Cawangan Situs ini

Sabtu, 19 Julai 2014

MH17: Empat penumpang disahkan warga Belanda

Atiqa Juana - Saturday, July 19, 2014

mh17-empat-penumpang-disahkan-warga-belanda
Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan empat penumpang Penerbangan MH17, yang sebelum ini tidak dapat dikenal pasti, sebagai warganegara Belanda.

Pengesahan ini menjadikan jumlah rakyat Belanda yang menaiki pesawat malang itu 192 orang.

Pecahan terkini kerakyatan mereka yang menaiki pesawat itu ialah Belanda (192), Malaysia (44), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand (satu), kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan di sini.

Terkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan