Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Sabtu, 19 Julai 2014

Nama & Gambar Penumpang MH17 Didedahkan, Suasana Hiba DI KLIA


Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat mengesahkan terdapat kira-kira 298 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat MH17 dan bukannya, 295 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dari pelbagai negara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Warganegara beberapa penumpang masih belum dikenal pasti.

Senarai penumpang dan anak kapal mengikut negara adalah seperti berikut: 

 MAS kini dalam proses memaklumkan kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Fokus utama syarikat penerbangan itu adalah bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa serta menggerakkan sistem sokongan penuh untuk menyediakan semua keperluan kepada ahli keluarga mangsa.

MAS akan menggerakkan 'Go Team' ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang. MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).



Senarai Nama Anak Kapal & Gambar Penumpang Pesawat MH17 Didedahkan

Insiden pesawat MH17 terhempas di Ukraine ini benar-benar mengejutkan ramai pihak. Terkini, tersebarnya di laman Twitter dan Facebook senarai awal nama penumpang Malaysia dalam pesawat MH17. 


Beberapa keping passport penumpang ditemui di lokasi pesawat terhempas. Namun ada yang mempertikaikan mengapa passport yang ditemui itu masih berada dalam keadaan yang sempurna. Namun, sebuah passport milik rakyat Malaysia, Sanjid Singh, telah dipaparkan dalam LIFE NEWS sekaligus membuktikan kesahihan senarai nama yang tersebar di atas adalah benar.
Gambar seorang anak kapal pesawat MH17 pula mula tersebar di laman Twitter. Azrina Binti Yakob, beliau adalah anak kapal pesawat MH17.
Gambar di bawah pula adalah gambar salah seorang penumpang pesawat MH17.

Dan ini pula adalah penumpang kanak-kanak, apa yang menyedihkan ia adalah penerbangan pertama bagi kanak-kanak ini.

Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 295 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Amsterdam terputus hubungan dengan menara kawalan ATC UKRAINE terhempas di lokasi seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah:
-mymediahubonline

Gambar Sayu Keluarga Penumpang MH17 Di KLIA

Ahli keluarga penumpang MH17 yang sudah berada di KLIA sebaik menerima perkhabaran berita tragedi pesawat itu kelihatan sayu. Beberapa ahli keluarga dilihat memeriksa senarai nama penumpang MH17 di Anjung Tinjau bagi mengesahkan nama ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Mereka hadir sambil diawasi beberapa pegawai Malaysia Airlines.

Kebanyakan mereka enggan ditemuramah dan meminta pihak media memberi ruang kepada mereka untuk bertenang sambil menunggu maklumat lanjut mengenai tragedi pesawat MH17 yang dilaporkan dipercayai terhempas di Ukraine, sempadan Russia, malam tadi.
-tengiktvonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan