Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 17 Oktober 2014

Doa Nabi Yunus a.s (Jawi & Rumi)


Lâ-‘ilâha ‘illâ ‘Anta Subânaka ‘in-Nii Kuntu Mina-âlimiin ۝
Maksudnya:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".
Surah Al-Anbiya'
Ayat 87

KELEBIHAN DOA NABI YUNUS a.s



“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s  Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah Nabi Yunus a.s semoga kita beroleh keredhaan Allah swt sampai hari pembalasan.


Nama sebenar Nabi Yunus a.s adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Baginda menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; baginda mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; baginda memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT.

Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana baginda merasakan keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian baginda  keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :

“ Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui  perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda meninggalkan kaumnya.

Baginda pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh baginda meninggalkan kaumnya .Nabi Yunus a.s.  mengira bahawa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan hidayah itu adalah hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.

Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal karam.


Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam entah ke mana...

Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan, 2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.

Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencoba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.

Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:

" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Ketika terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri  berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada Allah SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan tasbih.

Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.

Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.



Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda sedang  sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)

Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu adalah satu kelemahan yang perlu hukuman sebagai pengajaran bukan kerana Allah SWT murka.

Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas baginda hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya baginda dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka kufur adalah dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah SWT seperti Nabi Luth a.s. di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah SWT ingin membinasakannya.

Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan baginda tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan tidak patut marah kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu.”
(Surah  Yunus ayat 98)

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus a.s. ini bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah bekerja menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan cara yang hikmah. Jika mereka tidak mahu mengikutnya kita jangan marah kepada mereka kerana terima atau tidak mereka kepada Islam itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Tugas kita hanya menyampaikan saja. Taufik dan hidayah itu adalah hak mutlak Allah SWT, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT membuka pintu hati-hati mereka untuk beriman kepada-Nya.

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Doa Untuk Mengesan Jin Dalam Badan Sendiri (Jawi & Rumi)

Wa Laqad Karramnâ Ba-Nii ‘Âdama Wa amalnâ-Hum Fil-Barri Wal-Bari Wa Razaq Nâhum-Mina-ayyibâti Wa Faḍḍalnâhum Alâ Kathiirim-Mimman Khalaqnâ Tafii-Lâ ۝
Maksudnya:
Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.
Info:
Kaedah mengamalkannya ialah dengan membaca ayat di atas sebanyak 100 kali. Jika wujud jin di dalam tubuh badan, akan berlaku berbagai tindakbalas yang tidak selesa seperti:
Terlalu mengantuk tidak dapat ditahan-tahan walaupun baru membaca beberapa kali (belum cukup 100).
Rasa kepanasan.
Rasa berdebar-debar.
Rasa sakit badan.
Berpeluh.
Berbagai rasa lain.
Surah Al-Isra
Ayat 70

Surah At-Kautsar




Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada  susu   dan lebih wangi daripada kasturi. 


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir  itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah tetapi  dizalimi.




'Innâ 'A-Taynâkal-Kautsar ۝ Fa-alli Li-Rabbika Wanar ۝ ‘Inna Shâni-'Aka Huwal-'Abtar ۝
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya).

Selasa, 14 Oktober 2014

Ladang Siput Babi Di Latvia

Siput babi adalah sejenis binatang yang bergerak perlahan dan dianggap menggelikan oleh sesetengah orang. Di Latvia, siput babi diternak di ladang kerana siput babi merupakan sejenis makanan bagi orang-orang di sana.












Tanda-Tanda Perempuan Tengah Berahi

Faraj wanita merupakan kawasan sensitif yang boleh membuatkan wanita terangsang atau ghairah. Faraj melekit merupakan tanda wanita telah mula ghairah dan terangsang. Kawasan ini akan mula berair dan berlendir sekiranya wanita telah cukup terangsang.

Pada Kebiasaannya, wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, amat mudah terangsang dan berair. Keadaan ruangnya juga begitu rapat dan ketat. Berbeza dengan keadaan ruang faraj wanita yang telah pernah melakukan hubungan seks, ruangnya akan longgar dan besar sedikit. Begitu juga bagi wanita yang telah melahirkan anak, keadaan ruang farajnya juga akan lebih besar dan longgar. 

Adakalanya, faraj wanita yang melekit akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ini kerana, terdapat kulat putih atau bintikkan putih yang terhasil dari tompokan darah haid yang telah kering di dalam faraj. Bauan ini, akan membuatkan pasangan seksual anda kurang berasa selesa dan besar kemungkinan rangsangan seksualnya akan berkurangan.

Wanita akan berasa ghairah jika titik rangsangannya telah di sentuh dan di rangsang secukupnya. Setelah itu, anda boleh rasa di bahagian ruang farajnya telah mula melekit dan itulah tandanya wanita telah mula ghairah dan terangsang. Dalam hubungan seksual, pastikan anda (lelaki) merangsang wanita secukupnya sebelum anda berjimak. Baru wanita akan menikmati kepuasan seksual yang maksima..

Khamis, 2 Oktober 2014

Catatan MH17

Pesawat Malaysia MH17 terhempas di Ukraine
PENDUDUK dan tentera pemisah meninjau bangkai pesawat berdekatan perkampungan Grabovo, Ukraine, hari ini. Terdahulu, Malaysian Airlines (MAS) mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. - Foto AP
ANGGOTA pemisah pro-Russia berdiri di tapak nahas dipercayai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Foto Reuters

PASUKAN keselamatan berada di tempat yang dipercayai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Foto Reuters
FOTO menunjukkan keadaan di lokasi pesawat Boeing MAS MH17 yang dipercayai terhempas di Ukraine. - Foto Reuters
Moscow: Sebuah pesawat Malaysia dengan 295 penumpang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia, hari ini.

Menurut agensi media Russia Interfax, sumber industri penerbangan berkata, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Interfax juga melaporkan pesawat itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk.

Pelancar serupa dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Snizhne di timur Ukraine, awal Khamis.

Sementara itu, Malaysia Airlines mengesahkan telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam dan lokasi terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. - Agensi

myMetro 17 Jul 2014


MAS sahkan terputus hubungan dengan pesawat penerbangan MH17

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan syarikat itu menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan negara itu berkata Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, katanya.Butiran lanjut akan menyusul, katanya.

18 Jul 2014


Pesawat MAS disangkakan pengangkut tentera Ukraine

Kiev : Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia.

Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.

Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yang dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan.

"Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di 'langit kami'," kata Strelkov dalam satu pos.

"Dan ini video yang mengesahkan 'burung itu jatuh'," katanya dalam satu pos lain. - AFP

18 Jul 2014


Tentera Ukraine tidak terbabit tembak jatuh pesawat Malaysia - Presiden Ukraine

KIEV: Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine, kata bahagian media Presiden Ukraine.

Agensi berita negara itu, Inferfax memetik Presiden Petro Poroshenko bahawa beliau tidak menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh.

"Ini adalah insiden ketiga dalam tempoh beberapa hari selepas kejadian pesawat An-26 dan SU-25 ditembak jatuh.

"Kami tidak merasakan pesawat ini juga ditembak jatuh dan kami ingin tekankan bahawa Ukraine tidak menjalankan sebarang tindakan untuk menghapuskan sasaran di udara," katanya. - Reuters

18 Jul 2014


Nahas MH17: Urutan masa nahas

KUALA LUMPUR: Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.

* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

Berita Harian 18 Jul 2014


MH17 terbang di ruang udara tanpa sekatan - IATA

SINGAPURA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan.

Dalam kenyataan dari Geneva, persatuan syarikat penerbangan itu menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal MH17," kata IATA.

Media asing melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Russia.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. - BERNAMA

18 Jul 2014


Anak kapal MH17 sempat WhatsApp kepada ibu bapa

Georgetown: Seorang anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sempat menghantarkan kiriman media sosial whatsApp kepada ibu bapanya ketika masih di Amstrerdam pada malam sebelum kejadian terbabit.

Bapa mangsa, Mohamed Salleh Samsudin, 54, berkata beliau menerima berita berkenaan pada jam 11 malam tadi daripada pihak MAS iaitu waktu yang sama ketika anaknya menghantar WhatsApp pada pada malam sebelum kejadian.

Beliau berkata, dia dan keluarga agak terperanjat dengan berita berkenaan anak sulungnya Nur Shazana dan masih menunggu berita selanjutnya daripada pihak MAS.

"Pada malam semalam dia ada menghubungi saya meminta saya menghantar gambar anak buahnya dan menyatakan hasrat untuk kembali pada hari raya pertama nanti.

"Dia ( Shazana) kata nak pergi kubur pada hari raya kedua untuk baca yasin kepada ahli keluarga terdekat kami," katanya sambil menahan sebak.

Mohamed Salleh yang menetap di Bayan Baru, di sini, berkata, Shazana menyimpan cita-cita dari kecil untuk menjadi pramugari dan komited terhadap tugasnya.

Nur Shazana salah seorang daripada 15 anak kapal MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.
Pesawat jenis Boieng 777 yang membawa seramai 280 penumpang itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Berita Harian 18 Jul 2014


'Mahu baca Yassin di kubur'

SHAZANA dan keluarga. Gambar kecil, ibu Shazana, Sharom Ibrahim menunjukkan gambar anaknya.

Georgetown: "Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.

Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam.

Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya.

"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara.

"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi.

Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu.

myMetro 18 Jul 2014


Kakak saya antara penumpang MH17 - Adik penumpang

Sepang: Seorang ahli keluarga penumpang MH17 mengesahkan kakaknya adalah antara penumpang dalam pesawat itu yang terhempas di Ukraine.

Noraini Md Noor, 50, dari Petaling Jaya, berkata kakaknya, Norrahimah, 67, berada dalam pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

"Kakak saya sudah tinggal di Geneva selama 30 tahun dan beliau pulang ke sini buat pertama kali selepas tempoh itu untuk menyambut Hari Raya bersama kami," katanya dalam tangisan.

Noraini berkata, kakaknya mengambil cuti enam minggu untuk berada di Malaysia dan beliau sepatutnya pulang bersama anaknya, namun anaknya tidak dapat pulang di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang lain enggan ditemuramah dan meminta diberikan ruang kepada mereka.

Berita Harian 18 Jul 2014


'Jumpa awak esok'

Kuala Lumpur: "Kali terakhir suami menghubungi saya kira-kira 4.40 petang tadi (semalam) memberitahu dia sedang menaiki pesawat dari Amsterdam ke KLIA.

"Dia sempat berpesan see you tomorrow (jumpa esok) kepada saya dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10," kata Mariam Yusof, isteri kepada kapten pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin ketika dihubungi Harian Metro sebentar tadi.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapat berita pesawat yang membawa 295 penumpang itu terhempas melalui berita di televisyen.

"Maaf saya masih terkejut," katanya enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan insiden berkenaan.

Wan Amran mula berkhidmat di MAS sejak 1999.

myMetro 18 Jul 2014


Mayat bergelimpangan di kawasan serpihan

Ukraine : Puluhan mayat bergelimpangan di sekitar kawasan serpihan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine, lapor Reuters.

Seorang pekerja menyelamat dan perkhidmatan kecemasan berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui setakat ini di tempat kejadian, berhampiran Kampung Grabovo dan serpihan pesawat berkenaan ditemui di kawasan sekitar 15 kilometer.

Serpihan sayap berwarna biru dan merah cat itu sama mewakili lambang syarikat Penerbangan Malaysia di mana pesawatnya jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal," kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.

Seorang pemberontak pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei berkata, dia nampak dari balkoni rumahnya melihat kapal terbang turun dari ketinggian yang besar dan kemudian mendengar dua letupan.

Bagaimanapun, dia menafikan pemberontak menembak pesawat berkenaan.

"Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah)," katanya.

Menurutnya, tidak ada senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian itu. - Reuters

myMetro 18 Jul 2014


Hasrat jurutera perkapalan tidak kesampaian

Segamat : Seorang jurutera perkapalan yang juga turut menaiki pesawat MH17 ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada ibunya, malam Rabu lalu.

Hasni Hadi Parlan, 31, menyatakan hasrat itu pada ibunya Hasiah Rajikon, 57, ketika menghubungi keluarga di Kampung Batu Anam di sini, pada 8 malam Rabu lalu.

Menurut Hasiah, anak keduanya itu berkata, dia mahu menetap bersama keluarga selamanya dan sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Hasni bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu tetapi kerap ke Eropah atas urusan kerjanya.

myMetro 18 Jul 2014


'Adik tegas namun penyayang'

Kuala Lumpur: "Kami sekeluarga masih terkejut mendengar berita ini namun sebagai orang Islam kita kena serah pada takdir.

"Kalau dia pergi cara begini kami sekeluarga perlu terima dan reda," kata Don Shahidan Kassim, 46, abang kepada Dora Shahila ketua pramugari pesawat MH17 yang terhempas di Timur Ukraine, malam tadi.

Menurut Don Shahidan, mereka sekeluarga pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan kerana tidak percaya dengan insiden pesawat penerbangan awam ditembak.

"Saya dapat tahu kejadian ini pun daripada sepupu kira-kira jam 11 malam tadi.

"Pada mulanya memang sukar nak terima dan percaya kerana kita semua masih terkejut dengan kehilangan MH370," katanya.

Menurut anak sulung itu, kali terakhir dia bertemu dengan Dora Shahila atau mesra dengan panggilan Ila itu pada sebelah pagi Isnin lalu yang sempat memaklumkan akan berlepas ke Amsterdam.

"Saya tidak sangka pagi itu menjadi detik terakhir kami bertemu.

"Malah, paling terkilan saya pernah menegur Ila jangan celupar apabila dia selamba berkata jangan-jangan pesawatnya pula akan ditembak ketika kami bersembang mengenai MH370 ketika bercuti di Bali, Indonesia bulan lalu," katanya.

Katanya, Dora Shahila yang juga ibu tunggal itu disifatkan paling tegas ketika bekerja namun penyayang terutama dengan anak tunggalnya Nur Diana Yazira Yezli berusia 13 tahun.

"Walaupun Ila tegas di tempat kerja saya tidak pernah mendengar sebarang masalah daripada rakannya malah apabila bersama dengan anak buah dan anaknya dia sangat mesra.

"Ila amat rapat dengan anak tunggalnya itu dan mereka sering berhubung walaupun dia sering bertugas ke luar negara.

"Bagaimanapun anak tunggalnya itu masih trauma tidak dapat menerima kenyataan ibunya terbabit dalam nahas ini," katanya.

myMetro 18 Jul 2014


Sempat bertemu sebelum Ramadan

Kota Bharu: "Dia hubungi kami memberitahu akan menyambut raya di sini mulai Jumaat depan bersama keluarganya.

"Tak sangka insiden ini yang berlaku. Dia seorang cucu yang baik dan selalu mengambil berat hal kami," kata Daud Abdul Kadar, 80, datuk kepada pembantu juruterang pesawat MH17 Ahmad Hakimi Hanapi, 29.

Daud yang ditemui di rumahnya di Kedai Melor, dekat sini memberitahu kali terakhir Ahmad Hakimi menemui mereka sebelum Ramadan lalu dan dia menghubunginya dan isteri Zaleha Bawal Khan, 70, tiga hari lalu.

Katanya, cucu kesayangannya itu rapat dengan mereka dan kerap pulang ke kampung apabila cuti.

"Dalam perbualan terakhir, selain memastikan kami berdua sihat, dia juga bertanya mengenai proses pengubahsuaian rumah ini yang akan siap sepenuhnya Aidilfitri nanti.

"Dia sendiri ada menyumbang duit untuk kami ubah suai rumah ini. Dia memang cucu yang baik," katanya sebak.

Daud memberitahu Zaleha kini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bersama ahli keluarga lain bagi mengikut perkembangan insiden berkenaan.

Difahamkan Ahmad Hakimi berkhidmat dengan MAS selama empat tahun.

myMetro 18 Jul 2014


Kali terakhir berbuka di kampung

Kuala Kangsar : "Kami hanya mendapati tahu bapa saudara (Wan Amran Wan Husin, 50) terbabit dalam tragedi pesawat MH17 di Ukraine malam tadi menerusi Internet dan berita.

"Sebaik mengetahui bapa saudara bertugas dalam pesawat itu kami semua menjerit, menangis dan berpelukan," kata Nur Suraya Dusuki, 29.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui berita itu ibu saudara dan adik-beradik yang lain bergegas ke Kuala Lumpur malam tadi untuk mengetahui perkembangan kejadian dengan lebih lanjut.

"Kami tidak menyangka kejadian ini menimpa arwah ketika waktu bertugas.

"Kali terakhir kami bertemu arwah minggu lalu ketika dia bersama keluarga pulang ke kampung dan kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa bersama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jias, Kota Lama Kiri di sini.

Nur Suraya berkata, arwah bapa saudaranya itu sangat berpengaruh dalam keluarga dan selalu membantu adik-beradik yang lain.

"Dia sekeluarga kerap pulang ke kampung sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

"Dia seorang yang sangat disenangi oleh semua orang kerana sikapnya yang peramah dan ringan tulang," katanya.

Dia berkata, buat masa ini mereka sekeluarga hanya dapat berdoa dan menanti perkembangan membabitkan kejadian menimpa bapa saudara itu.

myMetro 18 Jul 2014


Luah hasrat tunai haji

Sepang: "Selain sempat mengelilingi kampung halaman, beliau turut menyatakan hasrat untuk mengerjakan ibadah haji bersama kakaknya tahun ini," kata sepupu kepada juruterbang pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, yang terhempas di timur Ukraine, semalam.

Menurut sepupunya yang mahu dikenali sebagai Yati, 46, dia sempat menemui mangsa ketika mereka pulang bercuti di kampung halaman di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak, minggu lalu.

"Pada waktu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara kecuali turut sempat dua kali menziarah keluarga kami dan menasihatkan anak saudara saya supaya belajar di sekolah agama.

"Namun, saya terkejut apabila menonton berita tempatan di televisyen dan bergegas ke rumahnya di Alam Impian, Shah Alam bagi mendapatkan kepastian," katanya ketika ditemui di perkarangan Anjung Tinjau KLIA di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, isteri Wan Amran, Mariam Yusof, 46, ketika itu dilihat masih terpinga-pinga mengenai apa yang berlaku dan sedang mendapatkan penerangan lanjut daripada MAS.

Kata Yati, sepupunya yang mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan 10 tahun itu berkhidmat sebagai juruterbang sejak 25 tahun lalu dan disifatkan sebagai peramah serta kelakar.

myMetro 18 Jul 2014


'Anak tak pernah lupa hubungi saya'

Seremban: "Anak tidak pernah lupa menghubungi saya setiap kali bertugas di luar negara. Memang itulah sifat dia, seorang anak yang baik sejak dari mula dia bekerja hingga kini," kata Mustafa Abdul Samad, 83, bapa kepada pramugari pesawat MH17, Mastura, 40, yang terhempas di Timur Ukraine malam tadi berhampiran sempadan Rusia.

Menurutnya, anaknya ada menghubunginya Rabu lalu sebaik sampai di Amsterdam, Belanda memaklumkan akan pulang ke tanah air hari ini dan dia masih terkejut dengan laporan kejadian itu.

Katanya, Mastura sangat mengambil berat dirinya dan anak tunggalnya, Muhriz Marzaidi, 10, yang tinggal bersamanya di Kampung Sentosa, Paroi, Seremban.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu jam 8 pagi tadi selepas diberitahu oleh seorang jiran yang memantau melalui internet," katanya ditemui di rumahnya pagi ini

Mustafa berkata, anak bongsu daripada tujuh beradik itu memang memintai kerjaya pramugari dan dia sekeluarga memberikan galakan.

"Saya sentiasa menasihati Mastura supaya bekerja bersungguh-sungguh dan menjaga keselamatan diri," katanya.

myMetro 18 Jul 2014


Teruja hendak pulang

JAMILAH menunjukkan gambar kenangan bersama anaknya. Gambar kecil, Ariza bersama suami dan anak.
Petra Jaya: "Ariza ada menghubungi kami sebelum berlepas (dari Amsterdam) me minta supaya mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 4 petang (hari ini).

"Dia bersama suami dan anak dijadualkan pulang ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2 petang ini untuk pulang berhari raya dan terus bekerja di Shell Kuala Lumpur selepas tiga tahun bekerja di Kazakhstan," kata Jamilah Noriah Abang Anuar, 72 ibu kepada Ariza Ghazalee, 46, salah seorang penumpang MH17.

Ariza bersama suami Tambi Jiee, 48 dan empat anaknya Muhamad Afif 19, Muhamad Afzal 17, Marsha Azmeena 15, Marsha Afruz, 13 dalam penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur untuk pulang menyambut Aidilfitri di rumah ibunya di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Jalan Astana, di sini.

Menurut Jamilah, anak kedua daripada lima beradik itu begitu teruja untuk pulang kerana suaminya Tambi dapat bertukar ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

Katanya, pada mulanya anaknya itu memaklumkan akan berada di Kuala Lumpur selama tiga hari sebelum pulang ke Kuching tetapi membatalkan rancangan itu kerana ingin berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga di kampung.

"Sebaik mendengar berita itu saya sudah jangka sesuatu yang buruk berlaku dan tunggu hingga pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pengesahan.

"Sebaik selesai sidang media kami menghubungi MAS untuk pengesahan dan sah mereka enam beranak menaiki penerbangan itu," katanya ketika ditemui di rumah anak sulungnya di Jalan Sultan Tengah, di sini, sebentar tadi.

Jamilah berkata, kini dia masih menunggu perkembangan lanjut dari MAS untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, suasana suram dan hiba menyelubungi perkarangan rumah keluarga mangsa apabila semua adik beradik dan keluarga terdekat berkumpul menunggu perkembangan lanjut mengenai nahas pesawat itu.

Kenalan dan jiran terdekat tidak henti datang berkunjung memberi kata semangat dan mengucapkan takziah.

Jamilah dan beberapa ahli keluarga beberapa kali dilihat melihat album gambar enam beranak itu.

myMetro 18 Jul 2014


Terima berita daripada menantu di Itali

Bukit Mertajam: "Sepatutnya anak kami tidak berada dalam pesawat itu namun dia menukar syif dengan kawannya.

"Dia dijangka pulang melawat saya dan isteri hari ini dan ibunya sudah memasak makanan kegemaranya," kata Jijar Singh, 71, bapa kepada pramugara pesawat MH17 Sanjid Singh Sandhu yang terhempas di Timur Ukraine ketika ditemui di rumahnya di Taman Selamat, Alma sebentar tadi.

Jijar berkata, dia dan isterinya dimaklumkan mengenai tragedi menimpa anaknya itu selepas menerima panggilan dari menantunya kini berada di Itali.

Walaupun sedih dengan tragedi itu pasangan berkenaan menerima berita itu dengan hati yang tenang.

"Apa yang berlaku sudah berlaku, seluruh badan saya menggeletar ketika menerima berita ini 4 pagi tadi.

"Harap faham dengan keadaan kami, saya kurang sihat kerana baru sahaja menjalani dua pembedahan (bypass)," katanya.

Katanya, kali terakhir mangsa pulang melawatnya bulan lalu.

Kebiasaannya Sanjid akan menghubungi ibu dan bapanya itu setiap kali sebelum penerbangan.

myMetro 18 Jul 2014


Sedih jiran sebelah mangsa MH17

Seremban: "Keluarga jiran saya amat sedih dengan berita itu dan ramai sanak saudaranya mula berkumpul di rumah mangsa seawal jam 5 pagi tadi," kata Mohd Ridzuan Abdullah, 45, jiran kepada pembantu juruterbang pesawat MH17 Choo Jin Leong Eugene, 45.

Choo dipercayai terbabit dalam nahas pesawat itu yang dilaporkan terhempas di sempadan negara Ukraine dan Russia.

"Saya mengetahui jiran terbabit dalam nahas MH17 melalui panggilan telefon daripada media jam 5.40 pagi tadi dan segera ke rumahnya yang terletak bersebelahan rumah saya.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya Sabtu lalu dan saya lihat riak wajahnya ada perubahan tetapi saya tidak menganggap ia petanda buruk," katanya ketika ditemui di perkarangan masuk perumahan Sri Carcosa, Seremban 2, di sini.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) berkata, sepanjang berjiran lebih tujuh tahun lalu, dia seorang jiran yang baik dan sering bertegur sapa dengan semua jiran tanpa mengira bangsa.

Bagaimanapun, usaha menemubual keluarga tidak berhasil kerana mereka tidak membenarkan media memasuki kawasan perumahan itu yang dikawal ketat pengawal keselamatan.

Malah, difahamkan isteri Choo sudah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

myMetro 18 Jul 2014


Isteri menanti maklumat rasmi

Kuching: Seorang lelaki pekerja pelantar minyak berasal dari Bintulu dipercayai antara penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

Mangsa Meling Mula, 48, dijadualkan pulang ke Bintulu semalam selepas bertugas di Venezuela selama dua bulan.

Dia dikatakan transit di Amsterdam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya Bintulu.

Menurut isteri mangsa, Sigut Kedit,39, dia mengetahui mengenai kejadian itu melalui abangnya dan masih tidak percaya dengan maklumat yang diterima.

Katanya, dia masih tidak menerima maklumat rasmi daripada MAS tetapi abangnya sudah menghubungi syarikat penerbangan itu dan mengesahkan suaminya menaiki pesawat malang itu.

Meling meninggalkan tiga anak Maryline Sindu, 18; Benedict Bana, 15, dan Gabriel, 8.

myMetro 18 Jul 2014


Kakitangan akademik UMS dalam MH17

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan seorang kakitangan akademiknya, Ng Shi Ing, 33, antara mangsa pesawat MH17 terhempas di sempadan Russia dan Ukraine, malam tadi.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang berasal Muar, Johor adalah pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Difahamkan Shi Ing ditugaskan menghadiri Persidangan Antwerp CALL 2014 di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja pada 7 hingga 9 Julai lalu sebelum menyambung cuti melancong di sana.

Dia dipercayai bersama anak lelaki berusia setahun dan adik perempuannya.

Shi Ing dijadualkan bertugas semula Isnin depan dan menaiki pesawat MH17 untuk pulang ke tanah air.

myMetro 18 Jul 2014


Sengaja ke tak...

TRAGEDI menimpa MH17 menimbulkan persoalan apakah pesawat itu terbang di aras yang selamat iaitu pada ketinggian '330' iaitu kira-kira 10,000 meter atau 30,000 kaki sehingga membolehkannya terhempas di timur Ukraine.

Selain itu, persoalan mengapa Malaysia Airlines memilih ruang udara zon konflik iaitu di timur Ukraine sedangkan kebanyakan pengendali penerbangan di Asia sudah tidak melakukannya, turut menjadi antara debat antarabangsa.

Konsultan Whitesky Aviation yang berpangkalan di Jakarta, Gerry Soejatman, berkata, setiap syarikat penerbangan sebenarnya mempunyai kajian tersendiri berkaitan meluncur pada ketinggian berisiko.

Bagaimanapun, katanya, meluncur pada ketinggian 30,000 kaki atau 10,000 meter secara amnya adalah selamat bagi sebarang penerbangan.

“Sepuluh tahun lalu kita akan digelar bodoh jika terbang pada ketinggian bawah 15,000 kaki di ruang udara Iraq. Tapi, 30,000 adalah satu paras yang selamat. Oleh itu, ini bukan isu ketinggian penerbangan.

“Saya berpendapat, nahas ini akan memberikan satu isyarat kepada syarikat penerbangan bahawa mereka harus mengkaji awal jika memilih untuk terbang di ruang udara zon konflik dan ambil tahu apa yang ada di bawah,” katanya.

Malaysia Airlines bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang kerap menggunakan ruang udara Ukraine.

Air India dan Thai Airways mendakwa mereka terpaksa menukar laluan apabila mendapat berita pesawat MH17 terhempas.

Air China dan China Eastern Airways mempunyai kekerapan 28 penerbangan seminggu menggunakan ruang udara timur Ukraine. Tapi, Pentadbir Udara China sudah mengarahkan semua syarikat penerbangan tidak lagi menggunakan ruang udara itu.

Vietnam Airlines turut mendakwa pihaknya menggantung semua penerbangan jarak jauh ke Eropah serta-merta berikutan nahas menimpa pesawat Malaysia Airlines.

Bagaimanapun, beberapa syarikat penerbangan Asia dan Pasifik seperti Korean Air dan Asiana, Qantas dan China Airlines, mendakwa pihak mereka sudah tidak menggunakan ruang udara timur Ukraine, kira-kira empat bulan lalu - apabila tentera Russia bergerak masuk ke Crimea.

Jurucakap Qantas berkata, laluan London ke Dubai pernah menggunakan ruang udara Ukraine, tetapi sudah menukarkannya beberapa bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dipetik berkata, pihak berkuasa udara antarabangsa memberi jaminan kepada Malaysia Airlines bahawa laluan itu selamat.

“International Air Transportation Association memberikan pengesahan bahawa ruang udara yang digunakan oleh MH17 tidak termasuk dalam yang dilarang,” katanya. - AP

18 Jul 2014


'Saya minta dia tukar bidang, dia tak nak'

Putrajaya: Ibu kepada Nur Shazana Mohamad Salleh, pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pernah berkali-kali meminta anaknya itu supaya berhenti daripada menjadi pramugari dan bertugas di bidang lain.

Sharom Ibrahim, 57, berkata permintaan itu dibuat kerana beliau risau berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anaknya lebih-lebih lagi selepas berlaku kes kehilangan pesawat MH370 pada 18 Mac lalu.

"Tapi dia tak nak. Dia suka mengembara. Dia cakap orang jalan kaki pun boleh mati. Saya cakap itu sekurang-kurangnya ada mayat, tapi dia cakap lagi elok kalau kapal terbang terus meletup," katanya di sini hari ini.

Sharom yang berasal dari Pulau Pinang berkata, anaknya telah bertugas sebagai pramugari selama sembilan tahun.

Kali terakhir beliau bertemu anak sulungnya itu ketika mereka berbuka puasa bersama tiga minggu lalu.

"Saya reda. Cuma harap dapat mayat dia dengan elok. Sekurang-kurangnya ada kubur dia," katanya.

Nur Shazana adalah antara 15 anak kapal dan 283 penumpang Boeing 777 yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).

myMetro 19 Jul 2014


Shazana periang, baik hati

Putrajaya: "Dia seorang yang periang, baik hati, berbudi bahasa dan suka mengambil berat kawan-kawan ketika di sekolah," kata Nik Azizah Nik Amirah, 31, rakan sekolah Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, iaitu seorang daripada pramugari MH17 yang terkorban dalam nahas membabitkan pesawat berkenaan.

Nik Azizah berkata, sepanjang lima tahun bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru bermula 1996 hingga 2000, Nur Shazana antara rakan baiknya dan rapat di sekolah dan mereka sering menghabiskan waktu bersama sepanjang masa.

"Lima tahun kami mengenali antara satu sama lain, kami saling sayang menyayangi malah, bergaduh beberapa kali bersama dan kemudian berbaik semula.

"Dia (Nur Shazana) seorang yang baik, ceria dan periang serta menceriakan hari-hari kami di sekolah dan asrama," katanya ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil anjuran Alumni Sekolah Tun Fatimah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Kira-kira 30 bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah kelompok tahun 1980 an, 1990 an dan 2000 hadir pada majlis berkenaan bersama keluarga masing-masing.

Pada majlis berkenaan, alumni yang dikenali sebagai Srikandi Tun Fatimah turut mengumpul sumbangan derma kilat kepada keluarga Nur Shazana.

myMetro 19 Jul 2014


Hijrah enam sekeluarga

Kuala Lumpur: Tulisan “17 July 2014 starting our new hijrah, Alhamdulillah...” dalam akaun Facebook (FB) menggambarkan betapa syukurnya seorang isteri bersama lima ahli keluarga, termasuk suami menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 untuk pulang ke tanah air selepas menetap selama dua tahun di luar negara.

Ariza Ghazalee, 46, turut memuat naik gambar beg pakaian mereka berserta tulisan yang bermaksud ‘hijrah terbaru kami’ itu sejurus sebelum berlepas dari Amsterdam.

Bagaimanapun, penghijrahan dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur yang dimaksudkan Ariza bertukar menjadi satu hijrah terakhir apabila dia bersama suami Tambi Jiee, 48, dan empat anak, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Marsha Afruz, 13, terbunuh dalam tragedi yang meragut nyawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu.

Selepas dua tahun menetap di Kazakhstan, enam beranak itu mahu menyambut lebaran di kampung halaman di Sarawak selain merancang terus menetap di tanah air kerana Tambi akan memulakan tugas di ibu pejabat Shell di sini, selepas Aidilfitri.

Penerbangan MH17 terhempas selepas dipercayai ditembak ketika melalui ruang udara Donetsk, Ukraine, dekat sempadan Russia yang disifatkan lokasi panas kerana menjadi medan pertempuran antara tentera kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Russia.

Gambar yang dimuat naik Ariza di akaun FB miliknya dikongsi lebih 1,500 pengguna yang turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Allahyarham dan keluarga. Pada masa sama, anak keduanya, Muhamad Afzal, turut menulis status FB yang menyuarakan kesedihannya untuk meninggalkan Kazakhstan, malah menyifatkan perjalanannya kali ini sebagai amat sukar.

Antara lain, Allahyarham menulis: “Dua setengah tahun lalu, saya tiada masalah berpindah ke sini (Kazakhstan) kerana tahu sentiasa boleh pulang ke tanah air. Sekarang, saya akan pulang semula.

“Malangnya saya tidak mungkin dapat kembali lagi ke sini. Sekurang-kurangnya dalam masa terdekat. Ia perjalanan yang amat sukar.” Sementara itu, di Kuching, ibu Ariza, Dayang Noriah Abang Anuar, 72, berkata, anak, menantu dan cucunya dijadualkan tiba di Kuching pada jam 2 petang semalam selepas penerbangan MH17 dari tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 pagi.

myMetro 19 Jul 2014


Keluarga harungi tragedi berganda

Melbourne (Australia): Sebuah keluarga di Queensland yang kehilangan anak lelaki dan menantu dalam tragedi Penerbangan MH370 pada Mac lalu, meratapi kehilangan dua lagi anggota keluarga yang disahkan menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Irene dan George Burrows dari Biloela, kira-kira tujuh jam perjalanan ke utara Brisbane, kehilangan anak, Rodney dan menantu, Mary, apabila Penerbangan MH370 yang dinaiki mereka untuk ke Beijing, hilang pada 8 Mac lalu.

Kini, cucu tiri perempuan mereka Maree dan suaminya Albert Rizk, dilapor antara 27 rakyat Australia yang menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia.

Rizk, seorang ejen hartanah dan isterinya yang mendiami Sunbury, Melbourne dilapor dalam perjalanan pulang ke Australia selepas bercuti sebulan di Eropah. - Bernama

myMetro 19 Jul 2014


Senarai penuh penumpang MH17

Sepang: Malaysia Airlines (MAS) malam ini mengeluarkan senarai penuh penumpang pesawat MH17 dan merayu ahli keluarga atau rakan mangsa segera menghubungi syarikat penerbangan berkenaan.

Terdapat 193 warga Belanda (termasuk seorang dengan kewarganegaraan Belanda/Amerika Syarikat, Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi), Australia (27), Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (10 termasuk seorang dengan kewarganegaraan UK/Afrika Selatan), Jerman (empat), Belgium (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu), New Zealand (satu).

Menurut kenyataan MAS, sejak 45 jam lalu pihaknya bekerjasama dengan kedutaan negara-negara terbabit untuk menghubungi waris penumpang namun masih ramai belum dapat dikesan.

Justeru waris diminta menghubungi Pusat Sokongan Keluarga MAS di talian +603 7884 1234 di Malaysia atau nombor-nombor berikut:

1. Belanda (Pejabat MAS Amsterdam) - +31205216252
2. Australia (Pejabat MAS Sydney) - +61293643526
3. Indonesia (Pejabat MAS Jakarta) - +62215229705
4. New Zealand (Pejabat MAS Auckland) - +6493063930
5. United Kingdom (Pejabat MAS London) - +442073412060
6. Jerman (Pejabat MAS Frankfurt) - +496913871980
7. Filipina (Pejabat MAS Manila) - +6328891863

Senarai nama penumpang juga boleh dilihat di link ini: http://www.malaysiaairlines.com/content/dam/malaysia-airlines/mas/PDF/MH17/MH17%20PAX%20AND%20CREW%20MANIFEST.pdf

myMetro 20 Jul 2014


Hadiah air zam-zam kepada jiran

Seremban: “Hati saya sebak melihat keadaan Ivy yang lemah selepas dia mendapat tahu suaminya sudah tiada.

“Ketika kami berbual pagi semalam (kelmarin), dia (Ivy) dalam keadaan tertekan,” kata Nor Salmah Amanullah, 40-an, rakan kepada Ivy Loi, 40-an iaitu isteri pembantu juruterbang pesawat MH17, Choo Jin Leong Eugene, 45.

Nor Salmah berkata, dia bersahabat dengan keluarga Choo terutama Ivy sejak tinggal berjiran empat tahun lalu di perumahan Sri Carcosa, Seremban 2, di sini.

Katanya, tidak disangka insiden itu menimpa pembantu juruterbang berkenaan yang dianggap jiran yang baik dan berbudi bahasa.

Suami Nor Salmah, Mohamad Akhbar Abu Bakar, 45, pula berkata, Choo pemurah apabila sering membelikan sesuatu untuknya setiap kali pulang daripada bertugas.

“Baru-baru ini selepas pulang dari Jeddah, Arab Saudi, dia (Choo) menghadiahkan saya air zam-zam serta beberapa cenderamata.

“Saya terkejut apabila dia terbunuh dalam nahas pesawat MH17,” katanya. Menurutnya, kali terakhir dia menemui pembantu juruterbang itu pada minggu lalu ketika Choo berjoging di kawasan perumahan mereka.

“Ketika itu saya sempat berbual dengannya dan seperti biasa dia peramah dan tidak sombong,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, Ivy mendapat tahu kejadian malang menimpa suaminya selepas diberitahu seorang lagi jiran yang juga isteri kepada seorang juruterbang.

“Setahu saya, Ivy adalah bekas pramugari dan memiliki dua anak berusia 11 dan 13 tahun,” katanya.

Menurutnya, difahamkan beberapa pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), saudara mara dan ahli keluarga tiba di rumah mangsa kelmarin untuk menenangkan Ivy.

Katanya, Ivy kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.15 pagi. “Difahamkan suaminya berasal dari Sungai Petani di Kedah.

“Kedua-dua ibu bapanya dari kampung turut datang ke sini (Seremban) dan dibawa ke KLIA,” katanya.

myMetro 20 Jul 2014


Amran sentiasa bersedia

Shah Alam: “Saya dah ‘ready’ (sedia) kalau apa-apa terjadi,” kata kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin, ketika berborak panjang dengan rakannya Nik Hilmi Kadir, 44, Selasa lalu.

Nik Hilmi yang juga jiran mangsa berkata, mereka sempat berbual kira-kira dua jam berkenaan topik misteri tragedi MH370 sebelum ini, selepas kedua-duanya menunaikan solat Tarawih di surau berdekatan.

“Beberapa hari sebelum dia berangkat ke Amsterdam, kami berborak panjang dan saya bertanya sama ada dia sentiasa bersedia jika berlaku apa-apa yang buruk ketika menjalankan tugas.

“Dalam keadaan tenang Wan Amran menjawab, dia sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku kerana mengetahui risiko bekerja sebagai juruterbang,” katanya ketika ditemui selepas majlis tahlil di surau Riadus Solihin, Alam Impian, di sini, malam kelmarin. Menurut Nik Hilmi, dia tidak menyangka kata-kata sahabatnya menjadi kenyataan dan seperti tidak percaya perkara itu berlaku kepada Wan Amran kerana hanya baru beberapa hari lepas mereka berborak bersama.

“Saya dan Wan Amran sangat rapat dan kami saling melawat rumah masing-masing, terutama jika ada majlis keraian, kerana jarak kediaman hanya selang lima rumah. “Anak arwah berumur 10 dan 11 tahun juga selalu datang bermain dengan anak saya, manakala Wan Amran sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di sekitar perumahan ini,” katanya.

Menurutnya, ketika di dalam teksi sebelum bertolak ke Amsterdam, dia melihat arwah seperti menyandarkan kepala di kerusi belakang teksi, malah kelihatan seperti berfikir sesuatu.

“Saya menganggap mungkin dia berat hati untuk meninggalkan anak dan isterinya memandangkan dia terpaksa pergi menjalankan tugas dan tidak dapat berpuasa dengan keluarga.

“Saya tidak menyangka itu mungkin isyarat dia tidak akan pulang lagi,” katanya sambil menyifatkan kapten pesawat itu seorang yang baik dan suka senyum, malah sangat menyayangi keluarga.

Menurut Nik Hilmi, dia terkejut apabila menerima berita kejadian itu dan rakan menghubunginya dengan memberi senarai nama kru yang terbabit sebelum menyebarkan berita itu kepada jiran terdekat.

myMetro 20 Jul 2014


‘Ingin beraya di sini’

Putrajaya: “Mak cik berjanji dengan Tun Rahah Mohamad Noah untuk menyambut Aidilfitri di sini kerana sudah lama tidak berhari raya bersama, dan dia dalam perjalanan pulang selepas dua bulan bercuti di rumah anaknya di Amsterdam,” kata Shahadat Edid Bey, 56, anak saudara kepada Puan Sri Siti Amirah Parawira Kasuma, antara mangsa nahas pesawat MH17.

Menurutnya, ini kali pertama mak ciknya ke Amsterdam seorang diri kerana sebelum ini beliau akan membawa kawan atau saudara untuk menemaninya.

“Mak cik memang berhasrat berkumpul dengan keluarga di Malaysia untuk menyambut Aidilfitri sebelum pulang ke Jogjakarta 28 Ogos ini.

“Sepanjang tempoh itu, mak cik akan tinggal dengan saya di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui, semalam.

Shahadat berkata, mereka sekeluarga berharap jenazah ibu saudaranya dapat dibawa pulang untuk dikebumikan.

“Kita faham mungkin jenazahnya tidak sempurna, tetapi seboleh-bolehnya kami mahu mak cik dikebumi di sini supaya ada pusara untuk dilawati nanti,” katanya.

Menurutnya, walaupun berusia 83 tahun, mak ciknya masih sihat dan tidak mempunyai penyakit.

Puan Sri Siti Amirah juga adalah nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

myMetro 20 Jul 2014


'Muhriz rindu ibu...'

Abu Ubaidah memangku Muhriz yang kelihatan sugul memegang gambar ibunya. 

SEREMBAN – “Selasa lalu ibu masak banyak lauk. Ada kari daging, sayur dan ikan siakap tiga rasa. Lepas kami buka puasa bersama, baru ibu ke KLIA," cerita Muhriz Marzaidi, anak tunggal Mastura Mustafa 40, yang terkorban dalam nahas MH17, Khamis lalu.

Muhriz yang baru berusia 10 tahun adalah murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, di sini.

"Muhriz suka kurma ayam dan sup daging yang ibu masak. Sedap!

"Selalu, bila balik selepas pergi kerja beberapa hari, ibu mesti masakkan makanan kegemaran Muhriz walaupun Muhriz tak minta," katanya yang kelihatan seronok bercerita mengenai makanan kegemarannya yang dimasak ibunya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi.

"Tapi, lepas ni..." rona gembira di wajah Muhriz tiba-tiba berubah sayu. Suara Muhriz bertukar sebak.

"Muhriz rindu ibu..." mata anak kecil itu mula bergenang. Selalu ibu pergi kerja tiga atau empat hari dan paling lama pun hanya lima hari. Tapi kali ini ibu tak akan pulang lagi..."

Walau cecair jernih yang bertakung di matanya semakin kelihatan, Muhriz seolah berusaha menahan tangis.

"Ibu selalu cakap pada Muhriz, ibu dah gembirakan Muhriz, Muhriz pun kena selalu gembirakan hati ibu,” ada sendu di akhir ayatnya itu. Anak kecil ini walau kelihatan tabah, tapi nyata menanggung rindu pada ibunya.

Sewaktu Sinar Harian menziarah Muhriz, Exco Negeri Sembilan, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Adun Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid turut berkunjung di kediaman itu.

Sementara itu, bapa Mastura, Mustafa Abdul Samad, 83, berkata, dia berharap jenazah Mastura dapat ditemui dalam keadaan lengkap supaya dapat disempurnakan.

Katanya yang masih sedih dengan insiden yang menimpa anak bongsu daripada tujuh beradik itu, dia juga mahu jenazah anak kesayangannya dibawa pulang ke tanah air supaya dapat disemadikan di sini.

“Walau dalam apa jua keadaan sekali pun, saya mahu melihat wajah Mastura buat kali terakhir.

"Yang paling penting dapat disemadikan di sini supaya ada kubur dan kami sekeluarga boleh selalu menziarahinya,” katanya dengan nada sebak.

Sinar Harian 20 Jul 2014


Sahur mengejutkan ahli keluarga - Zurusdi

TAMBI Giee dan Ariza Razali bersama anak-anak adalah antara mangsa yang terbunuh dalam nahas MH17 setelah ditembak jatuh di Ukraine.

PUTRAJAYA 19 Julai - Zurusdi Mohd. Hol, 46, sedang bersahur di rumahnya dekat sini kira-kira pukul 4.30 pagi ini sambil menonton sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemalangan yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Saat itu, dia mula rasa terkejut kerana tidak menyangka satu lagi insiden membabitkan pesawat MAS akan berlaku dengan jumlah mangsa terbunuh seramai 295 orang melebihi 239 membabitkan pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, perkara yang paling merisaukannya adalah apabila teringatkan sepupunya, Ariza Razali, 46, yang tinggal di Kazakhstan dan merancang untuk pulang ke Malaysia bersama suami dan empat anak mereka yang menaiki penerbangan MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kerisauan tersebut akhirnya terjawab dan menjadi episod sedih buat Zurusdi dan keluarganya apabila dia mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang memaklumkan empat saudaranya itu adalah antara mangsa yang terbunuh.

"Masa sahur saya tertanya-tanya, sidang media itu pasal MH370 atau MH17 sebab saya tidak tahu apa yang terjadi sebelum itu sehinggalah kakak saya telefon.

"Saya sangat sedih. Saya dan Ariza sebaya dan membesar bersama sejak kecil di Petrajaya, Kuching, hubungan kami terlalu rapat seperti adik beradik," katanya ketika ditemui di lobi Hotel Marriott di sini semalam.

Menurutnya, Ariza tinggal di Kazakhstan sejak tiga tahun lalu kerana mengikuti suaminya, Tambi Giee, 49, yang bekerja sebagai jurutera dengan syarikat minyak, Shell.

Katanya, pasangan tersebut terkorban bersama empat anak mereka yang berumur antara 13 hingga 19 tahun dalam nahas tersebut.

Zurusdi berkata, tragedi itu memberi kesan kepada diri dan keluarganya terutama kenangan terakhir bersama keluarga berkenaan pada Mac lalu ketika mereka datang dari Kazakhstan untuk melawat ibunya yang terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Mereka datang untuk melawat ibu saya sebelum dia meninggal dunia dan saya amat menghargai kehadiran mereka sekeluarga.

"Kami sekeluarga menerima kejadian ini sebagai takdir Allah SWT dan amat berharap jika jenazah kesemua mereka dapat dibawa ke Malaysia untuk dikebumikan," katanya.

Utusan 20 Jul 2014


Ibu pilu terima berita MH17 terhempas

GAMBAR kenangan Maimon Sarpan bersama Mohamad Ghafar Abu Bakar yang dirakamkan di kediaman warga emas tersebut di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka.
MELAKA 19 Julai - Hati ibu mana yang tidak pilu apabila anak sulung kesayangannya adalah antara 15 anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di Ukraine kelmarin.

Maimon Sarpan, 74, berkata, luluh hancur hatinya setelah menerima panggilan telefon daripada menantu, Normi Abdullah, 54, kira-kira pukul 12 tengah malam tadi memaklumkan pesawat dinaiki anak lelakinya, Mohamad Ghafar Abu Bakar, 54, itu terhempas.

Mohamad Ghafar merupakan Ketua Pramugara pesawat yang lebih dikenali dengan panggilan Salem.

"Tak boleh nak cakap dah... Allah yang lebih tahu hati seorang ibu. Hancurlah hati ini dan sedih juga dia (Mohamad Ghafar) tidak dapat balik Hari Raya nanti sebab tiap-tiap tahun dia balik.

"Saya teringat sering kali pesan dekat dia supaya hati-hati kalau be­layar (penerbangan) dan banyak-ba­nyak berdoa tetapi apa nak kata, saya reda dengan pemergiannya

"Dia ada telefon saya beritahu dia tidak dapat balik Hari Raya pertama sebab kena pergi China tapi dia tetap nak balik," katanya sambil menangis ketika ditemui di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah dekat sini hari ini.

Turut berada bersamanya ialah suaminya, Ismail Salleh, 74, bapa tiri kepada Mohamad Ghafar.

Turut menziarahi keluarga mangsa ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Sulaiman Mohd. Ali.

Maimon berkata, kali terakhir berjumpa dengan Mohamad Ghafar pada Isnin lalu apabila dia pulang seorang diri ke kampung sekadar untuk berbuka puasa.

"Tidak banyak yang kami berdua bualkan semasa dia balik berbuka puasa... itu pun tak lama lepas berbuka dia hantar saya ke masjid kira-kira pukul 8.30 malam dia terus balik ke Kuala Lumpur," katanya sambil memegang foto anaknya yang bergambar bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama rakan sekerja.

Katanya, Mohamad Ghafar ada menghubunginya malam Selasa lalu memaklumkan dia akan berangkat ke Belanda keesokan harinya dan dijangka pulang ke tanah air awal pagi Jumaat.

Utusan 20 Jul 2014


'Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang' - Suami

PUTRAJAYA 19 Julai - "Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui Allah takkan kembali", itu antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata, isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu Allah, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap Allah dalam keadaan yang diredai," katanya selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel, di sini hari ini.

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam.

Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya," katanya.

Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata, beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana," katanya.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. - BERNAMA

20 Jul 2014


Akhirnya maut memisahkan pelajar Malaysia, Belanda

KUALA LUMPUR 19 Julai - Bekas pelajar Melbourne University, Elaine Teoh dan teman lelakinya, Emiel Mahler, yang terkorban dalam tragedi MH17 merupakan pasangan kekasih yang amat menghormati satu sama lain hingga ke akhir hayat mereka, kata rakan baik mereka Tan Sook Theng.

"Melihatnya begitu bahagia di alam percintaan membuat saya, sebagai seorang kawan, berasa sungguh bersyukur kerana nasib mempertemukan mereka dan alangkah baiknya jika semua orang mempunyai hubungan baik seperti yang terjalin antara mereka.

"Mereka menjadikan kehidupan satu sama lain begitu bahagia, sambil mempamerkan kebaikan masing-masing. Sesungguhnya, mereka saling melengkapi kehidupan satu sama lain," katanya kepada Bernama melalui e-mel.

Sook Theng, 27, yang berkawan rapat dengan Elaine sejak 13 tahun lepas, bercadang menjemput rakannya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi hari berkenaan, sebelum mengetahui bahawa pesawat yang dinaiki pasangan itu terhempas di Ukraine.

"Kali terkahir kami berhubung melalui Whatsapp ialah pada hari dia menaiki pesawat berkenaan dan kami tidak sabar untuk bertemu kembali setelah berjumpa kali terakhir pada Januari tahun ini.

"Kami merancang mengisi hujung minggu ini bersama-sama dan selama ini, kami saling berhubung setiap minggu. Sekarang, tak ada lagi semua itu," kata Sook Theng dengan nada sedih.

Sambil menyifatkan Elaine sebagai seorang yang pintar, kelakar dan manis, Tan berkata, rakannya itu sering menjadi tempatnya berkongsi pelbagai perkara dan meminta pertolongan.

"Dia baik hati, bersemangat tinggi dan penyayang. Dia ibarat anggota keluarga saya sendiri," kata Sook Theng.

Elaine, yang berasal dari Pulau Pinang, dan Mahler, warganegara Belanda, kedua-duanya berusia 27 tahun, tinggal di Melbourne dan bertugas dalam bidang kewangan. Pasangan yang mula menjalin ikatan pada 2012 ini bercuti di Portugal dan Belanda sebelum menaiki Penerbangan MH17 pada tengah hari Khamis dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Hingga kini, laman Facebook Elaine dan Mahler dibanjiri mesej oleh anggota keluarga dan rakan mereka untuk mengucapkan takziah tentang pemergian pasangan itu.

Tulisan terbaru dalam Facebook Elaine berbunyi: "Pergimu terlalu awal, antara manusia paling baik, mesra dan berhemah yang pernah saya jumpa. Wanita yang tidak lokek dengan senyuman dan berjiwa besar."

Rakan Mahler bernama Jee Wok Jung pula menulis dalam laman Facebooknya: "Kami akan amat merinduimu. Lelaki yang amat baik, kami tidak akan lupa semua saat indah ketika bersamamu dulu. Tenanglah kamu di sana, duhai sahabat!"

Sementara itu, saudara lelaki Elaine bernama David Teoh menulis dalam laman Facebooknya: "Walaupun kami faham terdapat pelbagai pendapat dan komen tentang MH17, tetapi saya me­minta semua kawan saya supaya terus bersikap bijak dan tenang apabila membicarakan tentang­nya dan berdoalah untuk keluarga saya ketika kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini. Doa dan ingatan anda amat kami hargai."

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis. - BERNAMA

20 Jul 2014


Ayah pulanglah...

GAMBAR kenangan Meling (kiri) bersama keluarga.

Kuching: “Apai (ayah) pulanglah... ayah janji nak bawa kami jalan-jalan ke Miri,” itu rintihan Maryline Sindun, 18, anak sulung kepada Meling Mula, 48, pekerja pemasang perancah sebuah syarikat minyak dan gas yang dipercayai antara penumpang pesawat malang MH17.

Maryline yang masih tidak dapat menerima kenyataan mengenai apa yang menimpa bapanya, hanya menangis ketika dihubungi dan enggan meneruskan perbualan.

 Dia tidak sangka hasrat untuk berjumpa bapanya kelmarin tidak kesampaian, sebaliknya menerima perkhabaran buruk yang sehingga kini sukar dipercayai.

Dalam pada itu, isteri Meling, Sigut Kedit, 39, berharap pihak MAS segera memberi pengesahan rasmi bagi membolehkannya ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia merancang ke Kuala Lumpur untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai tragedi itu kerana semua maklumat berpusat di sana.

myMetro 20 Jul 2014


Aku hilang ‘superhero’

Kuala Lumpur: Seluruh negara masih tersentak dan diselubungi kesedihan berikutan tragedi pesawat penerbangan MH17 yang mengorbankan 298 nyawa penumpang dan anak kapal di timur Ukraine, Khamis lalu.

Rakyat Malaysia pula tidak henti-henti meluahkan meluahkan perasaan mereka selain berkongsi kata-kata semangat dengan keluarga mangsa.

Antara yang menggunakan laman sosial untuk meluahkan perasaan sedih dan rindu ialah Nur Diyana Yazeera Yazli, 15, anak perempuan tunggal pramugari MH17 Dora Shahila Kassim.

Sejak dua hari lalu, melalui akaun Instagram miliknya, Diyana banyak memuat naik gambar dia bersama ibunya serta mesej yang menyatakan dia sudah kehilangan ‘superhero’ dalam hidupnya.

“Semua orang terkejut dengan kehilangan mummy tapi apa boleh buat, Allah lebih sayangkan mummy. Kasih sayang saya juga tidak setanding dengan kasih sayang Allah.

“Mummy mungkin susah di dunia, tapi InsyaAllah mummy senang sangat masa akhirat nanti. Saya sayangkan mummy dan akan sentiasa berdoa untuk mummy,” tulisnya.

Di laman Twitter pula, Diyana yang menggunakan nama @DiyanaYazeera menulis mesej ‘Ya Allah please grant my mother Jannah. Please. Amin’ (Ya Allah, kurniakanlah syurga buat ibuku..Amin).

Pelajar tingkatan tiga Kolej Tunku Kursiah, Seremban itu juga menerima banyak kata-kata semangat daripada rakan serta pengguna Instagram dan Twitter dari seluruh dunia.

myMetro 21 Jul 2014


Kita jumpa di Padang Mahsyar, kata akhir mangsa

KUALA LUMPUR - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.

Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

"Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selepas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini hari ini.

Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.

"Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.

Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.

"Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.

"Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun," katanya.

Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau - Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.
 
Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur. - Bernama

21 Jul 2014


12 years after losing her husband, Mardiani loses another

KLANG: MAS flight attendant Mardiani Mahdi lost her husband Zainal Abidin Ismail to cancer 12 years ago when their son was only a year old.

After remaining single for almost nine years to concentrate on raising Zulhilmi, now 13, she married MAS steward Shaikh Mohd Noor Mahmood three and a half years ago.

The couple’s daughter Siti Darwiysha Zulaika turned two a month ago.

Fate delivered Mardiani a cruel blow again almost two weeks ago when Shaikh Mohd Noor was killed in the MH17 tragedy.

“This is the second time I have lost a husband. Although I am saddened, it has only made me stronger.

“As a Muslim, I believe it’s a test from above,” said the Sarawak-born Mardiani.

She is currently staying at the Putrajaya Marriot Hotel with her daughter, her son and Shaikh Mohd Noor’s three children from his previous marriage – Shaikh Danish, 13, Danisha, 11, and Shaikh Al Darwish, five, as well as her sister Mawarni.

Family members of the MH17 victims are being provided accommodation and counselling at the hotel.

Mardiani said Shaikh Mohd Noor’s parents wanted her to stay at their home in Taman Chi Liung here while waiting for news about her husband’s remains.

However, Mardiani said she could not bring herself to do so.

“Memories of being together with him haunts me when I am at his parents’ place or at our home in Puchong. That is why I prefer being in the hotel,’’ said Mardiani.

She said she did not want to think too much and was focusing on one day at a time.

“I will be going back to work as a ground staff on Aug 1 and will keep myself busy,” said Mardiani.

She said although it had been confirmed that everyone on the ill-fated aircraft had perished, she would only be able to emotionally accept her husband’s demise when his remains are identified and sent home.

She said her daughter was also very subdued and cried a lot.

“I believe it’s her intuition telling her something has happened to her father although she is too young to understand what is going on,” she added.

Mardiani said the child was also very restless and had not been sleeping well.

“She was much closer to her father than she is with me,” said Mardiani.

She said Shaikh Mohd Noor was a romantic, caring and jovial person who cracked jokes and created a lot of laughter in her life.

“I miss him a lot,’’ said Mardiani.

The Star 30 Jul 2014


Sayu lihat kad Aidilfitri

Sepang: “Saya tidak dapat menggambarkan rasa sayu dan hiba apabila sempat melihat beberapa keping kad raya milik penumpang nahas MH17 warga Malaysia ketika menerima bungkusan berisi mayat serta barangan peribadi mangsa nahas di Kharkiv, Ukraine pada 23 Julai lalu,” kata Timbalan Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Nahas (DVI) Malaysia Deputi Superintendan Mohd Hakim Hashom.

Mohd Hakim berkata, selain kad raya berkenaan, beliau bersama ahli DVI lain turut menemui pakaian seragam milik kru MH17, tas tangan, diari dan tag bagasi milik penumpang warga Malaysia yang dikumpulkan kumpulan pemberontak pro-Rusia di lokasi nahas.

Menurutnya, beliau sudah lama berdepan dengan urusan pengendalian mayat kes jenayah, namun pengalaman itu tidak sama dan berbeza sekali ketika mengendalikan mayat mangsa nahas MH17.

“Bagaimanapun, demi mempercepatkan urusan pengendalian mayat, kami terpaksa tabahkan diri memandangkan ada mayat warga Malaysia yang terbabit nahas itu.

“Selain merakam dan meneliti mayat nahas untuk proses pengenalan dan pengecaman, kami juga terbabit memindahkan barangan peribadi mangsa nahas ke dalam beg mayat mangsa.

“Sebaik menerima bungkusan mayat mangsa daripada kumpulan pemberontak pro-Rusia, beg berisi mayat serta barangan peribadi milik mangsa diasingkan dan ia menjadi tugas kami untuk memindahkan barangan itu ke dalam beg mayat mangsa berdasarkan bukti pengenalan ditemui pada mangsa,” katanya ketika ditemui media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam, Belanda petang semalam.

Mohd Hakim bersama 10 anggota dan pegawai DVI Malaysia adalah kumpulan kedua petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di tanah air selepas menyertai pasukan DVI antarabangsa bagi pengecaman mayat dan kerja-kerja forensik di lokasi nahas di Donetks; Kharkiv, Ukraine; Torez, Ukraine dan Kem Tentera Hilversum, Belanda. Ketibaan mereka disambut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pada satu majlis ringkas sambutan pasukan itu di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Hakim berkata, pihaknya juga terpaksa memindahkan beg berisi mayat dari gerabak kereta api sebelum dibungkus semula dengan sempurna dan diletakkan ke dalam keranda untuk di bawa ke Kem Tentera Hilversum, Belanda bagi proses bedah siasat dan pengecaman identiti seterusnya.

Menurutnya, ketika itu, pihaknya turut merekodkan segala maklumat peribadi mangsa nahas berdasarkan barangan peribadi milik mangsa yang ditemui di lokasi nahas.

“Tugas pasukan di Kharkiv dan Torez adalah menguruskan proses identifikasi mangsa bencana mengikut standard antarabangsa.

“Kami adalah pasukan terawal melihat mayat-mayat mangsa selepas diserahkan kumpulan pemberontak pro-Russia dalam gerabak kereta api. Kami bukan saja perlu buat identifikasi mayat warga Malaysia, tetapi rakyat negara lain dengan kerjasama pasukan DVI dari Belanda, Australia, Amerika Syarikat, Brazil dan Kanada,” katanya.

Katanya, pihaknya turut menyedekahkan surah Al-Fatihah setiap kali menerima mayat beragama Islam selain bertafakur selama satu minit bagi menghormati mayat bukan Islam.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa sambil menguruskan mayat mangsa nahas di Ukraine, Mohd Hakim berkata, menu berbuka puasa mereka di negara itu hanya roti, tomato dan timun.

“Kami akui berdepan kesukaran mendapatkan makanan halal di sana dan kami hanya dibekalkan dengan roti dan dua jenis sayuran sebagai menu berbuka.

“Malah, ia juga adalah menu sama buat kami ketika menyambut 1 Syawal di sana, namun sebagai anggota polis kami bersedia menghadapi apa juga kemungkinan,” katanya.

myMetro 11 Ogos 2014


‘Lupa perasaan sedih, takut’

Sepang: “Sebagai manusia biasa saya akui perasaan takut itu wujud, namun kembali bersemangat kerana memikirkan kehadiran saya ke sana adalah untuk membantu (menyiasat),” kata Inspektor How Xin Ni, 27, salah seorang daripada enam pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan menyertai pasukan Pengecaman Mangsa Nahas (DVI) antarabangsa di lokasi nahas MH17 di Ukraine.

How yang kini bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman berkata, dia juga mengakui berdepan dua perasaan berbeza terutama pada sebelum dan selepas tiba di lokasi nahas MH17 di Donetsk, Ukraine.

Menurutnya, sebagai manusia biasa pastinya perasaan takut dan sedih itu muncul namun sebaik melihat barangan peribadi mangsa nahas warga Malaysia dia kembali bersemangat untuk menjalankan siasatan.

How antara dua pegawai polis wanita yang tiba di KLIA semalam manakala tiga lagi pegawai wanita lain masih berada di Amsterdam. , Belanda bagi menyertai penyiasatan forensik nahas manakala seorang lagi pegawai wanita tiba kelmarin.

Katanya, ketika berada di lokasi nahas, dia bersama pegawai wanita lain dilayan sama rata malah diberi tugas sama seperti pegawai penyiasat lain.

“Kami tidak berasa tersisih kerana pasukan siasatan antarabangsa lain termasuk Belanda dan Australia turut menempatkan anggota dan pegawai penyiasat wanita dalam pasukan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Inspektor Lilian Lemat Ngau Jok, 29, dari Pusat Identifikasi Forensik Setempat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pula berkata, dia mengakui keluarga pada awalnya agak keberatan mahu melepaskannya ke Ukraine kerana keadaan tidak begitu selamat serta berbahaya di lokasi nahas namun demi tugas untuk negara dia terpaksa akur dengan arahan.

“Bagi saya perasaan emosi dan sedih tetap ada kerana ia (nahas) membabitkan warga Malaysia namun demi tugas saya terpaksa melupakan emosi itu buat sementara waktu,” katanya.

Rakannya, Inspektor Yam Tze Yong, 34, berkata, pengalaman menyertai operasi pertama membabitkan nahas pesawat terutama di luar negara sangat berharga.

Katanya, walaupun terdapat ancaman keselamatan sepanjang bertugas di Ukraine namun dia perlu sentiasa berhati-hati serta mengikut arahan yang diberikan.

“Saya ditugaskan mengambil semula barangan mangsa nahas yang dikutip penduduk kampung dan sepanjang menjalankan tugas, mereka memberi kerjasama baik.

“Memang perasaan risau itu ada apatah lagi berada di kawasan konflik,” seperti itu namun apa yang penting sentiasa berhati-hati serta menurut arahan” katanya.

myMetro 13 Ogos 2014


Gambar jadi pelepas rindu keluarga

Gambar Azrina yang menjadi teman pelepas rindu keluarganya.

ALOR SETAR - Beberapa keping gambar krew kabin MH17, Azrina Yakob, 41, masih tersusun di ruang tamu kediaman orang tuanya di Kampung Kelompang, dekat sini.

Bapanya, Yakob Silamsudin, 73, dan ibunya, Habibah Ismail, 65, dikatakan menjadikan gambar berkenaan sebagai teman pelepas rindu mereka terhadap dirinya.

Yakob berkata, anak kedua daripada empat beradik yang menjadi pramugari ini sepatutnya menaiki pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

"Namun, dia tidak dapat berbuat sedemikian sebab masalah Visa.

"Saya tidak sangka dia akan pergi jua meninggalkan mereka sekeluarga akibat nahas MH17 pada Julai lepas," katanya kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Alor Setar, Zamri Mat.

Zambri berkata, mereka turun padang menemui keluarga mangsa nahas berkenaan bagi membantu dan memberi sokongan buat mereka.

Katanya, mereka memberi kata-kata perangsang kepada keluarga berkenaan agar terus kuat dan tabah hati mengharungi hari mendatang.

“Pada mulanya, sisa kesedihan masih terpancar di wajah mereka, namun selepas lama berbual. Alhamdulillah, kita lihat mereka makin tabah,” katanya.

Menurutnya, apabila dia bersama pergerakan Pemuda dan Puteri bahagian dan Skuad Sayang berkongsi kesedihan berkenaan, mereka kelihatan makin baik.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hasrat pramugari menyambut Syawal bersama keluarganya tidak kesampaian apabila dia maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia dipercayai akibat ditembak.

Sinar Harian 13 Ogos 2014


Jenazah Mohd. Ghafar disemadi sebelah pusara anak

KUALA LUMPUR - Jenazah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Mohd. Ghafar Abu Bakar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang esok.

Isteri Allahyarham, Normi Abdullah, 54, berkata, arwah akan dikebumikan bersebelahan pusara anak ketiganya, Arif Aiman, 12, yang meninggal dunia pada 2006 akibat kanser.

Beliau berkata, wakil MAS yang hadir ke rumahnya pada 2 petang tadi memaklumkan jenazah suaminya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi esok.

Jenazah yang menaiki pesawat MAS itu, diiringi tiga orang anaknya iaitu Sa’imah Baizura, 29, Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa saudara mereka Luqman Abdullah, 49, dari Amsterdam ke Malaysia.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah seketika bagi memberi peluang kepada keluarga terdekat dan sahabat handai menziarahi arwah sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ampang dekat sini, hari ini. - Bernama