedaraan dan keterunaan ini.

“Jangan ingat bila kita berpegang kepada prinsip seperti ini menunjukkan kita kolot. Hakikatnya, prinsip ini amat penting dalam menjanjikan keharmonian dalam kehidupan manusia,” katanya.

Info
Siapa, bila di mana dan bagaimana
  • Di India, rata-rata remaja lelaki berusia lingkungan 17 tahun hilang keterunaan mereka kepada saudara perempuan mereka seperti ibu saudara, sepupu atau kakak ipar mereka. Begitu juga di Romania, kebanyakan ibu selalunya mengaturkan pengalaman seksual pertama anak mereka dengan kenalan atau jiran wanita yang lebih berusia.
  • Ramai lelaki Jepun yang kehilangan teruna mereka di tempat pelacuran yang digelar soapland. Di tempat ini, pengunjung lelaki akan bermandi buih bersama pelacur sebelum melakukan seks.
  • Dalam budaya masyarakat di sesetengah tempat di Asia Barat pula, pasangan yang baru berkahwin akan diberikan tempat khusus untuk melalui malam pertama mereka. Pengantin lelaki juga akan mempamerkan kepada tetamu, saudara dan kenalan, kain putih yang mempunyai kesan darah sebagai tanda mereka mengahwini seorang perawan.
  • Di kebanyakan negara sekitar Asia juga, menjadi satu kepentingan bagi seseorang untuk mengahwini seorang yang masih teruna atau dara.
  • Purata umur seseorang melalui pengalaman seks pertama 1 China (21.9)
    2 Taiwan (21.4)
    3 India (20.8)
    4 Amerika Syarikat (16.4)
    5 Brazil (16.5)
    6 Perancis (16.8)
    Sumber : Majalah Marie Claire (2001)
  • Soal ‘dara’ tidak penting

    BANYAK soalan diterima daripada lelaki yang ingin tahu ‘rahsia’ sama ada wanita yang bakal dikahwininya masih dara atau tidak.

    Ada yang berazam meninggalkan kekasih mereka jika tiada dara, dengan ada yang menggelar mereka ‘wanita kotor’.

    Saya berasa perlu mengingatkan golongan ini yang perkahwinan adalah tuntutan dan sebahagian daripada agama. Ia bukan sekadar soal dara atau tidak.

    Perkahwinan jauh melangkaui perkara itu. Ia proses menambah zuriat di muka bumi dan ini memerlukan satu ikatan sejati, penuh tanggungjawab dan bukan sekadar mencuba dan mencari jalan keluar apabila keadaan menjadi keruh.

    Saya mengambil contoh satu soalan di mana seorang jejaka mendakwa kononnya dia berdepan dilema berat apabila wanita yang bakal dikahwininya mengaku tiada dara.

    Mengikut jejaka itu, bakal isterinya mendakwa dirogol bekas teman lelakinya kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menghadirkan kesan psikologi teruk.

    “Sekarang hubungan kami renggang. Bagaimana saya hendak menerimanya lagi apabila dia kehilangan dara kepada lelaki yang bukan suaminya.

    “Saya juga risau kejadian itu mengubah keadaan alat sulitnya, dan bimbang apabila mengadakan hubungan seks, saya tidak mendapat apa yang diharapkan,” kata jejaka itu.

    Nasihat saya kepada lelaki dan juga wanita ialah, jika boleh, kisah lampau dibiarkan berlalu kerana bimbang menjadi igauan kepada pasangan dan hubungan anda berakhir dengan episod sedih.

    Namun, bagi kes di atas, kebenaran sudah diceritakan. Bagi lelaki, anda harus melihat keikhlasan pasangan anda manakala perkara lampau tidak perlu diperbesarkan kerana saya pasti ia berlaku bukan di atas kerelaan.

    Yang pasti, bukan hanya sekali ternoda, alat kelamin wanita bakal menjadi sama seperti mereka yang melahirkan anak. Malah, jika wanita itu tidak ikhlas, banyak cara untuk dia menyembunyikan perkara yang berlaku.

    Kesucian seorang gadis ini sebenarnya boleh dikawal. Jika sentiasa menjaga kesuntian tidak sesekali mudah dipujuk rayu maka selamatlah kehidupan seorang gadis. Cinta sebenarnya buka penuh dengan noda. Cinta bercampur noda itu hanya cinta nafsu. Lelaki sebaiknya menjadi pemimpin melindungi kaum wanita bukan mengambil kesempatan dengan pujuk raya apatah lagi jenayah rogol. Jika kita anggap masalah dara ini remeh maka kita memang akan terperangkap dengan noda & zina yang berluasa. Zina adaalah dosa besar dilarang agama Islam. Jika kita ianya penting ianya akan pasti dapat menjadikan moral umat Islam menjauh perkara mungkar.

    Perlu diingatkan juga, pada zaman serba canggih dan moden sekarang, dengan wanita turut ada di alam pekerjaan yang lasak, selaput dara mungkin pecah atas banyak sebab dan bukan hanya kerana aktiviti seksual.

    Aktiviti bersukan seperti berbasikal adalah contoh. Onani juga boleh menyebabkan selaput berkenaan terkoyak, walaupun tanpa melakukan seks penetratif.

    Sehubungan itu, nasihat saya ialah jangan terlalu memikirkan mengenai dara bakal isteri. Yang penting ialah mendapat isteri beriman dan mampu membahagiakan anda dalam hidup penuh kejujuran.

    Selaput dara bukan ukuran kesucian gadis

    SAYA ingin tahu apakah tanda-tanda yang dapat dilihat sekiranya selaput dara seorang wanita sudah terkoyak. Apakah wanita yang tiada dara sebelum berkahwin dianggap tidak bermoral?
    NURUL HUDA,
    —————————–

    ISU selaput dara sebenarnya isu lama yang masih dipertikai dan dipersoalkan. Istilah anak dara digunakan untuk menjelaskan status kesucian seseorang wanita, yang belum pernah dinodai atau belum pernah melakukan persetubuhan.
    Sama juga dengan istilah anak teruna – gelaran ini dirujuk kepada lelaki baligh yang masih belum melakukan persetubuhan.

    Situasi menjadi rumit apabila isi atau tisu yang menyelaputi pembukaan faraj digunakan sebagai asas kedaraan seseorang wanita. Ia tidak tepat sama sekali. Mungkin keterangan yang diberi akan dapat membuka minda mereka yang masih mempunyai anggapan kuno mengenai dara atau tidaknya seseorang wanita.

    Jika wanita itu ada selaput dara dan ia tebal dan padat, kemungkinan terkoyak boleh berlaku jika benda panjang dan keras menembusi faraj. Jika zakar yang menembusinya maka wanita itu kehilangan status atau kedudukan daranya. Jika benda lain yang mengoyakkannya maka wanita itu masih anak dara, kerana belum disetubuhi.

    Jika selaput dara itu tipis ia kemungkinan terkoyak ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak. Dia masih anak dara lagi kerana belum bersetubuh. Jika wanita itu dilahirkan tanpa selaput dara, dia masih anak dara jika dia belum lagi bersetubuh. Jika wanita mempunyai selaput dara yang elastik dan selaput itu masih kekal walaupun telah bersetubuh, dia masih mempunyai selaput dara tapi dia bukan anak dara lagi kerana telah bersetubuh.

    Jika wanita itu mempunyai selaput dara yang komplet atau menutupi pembukaan faraj dan doktor terpaksa membedah dan membuang selaput itu, dia masih anak dara walaupun selaput daranya telah dibedah dan dibuang, kerana dia belum melakukan persetubuhan.

    Sama dengan wanita yang memasukkan jarinya ke dalam permukaan faraj, kemungkinan selaput dara terkoyak boleh berlaku dan selaput dara telah tiada tetapi dia masih anak dara kerana belum bersetubuh.

    Wanita yang mempunyai faraj yang sempit tidak semestinya anak dara, sama juga wanita yang mempunyai faraj yang luas, masih anak dara jika dia belum pernah melakukan persetubuhan.

    Apakah wanita yang tiada dara sebelum berkahwin dianggap tidak bermoral? 

    Jika dara seorang gadis hilang sebab bersukan & bukan berzina ianya tiada mendatangkan persoalan. Jika berlaku zina tentunya ianya satu noda & tidak bermoral. Piliharalah dara ini hanya buat seorang suami yang telah dinikahi.

    Kepelbagaian selaput dara

    Saya berusia 22 tahun dan baru berkahwin sebulan. Adakah saya mempunyai dara kerana ketika melakukan hubungan bersama suami, tiada sebarang tompok darah yang keluar daripada faraj saya seperti yang lazimnya diberitahu ramai orang.
    Adakah proses pecah dara itu harus membabitkan keluar tompokan darah? Adakah mungkin ia sudah pecah tanpa disedari seseorang wanita?Saya bimbang jika suami berasa kurang senang dengan diri saya walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.

    YANA,
    Taiping, Perak.


    SEELOKNYA anda memahami terlebih dulu mengenai kepelbagaian rupa selaput dara yang boleh dimiliki gadis sunti.

    Dalam kebanyakan gadis, selaput dara berupa cecincin nipis mengelilingi bukaan faraj dan berlubang di tengahnya, jenis ini disebut annular.

    Ada juga yang mempunyai rupa jejari atau berliku pada cecincinnya (disebut dentate berfimbria). Ada juga selaput dara yang tidak menunjukkan cecincin yang lengkap men gelilingi bukaan faraj tetapi hanya sebahagian saja ling karannya (lunar).

    Ada selaput dara yang seolah-olah mempunyai dua lubang di tengahnya yang dibahagi oleh satu septum di tengahnya (jenis septate). Ada juga selaput dara yang tidak kelihatan seperti lapisan tisu menutupi keseluruhan bukaan faraj dan meninggalkan lubang halus seperti alat penapis (jenis cri briform).

    Malah, ada juga selaput dara yang langsung tidak mem punyai lubang (imperforate) dan menimbulkan masalah apabila darah haid tidak dapat keluar apabila sudah baligh.


     Selaput dara dibentuk oleh tisu kolagen yang bersifat anjal iaitu ia boleh koyak apabila diregang melebihi tahap ke anjalannya.

    Jika saiz bukaan lubang dan sifatnya lebih anjal, ia boleh membenarkan kemasukan zakar tanpa mengakibatkan ko yakan, lebih-lebih lagi jika ia berjenis lunar serta selaput dara terbabit kurang vascular dan zakar pula bersaiz kecil.

    Tidak semua koyakan selaput dara akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, tidak semua jenis selaput dara akan koyak apabila berlaku tusukan menerusinya.

    Selaput dara mungkin boleh koyak dengan aktiviti lasak. Ia lazimnya tidak koyak bersendirian tetapi turut disertai de ngan trauma pada organ di luarnya atau organ berham pirannya seperti bibir kemaluan, paha dan seumpamanya.

    Ini kerana trauma aktiviti terbabit akan mengenai organ lain dulu sebelum terkena selaput dara yang dilindunginya.

    ~ Metro

    Tiada rangsangan bersama suami

     Soalan
    SAYA mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu. Masalahnya hingga kini saya tidak mempunyai sebarang rasa ketika melakukan hubungan seksual dengan suami.

    Untuk pengetahuan puan, selaput dara saya pecah hanya selepas kira-kira sebulan selepas kami berkahwin. Adakah ia normal?

    Saya juga tidak pernah terangsang bila bersama suami walaupun saya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim dengannya.

    Ada masa ketika bersama, saya berasa sakit dan biasanya tidak berasa apa-apa. Adakah ini normal?
    Hingga kini saya belum hamil. Adakah saya berpotensi untuk hamil?
    WANITA RUNSING | Terengganu.
    —————————–

    Jawapan:
    Selaput dara mempunyai beberapa bentuk, lazimnya seperti gegelang nipis yang berlubang di tengahnya bagi membolehkan haid keluar. Lazimnya selaput dara koyak apabila berlaku tusukan/ kemasukan zakar ke dalam faraj. Koyakan boleh berlaku pada satu atau beberapa tempat.

    Hubungan seks yang diingini kebiasaannya menyebabkan koyakan pada kawasan kanan atau kiri selaput, manakala seks paksaan (rogol) lazimnya menyebabkan koyakan pada kawasan bawah (pukul 6) selaput. Carikan-carikan selaput dara yang terkoyak ini pula akan kekal dan hilang atau tingal sedikit sahaja selepas bersalin normal.

    Kurang pasti sama ada kemasukan/ penetrasi zakar hanya berlaku sebulan selepas anda berkahwin ataupun ia sebenarnya berlaku lebih awal cuma anda tidak menyedari selaput dara sudah koyak.

    Koyakan selaput dara tidak semestinya menyebabkan pendarahan. Berkemungkinan, hubungan seks yang berlaku sebulan selepas berkahwin menyebabkan koyakan tambahan.

    Mempunyai keinginan seks adalah petanda baik, ini sendirinya satu bentuk rangsangan yang anda tidak sedari.

    Rangsangan seksual menyebabkan penghasilan cecair pelincir oleh kelenjar Bartholin yang terdapat berhampiran bukaan faraj.

    Wanita lazimnya sukar atau lambat mengalami rangsangan seksual berbanding lelaki. Juga, kepuasan seks wanita berbeza-beza, ada yang memerlukan orgasm manakala yang lain merasa cukup puas dengan hubungan intim sahaja.

    Suami memainkan peranan penting agar sabar melayani isteri agar isteri dapat mengalami rangsangan seksual dahulu sebelum kemasukan zakar. Jika tidak, kekeringan faraj boleh menyebabkan rasa sakit dan ini selanjutnya akan menyukarkan isteri untuk terangsang.

    Anda sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami.
    Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengari juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan intim suami isteri.

    Kehamilan boleh berlaku dengan hubungan seks sama ada secara sukarela ataupun dipaksa. Walaupun wanita tidak merasai keseronokan hubungan seks, ia masih berpotensi untuk hamil. Namun, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

    Pakar Sakit Puan bersama DR ADILAH AHMAT
    Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur